Showing posts with label Hishamuddin Rais. Show all posts
Showing posts with label Hishamuddin Rais. Show all posts

Wednesday, June 24

Ini Sifat Kapitalis - nukilan Tukartiub

post ini bukan tulisan saya tapi dari blogger Tukartiub
saya repost untuk kesedaran kita bersama.
kudos utk Hishamuddin Rais atas post yg bernas ini.



HATI HATI TAWARAN PAKEJ UMRAH –MATTA - melayau

KUALA LUMPUR 23 Jun - Satu kegiatan penipuan pakej umrah dikesan sedang berlaku di negara ini dengan memperdayakan bakal peserta umrah terutama dari kawasan luar bandar dengan tawaran pakej umrah semurah RM3,500 serta bayarannya boleh dibuat secara ansuran.

Sambil menyifatkan pakej yang ditawarkan itu sebagai tidak masuk akal, Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Mohd Khalid Harun berkata, kos serendah itu tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadah tersebut.

Mohd. Khalid menjelaskan, bahawa kos semasa pengendalian pakej umrah sepatutnya berharga antara RM5,000 dan RM6,000, merangkumi tiket kapal terbang, pengangkutan dan penginapan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.


SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.

Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.

Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.


SISTEM EKONOMI SOSIALIS

Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.

Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.

Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.

Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.

Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?

Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.

Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.

Nota:

Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.

Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.

Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara - minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi - tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.

Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC. Betul di Cuba tidak ada Coca Cola.

Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.

Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara-negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.

Di Cuba ada sekolah sukan yang tebaik. Negara kecil yang penduduknya berjumlah 11,451,652 ini saban kali di sukan Olimpik akan mengondol berpuluh pingat emas – lebih dari India yang rakyat 1 bilion atau Saudi Arabia yang dikatakan kaya raya.

Fakta :

Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini di beri ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.

Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.

Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.

Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.

Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI - kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasa BUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.

Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.

Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa - kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.

Wednesday, June 3

7 bulan selepas STPM

1.Aku menjadi 20 tahun. tepat 29 Mac, Mama suruh aku jmput kawan2 dtg umah, wat mkn2 sket, tp x rmai yg dtg, sbb ade hal lain.. x kesah, pasal kite dh jmput.. nk dtg, itu hak mereka.. lesen P pun dh abes, jdlah lesen full..


2. Aku aktif di alam siber.. ya, aku ada YM,Fster, Myspace, Facebook, Tagged, Blog pun ade.. Twitter aku xde pasal aku malas nk update tiap masa.. Frenster aku buat pasal bukan semua ade Myspace, Myspace pasal rmai member buat, Facebook sbb lebih tepat, tiada nama samaran, Tagged pulak pasal spupu aku si Bangah Nazmi ajak... YM snang, mudah nk interact pada bila masa, & di mana jua... heheh dulu aku on9 tp asyik Myspace & download je, tp skang ni aku lbih kpd Blogs sbb aku ske baca buah fikiran orang, yelah, lain orang lain pendapat, aku juga dpt kenal bloggers yg kool( no name mention, nnt ade yg kecik ati, sume blogger la!!), banyak aku baca kat skrin laptop lbih dr aku baca buku time STPM dulu.. huhuu aku lebih kenal Malaysia kat blog.. tahniah blogspot sbb telah berjaya jadi medium perhubungan sesama kita.. biar berbeza pendapat, tp still leh communicate..

3. Aku keluar bercuti... Aku pi PD dgn member2 Masuk Air Family.. 15 org.. jmpe balik member2, 3 hari je di sana, seronok!!! kemudian balik juga Ipoh sekali skale.. tgok umah Opah Che'Ah dh tuka pagar... hehehe.. spupu aku Kok Mai pun kawen dh.. Kak Long dh ada baby.. spupu2 kocik iaitu Fatihah, Fatini, Farhana dh ade adik lelaki bernama Farhan.. Hafiz & Haziq dh ade adik lagi bernama Hazim, Qalif & Irfan masih besh & adik mreka, Azimi dh makin beso, dulu kecik je... diorang ni agak2 2nd Generation la bagi sepupu2 belah Abah, pasal dorang ni agak kecil, bbnding kami yg dh zaman Uni & bekerja nih... still, aku gak yg layan dorang main2... budak2 aku suke join pasal mereka ni jujur, x tahu erti menipu.. huhuuhu Spupu2 belah Mama xde gen2, pasal kami semua jarak umo x jauh, walaupun ade yg masih Bayi, ade gak yg dh beranak pinak.. hehehe selain tu, aku juga ke Sarawak, jumpe Abg Wan.. dan famili.. mmg besh.. ye, aku akan abeskan kisah2 ke situ, x lama lagi..

4. Aku pi jmpe kawan2.. pasal dorang ni sebuk dgn hal memasing, aku gak yg kena melawat dorang mcm YB melawat kawasan.. hahaha kdg2 lepak smpi larut malam kat kdai makan, kdg2 pi tgok bola kat mapley, ini jarang sbb kat umah ade astro... klu boleh nk jmpe mereka agy, arap2 dptla ye...

5. Aku tuka hanset, zaman stpm aku pakai Nokia Xpressmusic 5610, post Stpm, aku pakai Nokia 5200 Xpressmusic.. sbb yg memula tu skrin jahanam, cukup mencabar utk membaca mesej.. ni pun seb baik member Yop tolak 200.. ok r tu.. nnt nk tukar Sony Ericsson pula.. tp x tw bile..

6. Aku lebih ambil tahu halehwal negara... politik, ekonomi, sosial.. semua aspekla.. mungkin sbb dh ade blog, lebih mudah aku ambil tahu.. dulu aku ambil tahu juga, tp dr paper ke, tv ke.. well, selepas kisah2 di paper itu diragui, aku beralih kpd media alternatif, dr aku xde blog, smpai la skang ni PM kite pun ade blog.. hahahah power kan pengaruh blog ni.. jadi skang ni, aku boleh bincang apa jua topik, dgn siapa saja... aku ske diskusi sbb aku ske tambah ilmu... lagi byk kite cari, lg bnyk kite dpt ilmu..

7.Rmai org tnye result aku.. aku kata ade yg lebih cemerlang, xpun aku kata biasa saja... bukan apa, bile fikir yug aku pas, aku terfikir kat member2 yg kurang bnasib baek.. klu fikir yg bjaya2, tu fikir gak sbg motivasi diri utk lbey bjaya, semua uncle & auntie congrats aku dgn Zana spupu aku sbb kami ni kirenye cucu Opah yg pertama berani amek STPM.. slalu abg2, akak2 amek matrix, xpun pi diploma trus.. tp kami berbeza, hanya org yg amek STPM je tau perasaannya.. hahah dan ade yg ikut jejak kami, YopKopi gelarannya, nama sebenarnya Hanif.. smoga berjaya ya Yop, kata nk amek buku, tp x amek2 pun.. well, kirenye, kami berdua ni dh bukak alternatif lain la buat family kami lps spm nk buat apa... aku ckp snang je, Siapa nk amek STPM teruskan, tp mesti buat betul2, bulatkan tekad.. jgn fikir cakap orang.. yg kutuk mmg ramai, budak sekolah la, pakai seluar putih... heheh last2 most of the pengutuk dh pun respek aku.. aku malas nk ckp byk, pasal aku tau apa yg aku buat..

8. Rmai org tnye aku, ko x keja ke?? aku cakap tidak.. pasal aku mmg x bniat utk cari keje.. pada aku, tgh aku cuti, cuti la... tp aku xla kutuk sapa member2 aku yg bekerja.. pasal situasi aku dgn mereka blainan, aku ni MBF(Mak Bapak Finance), mintak je, klu kena dgn mintak mmg la dapat.. tp most of kwn2 aku ni bkn mcm aku.. ade yg nk cari duit, cari pengalaman... tp aku? aku blum lagi utk itu, klu kerja pun mgkin produktiviti aku rendah. baik xyah keja, kesian kat org2 lain yg lebih memerlukan kerja.. well, ekonomi kan tgh teruk skang, baik bagi keja tu kat org2 yg mmg nk keja... (ngaku jela Fahmi oi,yg ko mmg pemalas!!)

9. Aku byk mendownload.. serious, smpai naik penuh memory laptop ni.. kena la pi lowyat nnt nk beli external... well, aku download mp3s(siapa yg xbuat ini kan???), videos dr youtube or apa2 yg seronok sbb ade orbit, snang je donlod... movies, aku byk donlod mcm XMen Origins:Wolverine (my fav mutant & kisah dia sblum jd amnesia), Push, Crank, Crank:High Voltage( citer Crank dgn sekuel dia amat ganas, aku pun ngeri tgok,jason statham blakon, mmg byk aksi lasak, x msuk Msia citer ni),
the Last Samurai(mmg best, pasal dilema Jepun yg nk moden smbil ade yg nk kekalkan tradisi Bushido),
Man Laksa(Abah kata mmg blaku kat Ipoh masa dia muda2 dulu),
Dari Jemapoh ke Manchestee( ni filem dr Hishamuddin Rais/Tukartiub, kena ban pasal dulu dia kena ISA),
Saturday Night Live Best Of Jimmy Fallon( serious kelakar! sgt best),
Be Kind Rewind(apa jadi bila filem2 utk disewa telah dipadam? kite lakonkan semula!! kelakar!),
SuperSize Me(apa jadi bila kite makan McD tiap2 hari, ujikaji oleh Morgan Spurlock) dan banyak lagi movies lain..
aku juga download ebook mcm novel & manga2.. mcm Dragon Ball,Slam Dunk, Dragon Quest:Dai no Daiboken, Great Teacher Onizuka, Johan Bolasepak/JDream...

kenapa aku cerita semua ni, pasal dlm mggu ketiga bulan ni, result UPU akan kuar.. ade yg kata 19 Jun dan mcm2 lagi... yg pasti, this whole 7 months of holiday akan berakhir x lama lagi.. huhuhuhu selamat berjaya kpd kawan2 seSTPM dgn ku, semoga kita berjaya ke IPTA ya...

Friday, April 24

Pesta Buku Lagi...

alhamdulillah hari ini aku berpeluang sekali lagi ke PWTC utk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.. hari ini dpt ku temui susuk2 manusia yg ingin ku temui sempena pesta buku ini.. sambil membeli, dpt juga beramah mesra & mengenali antara satu sama lain.. dpt juga bergambar secara eksklusif.. hehehe tapi sebelum itu aku didatangi seorang kakak yg katanya mengutip dana utk anak yatim, dan diberi sebuah buku agama sebagai timbal balas.. aku hulurkan beberapa ringgit tapi katanya harga buku rm 16 dan kalau boleh mahu rm 10 at least.. aku mula fikir dalam hati, apa ni? niat aku nk bagi derma anak yatim, pastu bagi buku cakap nk rm 10 at least.. camna ni, kalau ikut nafsu serakah mmg aku maki saja akak tu, tapi aku yg tidak suka marah & maki orang pun berilah nilai itu.. tapi patut akak tu cakapla derma rm10 dpt buku.. aku xnk buku, nk derma, tp dia yg nk bagi buku pastu mntak plak certain amount.. nk bantu mmgla, tp bagi aku jgn smpai menyusahkan penderma.. mungkin aku silap tapi cara akak tu bagi aku amat x patut.. sila komen ya.. ok, kembali ke cerita di Pesta Buku..



dari kiri, Dr Abu Hassan Hasbullah(Pensyarah UM), Ustaz Habiburrahman El Shirazy(Penulis Novel Ayat-Ayat Cinta, En. Shamsudin Othman (Penyair Terkenal) sebagai moderator, dan En. Faisal Tehrani(Penulis Novel-novel Islam yang Prolifik atau Hebat di Malaysia).. mereka terlibat dlm Forum Sastera Popular Islami di Bilik Johor/Kedah, PWTC dari kira2 2.30-4.40 ptg.. sangat menarik isi2 forum itu.. ramai juga yg memenuhi dewan itu, penglibatan peserta forum juga memberi lebih impak dlm itu, cuma sayangnya masa amat singkat.. lebih elok jika tempoh forum dapat dipanjangkan.. semoga wajah2 sastera di Nusantara akan berubah dari wajah sekular ke arah lebih bermakna & mengikut hukum syarak.. cukuplah cerita orang kaya, rumah mcm istana, berpekik, terlolong atas masalah sekecil putus cinta.. cmonlah penggiat2 seni Msia.. aku tahu kamu semua can do a lot better than that.. cukup2lah cerita2 mcm tu ya..


