Friday, March 6

Raja Lawak Astro 2009

Assalamualaikum.. tahniah diucapkan kpd Sepah yg mnjadi Raja Lawak 2009... yg pertama dr kalangan berkumpulan.. syabas kerana kumpulan ini telah menunjukkan prestasi yg amat memberangsangkan dari peringkat awal hingga gelanggang akhir yg baru saja berakhir tadi.. selain itu, turut diucapkan tahniah kpd naib juara, Jihan yg kreatif serta pemenang tmpat ketiga, Amir.. I'm Sorry... usaha2 anda mmg nmpakla kelakarnya namun ternyata kumpulan Sepah lebih manTOP!!!

program ini telah saya ikuti dari awal minggu hinggalah gelanggang akhir.. di sini akan aku tuliskan tiap2 peserta dr juara hinggalah yg pertama sekali disingkir.. ini pendapat aku, tanpa prejudis hanya yg benar...

Sepah
dari minggu 1-10 sentiasa memaparkan idea yg ringkas, penuh jatidiri, penuh dgn unsur nasihat.. penuh juga unsur2 kasar, lucah namun ia semakin berkurangan hingga sifar..
ketiga2 ahli memainkan peranan yg penting.. ibarat pasukan sepak takraw, ade killer, ade feeder, ade tekong.. Shuaib biasa akan jadi feeder.. Mamat jadi tekong.. dan brader botak bernama Jef x silap aku jadi killer.. semua peminat jadi gila lebih2 lagi sewaktu minggu ketujuh tema muzikal.. persembahan yg terbaik dari ladang..

Jihan
peserta wanita pertama berlawak di situ.. juga yg pertama layak ke final.. juga yg pertama jadi naib juara.. persembahan beliau sntiasa mndpt tepukan gemuruh lebih2 lagi sewaktu minggu ke6 sebagai pramugari.. dia kumpul momentum dgn baik waktu itu.. namun sayang ia gagal diteruskan secara konsisten spt Sepah.. boleh jadi pelapis kpd pelakon komedi spt Sharifah Shahirah dan lain2..

Amir
peserta ini amat berjaya pada awal2 minggu terutama minggu kedua dgn tema azam beliau dr kecil hingga dewasa.. amat menghiburkan.. tanyalah penonton2 raja lawak.. namun saban minggu, prestasi beliau makin tidak menentu.. sayangnya ade bakat tapi tidak berjaya disampaikan dgn baik hingga ada penonton yg blur melihat persembahan Amir.. undi dari peminat2 setia Amir telah berjaya membawa beliau ke tempat ketiga..
tabahkan diri dlm menceburi bidang hiburan.

LNJ
kumpulan dari utara.. lawak2 mereka biasanya memikat hati penonton lebih2 lagi dari negeri perlis hingga perak.. tapi sayangnya mereka gagal di peringkat minggu ke-9 dan kemungkinan besar kerana mereka tidak konsisten dalam menghasilkan sketsa yg mencuit hati.. masih mampu menggegarkan Malaysia dgn lawak2 boria mereka..

Am
mat rempit.. itu aku boleh gelarkan sebab lawak beliau menjadi bile cerita tentang rempit atau aksi.. tapi bile menjengah ke aspek yg berlainan, beliau kurang berjaya cuma 1 aspek komedi yg terhebat semasa komedi senyap(silent comedy).. waktu itu, aksi2 beliau lebih hebat mengalahkan Sepah yg faul kerana tercakap..namun begitu beliau merupakan salah seorang peserta yang seakan2 mencuba gaya lawak ala nabil.. kurang asli gitu..lawak beliau boleh pergi jauh jika digilap dgn lebih baik lagi

Chot
lawak mudah.. peserta yg usianya sebaya aku.. sgt hebat pada permulaan pertandingan dgn sketsa merompak serta sketsa doktor & pesakit.. namun pada peringkat pertengahan telah mula menurun selepas sketsa di zoo.. entah di mana silapnya, mereka seolah-olah hilang arah.. semoga mereka terus menimba pengalaman agar lebih berjaya pada masa akan datang..

Yann
peserta wanita kedua.. memang meletop.. mulut beliau amat riang namun prestasinya semakin tidak menentu apabila pertandingan semakin ke penghujungnya.. tidak rugi jika dipanggil untuk membawa watak ala2 Pah Bedah kepada beliau.. harap boleh mempelbagaikan lagi aspek sketsa anda..

ManBelon
ManBelon Punya!!! itulah trademark beliau dari awal minggu hinggalah minggu terakhirnya di gelanggang.. hebat dgn belon namun sketsa beliau kurang berjaya mendapat sambutan dari penonton melainkan dari trademark beliau.. tapi terus berjaya kekal buat beberapa minggu.. ajaibnya.. siapa punya kalau bukan ManBelon Punya!!!

Talam
peserta ini dahulu seorang konduktor bas.. ini isi sketsa minggu pertama beliau.. namun apabila diamati gayanya juga ada iras2 Nabil.. cuma isi komedinya itu tidak dapat diterima penonton mungkin akibat kekurangan interaksi dgn penonton..

Syem
beliau berfikir di luar kotak.. boleh mengajuk bunyi2an dgn baik.. pemikiran beliau terlalu jauh ke hadapan.. lebih2 lagi unsur dua dlm satu.. sangat revolusionary, feedback penonton amat baik.. tapi sayang beliau antara yang awal telah tersingkir

Mat
Nasir Bilal Khan sekali lagi diajuk pada tahun ini oleh beliau.. trademark Mat ialah 'Ayam' yang disebut secara dalam menjadi 'Hayam..' walau bagaimanapun, beliau bercakap terlalu laju hingga bukan saja penonton terpinga-pinga, bahkan pengkritik2 jua.. begitu laju juga beliau disingkirkan...

Adam
peserta ini gagal mendapat laughter dari penonton.. tidak tahu mengapa, isi yang disampaikan tidak kedengaran kelakar malah hambar lagi menghampakan.. beliau juga seorang lagi peserta yg seolah2 meniru aksi Nabil.. peserta ini ibarat berceramah di atas pentas yg sepatutnya menjadi medan lawak... sayang seribu kali sayang..

begitulah peserta2 raja lawak tahun ini.. ada yang hebat, ada yang biasa2 saja, namun mereka telah cuba menhangatkan lagi industri seni tanah air dgn idea2 mereka sepanjang musim ini.. bagi saya, biarlah diteruskan program ini kerana ia dapat mencungkil bakat2 baru dalam bidang komedi.. tidaklah nanti ia seolah-olah dimonopoli muka2 tertentu sahaja kan.. the more the merrier kat orang putih..
program ni gak berjaya merapatkan hubungan kekeluargaan.. berbanding akademi fantasia yang lebih serius bagi aku & dipenuhi pelbagai kosa kata aspek nyanyian seperti vibrato, falsetto dan sewaktu dengannya, program raja lawak lebih santai kerana hos Johan & Zizan (JOZAN) bijak memainkan peranan menceriakan suasana.. fikiran kusut jadi tenang, jika kelakar kita boleh gelak ketawa.. jika tidak, diam cukuplah & fikirkan seandainya anda yang berada di atas gelanggang itu.. bukan mudah untuk membuatkan orang ketawa.. dan bukan susah untuk membuat orang merana.. fikir2kanlah

No comments: