Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Saturday, May 30

Trip ke Sarawak Bumi Kenyalang 2009 ver 4

aku nk balik Ipoh hari ini, jadi aku sambung kisah 'pengembaraan' ke Sarawak... bkn apa nk blik, ade spupu gue nk kawen la... jadi, selamat mendegar kisahku ini.. salam




kami berempat bersama Pn SI, Pn DS, dan juga kak Nurul, xlupe Sharifah Nur Izzah Umairah
kami berempat bersama En WM & Puan SI

6 Mei 2009 (Rabu)
hari ini aku secara harfiahnya tak buat apa pun melainkan tidur.. tidur... & tidur lagi... slps game bola UCL yg memihak kpd MU mlm itu mmbuatkan aku ngantuk.. breakfast dgn keluarga En WH pun aku skip.. kirenye, aku bgun2 trus lunch.. dgn x mndinye, rilek je makan, lauk adelah ikan kukus, tempe goreng sambal, bendi rebus, tempoyak goreng.. skali lagi, tiada gambar & kerana aku makan lauk lebih banyak, sbb aku x mahu kejadian lalu berulang lagi.. sila rujuk post ini.
akibat aku bangun lambat, nada suara Pn DS, ibu kak Nurul yg unik telah dijadikan 'running gag'. maksudnya dijadikan modal lawak oleh Yop & Abah... dia panggil aku, 'Pami, makan lagi Pami...' nadanya begitu ori, aku terharu & juga seronok bila dipelawa sebegitu... hehehe jadi, tatkala Mama, Abah, Yop, Abg Wan, Kak Nurul, & Puan DS leka menonton Upik Abu & Laura, aku pegi la mandi... En WH pula pi kerja balik slps lunch td..kul 2 ptg baru mandi pagi, masalah2 aku ni.. slps itu, aku Zuhur, kendian guess what, aku tidur lagi... gile x gile aku ni.. baru lagi tidur dh tdo balik... menggeleng2 Mama pasal aku tido berlebihan ni... agak2, dlm kul 6 tu bangun lagi... cpt2 Asar, sbb Maghrib dh dkat..
mlm itu, kami berjemaah Maghrib & Isya'.. di antaranya kami baca Yaasin, Abah pun diberi Yaasin sempena kemerdekaan Sarawak oleh En WH... rupenye banyak dia ada Yaasin itu, x kisah kalau diberi kpd org lain... aku suke solat berjemaah, sebab ia merapatkan hubungan kekeluargaan.. mmg seronok, sama2 solat, sama2 baca Yaasin.. kalau x buat gini, perasaan kasih sayang sesama keluarga ni susah nk dipupuk, aku kata susah ye, bukan mustahil...
slps itu, kami bersalaman & mahu pulang, pulang ke mana lagi kalau tidak ke rumah En WM & Puan SI.. dia sudah siapkan pelbagai lauk utk makan malam... aku suke life di Sri Aman, mmg tenang, very private utk kita sesama keluarga.. hubungan sesama jiran juga rapat.. jarak antara rumah kedua2 keluarga ni bukan jauh, so rilek2 suda.. kami tiba, salam semua.. lihat nmpknya Hafiz semakin sembuh dr penyakitnya.. Zul pule buat kerja sekolah.. aku, tgok Phua Chu Kang dulu... baru pi makan... bkn ape, pasal time diajak tu, meja mcm dh penuh.. biorla budak2 tu makan dulu, skali ade kerusi xtra da.. hmph apa lagi, makan time... nasi... lauk2nye sayur medin@madin.. rasanya mcm Pecal+Kari+Sayur Asam, sgt sedap.. aku yg sukar terima lauk berasaskan sayur ni pun trus gemarinya... hehehe, ade juga ikan terubuk bakar, ikan goreng, air oren
inilah sayur medin
kemudian, kami pun lepak2 kat dpn smbil tgok tv.. time tu jugak Yop citer ttg itu Enzolife kat aku.. dia pnye produk, juga marketing plan... memule dgr mmg x paham, lame2 ok la...smbil tunggu itu game Barca-Chelsea, otai2 yg lain sume dh tdo.. Yop pun tido gak, aku je layan itu Hagemaru, pastu bukak jap NatGeo, ade pulak citer Becoming A King, dia tunjuk mcmana YDPAgong kita ditabalkan.. bahasa PPSMInya, the Coronation... seronok.. Mama aku leh plak kata, muke Agong kita mcm Hishamuddin Hussein.. adela sket kot.. hehehe.. kndian, jam mnunjukkan kul 2.15, aku rasa ngantuk, jadi buat jap Neslo.. air panas ade je pasal dorang pakai mesin penapis air tu.. jenama dia aku lupe.. hahaha minum jap, pastu bru kejut Yop yg baek punye tido... game bermula, kami excited, trkjut bile itu Essien score baek punye volley dr luar kotak.. tkjut juga kami, memikirkan kemungkinan final UCL tahun lepas berulang lagi.. tp rasanya x mungkin, pasal aku tgok spt biasa, Barca control game... Iniesta, Xavi lek je bawak bola, tp tiada penyudah... Drogba gagal lepasi benteng Toure & Pique, mmg otai la budak2 muda ni.. Drogba yg dianggap striker perfect pun xleh lpas.. dh lepas, tp xleh skor pule.. namun, dlm menet2 akhir, ku lihat bakal World Best Player, Lionel Messi pegang bola, dia set baik utk Iniesta, rembat dr luar, menerjah jaring... Jeritan "Gol" dr kami dua beradik telah menggegarkan Kg Muhibbah mlm itu.. secara harfiahnya... hehehe FYI, itulah satu2nya shot on target Barca pd mlm itu... wisel penamat bunyi.. Barca layak atas rule gol di tempat lawan... Chelsea kecewa.. lebih2 lagi Drogba yg keluarkan F-Bomb dr mulutnya slps game itu... mengingatkn aku kpd perangai Thierry Henry... aku puas, Yop pun puas sbb game yg mmg deserved to win utk Barca, neva give up.. itulah motto team bimbingan Pep Guardiola.. ku harap Barca jd Juara Eropah tahun ni, dan ia mmg jd kenyataan 3 mggu berikutnya... hehehe pas tu, apa lagi, tidola... sile tunggu post akan dtg utk sambungan, tq 4 reading...

Friday, March 6

Raja Lawak Astro 2009

Assalamualaikum.. tahniah diucapkan kpd Sepah yg mnjadi Raja Lawak 2009... yg pertama dr kalangan berkumpulan.. syabas kerana kumpulan ini telah menunjukkan prestasi yg amat memberangsangkan dari peringkat awal hingga gelanggang akhir yg baru saja berakhir tadi.. selain itu, turut diucapkan tahniah kpd naib juara, Jihan yg kreatif serta pemenang tmpat ketiga, Amir.. I'm Sorry... usaha2 anda mmg nmpakla kelakarnya namun ternyata kumpulan Sepah lebih manTOP!!!

program ini telah saya ikuti dari awal minggu hinggalah gelanggang akhir.. di sini akan aku tuliskan tiap2 peserta dr juara hinggalah yg pertama sekali disingkir.. ini pendapat aku, tanpa prejudis hanya yg benar...

Sepah
dari minggu 1-10 sentiasa memaparkan idea yg ringkas, penuh jatidiri, penuh dgn unsur nasihat.. penuh juga unsur2 kasar, lucah namun ia semakin berkurangan hingga sifar..
ketiga2 ahli memainkan peranan yg penting.. ibarat pasukan sepak takraw, ade killer, ade feeder, ade tekong.. Shuaib biasa akan jadi feeder.. Mamat jadi tekong.. dan brader botak bernama Jef x silap aku jadi killer.. semua peminat jadi gila lebih2 lagi sewaktu minggu ketujuh tema muzikal.. persembahan yg terbaik dari ladang..

Jihan
peserta wanita pertama berlawak di situ.. juga yg pertama layak ke final.. juga yg pertama jadi naib juara.. persembahan beliau sntiasa mndpt tepukan gemuruh lebih2 lagi sewaktu minggu ke6 sebagai pramugari.. dia kumpul momentum dgn baik waktu itu.. namun sayang ia gagal diteruskan secara konsisten spt Sepah.. boleh jadi pelapis kpd pelakon komedi spt Sharifah Shahirah dan lain2..

Amir
peserta ini amat berjaya pada awal2 minggu terutama minggu kedua dgn tema azam beliau dr kecil hingga dewasa.. amat menghiburkan.. tanyalah penonton2 raja lawak.. namun saban minggu, prestasi beliau makin tidak menentu.. sayangnya ade bakat tapi tidak berjaya disampaikan dgn baik hingga ada penonton yg blur melihat persembahan Amir.. undi dari peminat2 setia Amir telah berjaya membawa beliau ke tempat ketiga..
tabahkan diri dlm menceburi bidang hiburan.

LNJ
kumpulan dari utara.. lawak2 mereka biasanya memikat hati penonton lebih2 lagi dari negeri perlis hingga perak.. tapi sayangnya mereka gagal di peringkat minggu ke-9 dan kemungkinan besar kerana mereka tidak konsisten dalam menghasilkan sketsa yg mencuit hati.. masih mampu menggegarkan Malaysia dgn lawak2 boria mereka..

Am
mat rempit.. itu aku boleh gelarkan sebab lawak beliau menjadi bile cerita tentang rempit atau aksi.. tapi bile menjengah ke aspek yg berlainan, beliau kurang berjaya cuma 1 aspek komedi yg terhebat semasa komedi senyap(silent comedy).. waktu itu, aksi2 beliau lebih hebat mengalahkan Sepah yg faul kerana tercakap..namun begitu beliau merupakan salah seorang peserta yang seakan2 mencuba gaya lawak ala nabil.. kurang asli gitu..lawak beliau boleh pergi jauh jika digilap dgn lebih baik lagi

Chot
lawak mudah.. peserta yg usianya sebaya aku.. sgt hebat pada permulaan pertandingan dgn sketsa merompak serta sketsa doktor & pesakit.. namun pada peringkat pertengahan telah mula menurun selepas sketsa di zoo.. entah di mana silapnya, mereka seolah-olah hilang arah.. semoga mereka terus menimba pengalaman agar lebih berjaya pada masa akan datang..

Yann
peserta wanita kedua.. memang meletop.. mulut beliau amat riang namun prestasinya semakin tidak menentu apabila pertandingan semakin ke penghujungnya.. tidak rugi jika dipanggil untuk membawa watak ala2 Pah Bedah kepada beliau.. harap boleh mempelbagaikan lagi aspek sketsa anda..

ManBelon
ManBelon Punya!!! itulah trademark beliau dari awal minggu hinggalah minggu terakhirnya di gelanggang.. hebat dgn belon namun sketsa beliau kurang berjaya mendapat sambutan dari penonton melainkan dari trademark beliau.. tapi terus berjaya kekal buat beberapa minggu.. ajaibnya.. siapa punya kalau bukan ManBelon Punya!!!

Talam
peserta ini dahulu seorang konduktor bas.. ini isi sketsa minggu pertama beliau.. namun apabila diamati gayanya juga ada iras2 Nabil.. cuma isi komedinya itu tidak dapat diterima penonton mungkin akibat kekurangan interaksi dgn penonton..

Syem
beliau berfikir di luar kotak.. boleh mengajuk bunyi2an dgn baik.. pemikiran beliau terlalu jauh ke hadapan.. lebih2 lagi unsur dua dlm satu.. sangat revolusionary, feedback penonton amat baik.. tapi sayang beliau antara yang awal telah tersingkir

Mat
Nasir Bilal Khan sekali lagi diajuk pada tahun ini oleh beliau.. trademark Mat ialah 'Ayam' yang disebut secara dalam menjadi 'Hayam..' walau bagaimanapun, beliau bercakap terlalu laju hingga bukan saja penonton terpinga-pinga, bahkan pengkritik2 jua.. begitu laju juga beliau disingkirkan...

Adam
peserta ini gagal mendapat laughter dari penonton.. tidak tahu mengapa, isi yang disampaikan tidak kedengaran kelakar malah hambar lagi menghampakan.. beliau juga seorang lagi peserta yg seolah2 meniru aksi Nabil.. peserta ini ibarat berceramah di atas pentas yg sepatutnya menjadi medan lawak... sayang seribu kali sayang..

begitulah peserta2 raja lawak tahun ini.. ada yang hebat, ada yang biasa2 saja, namun mereka telah cuba menhangatkan lagi industri seni tanah air dgn idea2 mereka sepanjang musim ini.. bagi saya, biarlah diteruskan program ini kerana ia dapat mencungkil bakat2 baru dalam bidang komedi.. tidaklah nanti ia seolah-olah dimonopoli muka2 tertentu sahaja kan.. the more the merrier kat orang putih..
program ni gak berjaya merapatkan hubungan kekeluargaan.. berbanding akademi fantasia yang lebih serius bagi aku & dipenuhi pelbagai kosa kata aspek nyanyian seperti vibrato, falsetto dan sewaktu dengannya, program raja lawak lebih santai kerana hos Johan & Zizan (JOZAN) bijak memainkan peranan menceriakan suasana.. fikiran kusut jadi tenang, jika kelakar kita boleh gelak ketawa.. jika tidak, diam cukuplah & fikirkan seandainya anda yang berada di atas gelanggang itu.. bukan mudah untuk membuatkan orang ketawa.. dan bukan susah untuk membuat orang merana.. fikir2kanlah