selepas forum selesai, aku mendapatkan En. Faisal utk menandatangani novel2 yg ku beli terlebih dahulu di booth Ameen.. sangat sporting & sudi beliau melakukannya.. sempat juga bergambar dengannya walaupun kakinya sedang sakit dan x mampu berdiri lama.. novel2 ku beli ialah Tuhan Manusia & karya terbaru beliau Ketupat Cinta musim pertama.. khabarnya ada lagi sambungan 2 buku.. wallahu'alam, tapi akan ku cuba menghayati & membaca karya2 tulisannya itu.. lawatilah blog beliau ya di sini


dari kiri aku bersama En. Hishamuddin Rais @ Tukartiub..
ini antara tujuan utama aku ke mari. setelah berjumpa En Faisal, aku ke dalam Dewan Utama pula untuk sesi tandatangan bersama En Hishamuddin Rais. aku terbaca jemputan ini dari blog beliau beberapa hari sebelumnya di sini .aku suka membaca blog beliau kerana keunikan, kejujuran nukilan beliau dlm blog itu.. begitu jua tulisan beliau dlm buku Keganasan, Penipuan & Internet:Hegemoni Media Daulah Pecah yang dikumpul & disusun hasil tulisan beliau sebelum ini.. dapatkan segera di pasaran.. barulah anda dapat mengenali Malaysia dengan lebih lanjut.. aku tengok dia individually mmg cool, jujur, sangat sporting.. alhamdulillah kerana dia sudi menandatangani buku yg ku sebutkan tadi.. aku beli awal di popular kerana ingat sudah tiada di pasaran.. terlupa yg pesta buku pada bulan ini ada.. anyway, aku dh baca buku ini, korang bila lagi??

aku bersama Imuda, pelukis otai, tidak jauh dari booth bersama En Hishamuddin ada booth Gila-Gila.. beberapa hari lalu aku terserempak kawan sekolahku, Izat @ Ayam yg bekerja di booth ini.. namun hari ini tidak kelihatan kelibatnya.. anyway, aku ternampak Imuda yg sedang rilex di satu sudut.. aku bergegas mendapatkannya, dan dia terus mengambil sekeping kertas kosong lalu melakar aku selepas aku menyatakan hasrat hendak membeli koleksi karya beliau yg sudah lama tidak ku baca- Yushimura.. hasil lakaran itu adalah seperti berikut..
cool kan??
inilah karya itu, ringkas tapi bermesej.. dulu kecik2 slalu baca, terkenang pula zaman muda2 dulu...


selepas sesi beramah mesra dengan Imuda, nak balik la ke rumah.. tiba2 teringat akan mama kesayangan, katanya suruh beli novel keluaran Alaf 21.. selaku anak & pelanggan MBF(Mak Bapak Finance), aku pun kembali masuk ke dewan itu langsung ke booth Karangkraf.. ku petik saja satu novel terbaru berbanding puluhan novel di situ.. pilih yg terbaru aku rasa.. tajuknya ku lupa.. haa baru teringat, Syurga Di Hati.. kalau ambil yg lain, mungkin sudah mamaku baca novel itu.. bayar di kaunter dan dapat akhbar pilihanku, Sinar Harian secara percuma.. bagus, jimat RM1 aku hari ini.. dapat juga kasi mama aku happy.. bagus2..

selepas itu, teringat pula booth Gempak Starz sebab kunjungan aku sebelum ini ke situ tertera jadual kehadiran kartunis2 syarikat itu di sana pada hari ini.. aku ke sana dan terlihat kelibat Apoh a.k.a Zuan, penulis/pelukis Mat Gempak & Elemen.. aku cam muka beliau sebab pernah ku lihat dlm majalah Gempak suatu masa dulu..
aku dgn Apoh
Apoh menunjukkan skil melukis on the spot.. kagum aku dibuatnya.. kemas, pantas..
selepas beramah mesra & dapat tandatangan, maka berakhirlah hari aku di PWTC.. ku gerak ke the Mall, mendapatkan lemonade Auntie Anne's gelas besar, tiada ais.. beil juga pretzel sebab lapor.. mula igt nk ke McD tp ramaila pulok umat manusia.. xpelah, janji ade rezeki hari ini.. bile kuar dr the Mall nk ke bus stop di depan PUSRAWI, terserempak pula Sasterawan Negara A Samad Said.. x sempat nk minta autograf. mungkin ade agenda penting kot.. xpelah, aku dh jumpe 4 penulis, niat mula nk jumpa seorang saja.. ternyata Allah Maha Pemurah & Maha Mengasihani..
p/s cerita awal memula tu bukan ape, cuma aku rasa mcm dipaksa, bukan ikhlas.. tapi aku sedaya upaya mengikhlaskan pemberianku itu.. kalau akak itu terbaca, sedarlah banyak cara lain nk bantu umat Islam tp jgnla sampai guna cara mcm tadi ya..