tiket wayang RM6 saja.
orang pun xramai sebab hari kerja, malahan setiap remaja, & kanak2 sibuk bersekolah.
mengakibatkan segelintir ahli masyarakat yg bebas(baca:menganggur) spt aku pi tonton wayang dgn tenang.
mula2 tonton Terminator:Salvation kerana aku dh ikut siri ni dr filem pertama kecuali siri tv Sarah Connor Chronicles sbb aku selalu miss episod kat AXN mahupun 8tv..
dh boleh agak cerita mcm mana, mungkin sbb ade sikit persamaan mcm cerita2 terdahulu (klu robot/cyborg muncul mesti bogel, the tension, saving the primary target:Kyle Reese iaitu bapak John Connor - selalunya John Connor paling penting, man Vs machines, tembak2, bunuh, letup2 dll)
kudos utk Christian Bale, sbb berjaya watak aksi dgn penuh emosi, tp tetap xleh lawan performance dia dlm Batman Begins mahupun The Dark Knight.
efek2 filem ni gak boleh kalahkan Transformers, tp akan dikalahkan sekuel Transformers-Revenge of The Fallen. pandang, dengar je dh boleh tahu.
rehat, solat Zuhur di surau Jusco Metro Prima yg cukup lengkap.
tonton pula filem Hannah Montana The Movie. ok, aku pi tengok sbb aku dh terlayan siri dia kat Disney time aku menanti game bola Champions League kat ESPN nk start kul 3 pagi. mule tengok siri ni pelik, lama2 kelakar juga.. terus ikut hari2..
tonton la wayang pulak.. sambil makan set combo Hannah Montana ni
masih banyak kat kaunter, x ramai kat Msia yg minat citer ni..
ade 2 lagu aku suke dari filem ni iaitu
Hoedown Throwdown, agak best, sile ikut ramai2 ala2 Poco Poco..
The Climb, lagu yg memang sedap, boleh dijadikan lagu motivasi jika dengar baca lirik satu persatu.. lagu2 lain pun sedap, sile beli, aku donlod je..
lagu2 ni juga aku add kat playlist atas, klu nk dengar klik je next smpai kuar lagu pilihan.. klu malas, klik pause, klik je vid tu
Hannah Montana The Movie mengisahkan si Miley, remaja biasa yg juga bintang pujaan Amerika, Hannah Montana. dh biasa jd terkenal, sikap dia yg asalnya baik, ingat asal usul, semakin hilang tatkala dia menjadi lebih terkenal sampai gaduh dgn Tyra Banks pasal kasut, dan sanggup nk pi award show pada hari lahir Nenek dia..
Abah dia pun anto dia balik kampung kat Tennessee.. mule2, dia x biasa psl dh lupe dgn gaya hidup kampung walaupun dia ni membeso kat situ.. lama kelamaan dgn teman lama Travis, dia pun mule menghargai asal usul dia.. tp yelah, klu dh ade dua identiti ni, susah nk gerak klu perlu ada di dua tempat pada masa yg sama, malah sbg identiti berbeza.. tang ini yg lawaknya.. lama kelamaan, si Miley ni pun smpi sanggup x mau lagi jd Hannah sbb dia skang ni dh rela nk jadi Miley sahaja spt yg keluarga & teman2 dia kenali.. xmau lagi jd Hannah sbb pasal dia, ramai orang yg terluka.. tp, kata bintang pujaan kan, so fans pun support balik... jadi gitulah ceritanya.. walaupun karekter2 sokongan lain sekadar jadi tempelan saja, tp oklah, kehadiran mereka ttp menceriakan suasana spt dlm episod2 kat siri tv tu gak..
anyway, filem ini tetap best, spt filem Disney yg lain.. tp kan. nape ha, dulu bile kecik2, watak2 perempuan dlm Disney mesti ala2 sopan gitu, tp bile makin membesor, nape makin sexy? dh ramai yg jd gini.. dulu dh elok je.. any comments?
then, aku pun pi jumpe Fariq sbb dh lama x borak dgn dia.. dia ni peminat tegar Chelsea.. smbil sembang, sambil main Counter Strike.. jmpe lak dgn Azwan.. kami buli dia... hahaha.. 1 jam je. cukupla tu.. kndian pi pulak Masjid Abu Hurairah kat Bt 5, Jln Ipoh sbb nk solat Asar.. waktu dh panjang.. so ttibe plak nmpk si Muhaimin.. dulu dia sekelas time sek rendah dulu.. la ni dia kat UM.. Syariah katanya.. syabasla kat dia.. sembang2 jap, tp xleh lama, psl nk amek Mama dr ofis.. heheh
pas salam2, bagi la si Fariq ni baju band Pesawat.. aku beli, tp x muat nk pakai, baek bg sbg bday present kat dia.. mmg cukup cantik la dia pakai..
p/s: result UPU STPM dan setaraf bakal keluar 19 Jun pd 11 pagi. doakan aku, dan rakan2 seperjuangan akan berjaya mendapat tempat.. neves.. neves.. tawakal pada yg Maha Esa.
