Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Friday, July 17

injured

semalam aku balik kelas.. aku jalan dr Fakulti Pendidikan smpai la ke Kolej Kediaman Ketujuh - Za'ba... ntah bagaimana dah ditakdirkan Allah, tiba2 aku tersandung lalu aku landing secara awkward. landing dgn kaki kiriku terpele'ot. yakni senget ke dalam..
selaku manusia bertubuh besar, aku mmg risau kalau apa2 jadi kat kaki aku especially bila tergolek...

perit betul, tp aku gagahkan juga melangkah, pasal aku nk makan dulu, kemudian baru pi kolej 12, pasal klinik UM kat situ... pas makan, aku lepak bilik dulu, pasal rasa pedih btul kaki aku. kndian tertido.. kul 3 aku sedar, baru la aku Zuhur & gerak ke Klinik.. teksi jela, maleh nk tunggu bas, anto smpi ke klinik tu.. jumpe Dr, katanya terseliuh saja... nasib la x patah... dia bagi la Flanil dgn ubat2...
bila balik kolej 7 semula, aku naikla atas utk Asar 7 on9 seketika, dan ditakdirkan Allah, member aku si Kahar yg badan besar mcm aku juga injured masa main volleyball. silap landing, mcm aku, tp lagi teruk.. Dr ckp joint dia dh patah... mmg kena bedah... aku baru je sembang dgn dia sblum aku gerak ke klinik, tau2 dia dh injured lagi serius dari aku... semoga dia cepat sembuh..

mlm tu kolej aku ada program interaksi dgn senior.. acaranya Explorace, pusing la sekeliling kolej utk selesaikan tugas2 di setiap checkpoint... best2... walaupun aku jalan lebih slow, tp bila dh abes, aku rasa mcm kurang sakit dh kaki aku ni... harap kaki aku dpt la pulih spt sediakala...

Friday, June 26

a lil reunion semalam

semalam aku pegi sekolah.
mintak sign Pengetua @ cikgu setaraf utk sahkan kebenaran salinan sijil2.
aku jmpe cikgu2 aku. dr zaman SPM, dan tentulah STPM. yg sebelum2 tu, aku x jmpe sume. sket2 je..
memula jmpe kaunselor, Cikgu Hudaa.. sembang2, dinasihati apa yg patut. seronok psl dh lama xjmpe..
kndian pi kantin, jmpe si Yus dgn Aida. kelaparan pasal x breakfast.
time tu Awan yg ikut aku dr tadi, gerak ke Library, dulu dia Naib Pengerusi Pengawas Perpustakaan. mestilah nk pegi port lama.. hhehhe
dlm 20 menet, tiba2 disapa oleh Jia Jiunn, saja dtg katanya. kendian ada gak Fariq & Poji.. lebih meriah, Jun dr Seremban pun turun.. suke la Fariq dpt jmpe aweksnya.. hahaha lagi kecoh bile Zackh & Awin smpai.. kndian sume gerak ke Bilik Guru.
tp mule2 pegi jmpe Cikgu Noriah H. nama penuh x diberi atas alasan beliau x mau glamor.. hahahah meja dia kat tmpt lain pasal dia dh taraf guru cemerlang..
okla, sume mintak dia sign je, pasal dia pun boleh sign sijil2 tu.. ok, keje selesai.
masuk pula Cikgu Satilah.. mmg kepoh lagi la.. hahaha pas sembang2, sign2.. kami blah..

masuk Bilik Guru. jmpe cikgu2.. mule2 cikgu Faridah yg handle Pengawas Media, aku Pengerusi, agak kacip la aku dgn dia.. rata2 kwn aku jd pengawas media, mmg seronokla dia dgr kami berjaya dpt tmpat... sama mcm cikgu Sahida yg dulu handle team Forum aku, dia bagi semangat, suke dia dgr aku jd cikgu.. heheh kndian jmpe Puan Nor, anak2 dia kem salam.. haha aku pnah jmpe anak2 dia time pegi lawatan Menara KL.. lama dh x jmpe. okla, sronok la dia dengar aku dpt... heheh.. pi jmpe cikgu2 lelaki plak, iaitu Cikgu Fauzi yg ajar aku Makroekonomi, dan Cikgu Ragu yg ajar Bisnes 2. dorang ni meja depan-belakang. mmg kacip la dorang.. mmg best bagi dorang dgr berita gumbira kami ke uni masing2... nmpk mmg x sia2 la usaha mereka ajar kami yg nakal ni.. hahah
kndian salam Ustaz Zul, walau dia xpnah ajar aku, tp aku slalu gak tegur & sembang2 dgn dia, bgitu tu jua dgn Ustaz Ali. seronok sembang dgn dorang, banyak ilmu leh ditimba.. jumpa plak teacher BI aku, Madam Khadijah.. very good katanya..
hahaha..

then nk ke ofis utk jmpe Cikgu Ayesha yg ajar mikroekonomi tu.. tp dia ada pelawat time tu, dok la kat lua sat. jmpe plak Cikgu Noriah S. dia ajar aku time form 1, form 4, form 5, dan Upper 6. dari aku ni x brape kecoh, smpai la x reti tutup mulut mcm skang ni.. hahaha... mmg dia ni kenal aku la.. dan dia mmg sgt teruja bile dengar aku dpt UM. hahaha.. ade plak Cikgu Rusnani yg handle Kadet Polis tahun ni, suke gak dia pasal aku ni Pengerusi,leh la jd role model utk budak2 kadet polis tu.. hehehe.. ok, bile dorang nk ke kelas, kami pun jmpe Pn Ayesha.. mmg dia syukur sgt bile dgr ramai dak kelas dpt ke IPTA. nmpk la yg kami ni serius belajar.. alhamdulillah.. kemudian dijoin pula Pengetua.. smpat pula dia berseloroh yg Pn Satilah ckp 'si Fahmi tu dpt TESL...' hahaha.. famous mcm Famous Amos la pulok.. hahaha slps amek gambo sepam dua, salam la dgn mereka.. mmg seronok jmpe cikgu2 ni..

masa utk jmpe cikgu2 SPM pulak.. jmpe Ustazah Zubaidah, dia suruh jaga diri elok2, budak2 TESL kata dia sosial sket.. aku dgr, sematkan dlm hati.. ye r, dia dulu pun UM gak, so dia tau r budak2 tu mcm mana.. besh dgr dia ckp, dgr mcm rilek je, tp tepat dgn isi2.. hehehe jmpe plak Madam Teo yg ajar aku EST dulu, very happy to see u katanya.. dia dulu UM gak.. very nice university.. hahaha.. ok..
nk balik tu terjumpa plak Cikgu Faizzah yg ajar Fizik dulu.. dia dulu handle Kadet Polis, tp aku je form 5 yg betul2 join.. tahniah katanya.. ok la, at least aku dh backup balik SPM aku yg ku rasa kurang bagus dgn result ini...

kmudian, ada sesi bergambar rupanya hari ini. junior2 kami yg dh Upper 6 handle.. mcm aku la tahun lepas.. mmg x menang tangan.. sembang2, bagi semangat kat dorang utk berjaya.. hahaha.. selamat berjaya adik2..

di SEMERA

aku dgn Pengetua, Pn Fatimah.. sporting adalah sifat beliau.

nama aku nombor 10, mcm Maradona, mcm Zidane, mcm Messi.

full list. leh chek nama budak2 SEMERA yg dpt uni 2008. 24, ramai tahun ni.
ni Pn Ayesha, dia cikgu Mikroekonomi aku, juga Penolong Kanan Ko-ko. sgt berdedikasi, terima kasih cikgu!

dr kiri; Jia Jiunn dpt UPM, tp xmau sbb Cos dia dpt bukan dia minat
Poji dpt MassCom UITM.
Fariq UM sama aku, tp Bisnes.Zackh pun saman. Cikgu Ragu suke pasal dia ikut jejak langkahnya.


kemudian kami ke rumah Zackh.. dia buat makan2.. smbil smbut besday boy Zul.. ramai. meriah.


SESI GIGAM di umah Zackh!

sambut bday boy Zul yg oren. dh 20 tahun. slmt berjaya di UITM.
pegang mangkuk tu Awin, dpt UUM, sbelah Awin tu Yus, tgh tunggu rayuan. belakang Zul tu si Shafrey. member baik si Zul time di DIY. haha

bukan buat saja2 muke tu, tp mmg aku ngantuk. sapa suruh tido 2 jam?!

they call themselves 'Desperate'? don't ask me! tu pun x cukup korum satu lagi, P.I.T

muke puas makan pulut dgn rendang dgn bihun dgn sirap 3 gelas! hahaha

besday boy kena suap!

pas keluar umah, kami sembang2 jap, tp Si Poji gatal pasang lagu Pergi dr Aizat, udah la nangis budak2 ni... salam2 sume budak2 6a2 ni.. nk blah dh.. masing mengejar ilmu.. yeah!! bersepah kami sume...
lepas tu aku bawak ramai2 naik Waja, pasal snang naik bus kat luar.. si Shef nk balik umah, si Fariq dgn Jun nk ke Puduraya.. dating la tu.. hehehe
haha si Awan pegi CC kat Mutiara.. pas anto sume, aku pi Lourdes jap amek result checkup.. sume complete. ok, selesai lagi.. anto la Nabilah balik umah.. pastu aku balik..

Thursday, June 25

bila.. Fahmi tengok wayang lagi...

dlm kesibukan aku siap2kan segala2 yg patut utk ke UM, sempat gak aku ambil masa utk menonton 'this summer's Blockbuster', Transformers: Revenge of The Fallen.

sila baca review oleh Mr. Obefiend di F.O.A di sini


aku menonton bersama rakan2 Masuk Air Family ditambah lagi dgn Zaimi. lama aku x jmpe dak ni, since last STPM la.. kndian, jmpe Kerol, kata dpt UMS.. smoga berjaya.. ade gak itu Akmal, Cicik, Ilham, Audi, Cik Mon. ditambah lagi dak2 Beringin yg penuhkan Waja aku iaitu Man, Shahrul, Aizat & Nizam. kendian Nabil join. 13 orang. memula pi Pavilion. mcm sial, sume tayangan sold out. nasib ade Brem Mall. kul 12.15 tayangan akhir. gua shoot dr Pavilion, pakai Waja, kul 12, masih lagi di Lot 10.
10 menet kendian, sampai di Brem Mall yg terletak sebelah Jln Kuching. so, paham2 la aku pecut mcm mana. teket masih dijual, x sia2 aku henjut itu Waja.

filem itu pada aku best, tapi...
x cukup best. patut lebih baik..

syabas utk efek2 yg best, aksi2 lawan antara Autobots & Decepticons yg sgt best!
tp kurang mantap dr segi jalan cerita, sebab ia seakan2 filem sebelumnya.
masih lagi mnjual tubuh itu Megan Fox. pasal mcm2 bunyi ada time dia lari slow motion dgn Shia LeBeouf menuju itu Optimus Prime di tengah2 gurun.
jalan cerita tu boleh dimantapkan lagi, dan watak2 leh dikembangkan lagi.

aku cadangkan peminat2 saja yg pi tengok.. tp klu yg sayang duit, aku rasa kurang kepuasan la.. baik la aku pi tengok filem2 lain klu ade peluang. terus terang aku cakap ni tau. klu x, nyesal x sudah

Sunday, June 21

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 4.

ini antara lagu2 yg jadi peneman aku tatkala aku sedang tension mahupun dlm perjalanan sama ade pi tuisyen, atau waktu free dlm kelas. (kantoi la dengar lagu pakai henset dlm kelas. Kanak2 jgn tiru aksi bahaya itu!) kadang2 lagu2 ini juga dimainkan oleh Fariq the Chelsea dengan gitar kapok pinjaman dr junior kami. bergantung kpd lagu yg dia mahir la, klu x, tekan je butang 'play'.berdasarkan lagu2 ini, klu nk panggil aku mat jiwang, silakan lah.. janji, lagu2 ni telah menyerikan hari2 aku pada 2008.

mula2 adalah setiap lagu dlm album 'Kembali' oleh Butterfingers. Semua aku suka!
xperlu lah aku tunjuk satu2 vid, korang beli je. berbaloi, revolusioner muzik Msia.




band ni sdg meningkat naik, MAGIK. lagu ni mmg best, chord2 pun x susah utk Fariq main. slalu la kami jamming kat belakang. kdg2 dijoin oleh Azwan & Poji. lebih lanjut tnye Zackh, dia lebih tahu... hehehe


kami nyanyi ramai2 utk cikgu kelas (Mummy) Pn Rohana sewaktu kelas terbuka kami sempena Hari Raya Aidil Fitri dengan Fariq pegang gitar, aku lead nyanyi. rata2 x dpt trus nyanyi sbb nangis, aku pun join rasa sayu. Fariq dh bergenang mata tp aku still maintain suara nyanyi. suasana pula sunyi sbab kelas2 bawah smua sedang exam. Mummy dlm tangisan turut smpaikan amanat & juga harapan beliau kat kami semua. ade rekod vid ucapan tu, tp terlalu besar nk diuplod ke sini. mmg buat aku igt situasi itu, lagu ni.


juga dinyanyi sewaktu hari terbuka kelas, tetapi sebagai hiburan kpd cikgu2 yg sdang menjamu selera dgn spagetti @ bihun goreng. mule2 aku start, Fariq gak main gitar, kmudian dijoin oleh Poji yg nyanyi ala2 Aretha Franklin. still, lebih kpd jamming berbanding persembahan.. hehehe, seronok gak, nyanyi ni, smbil tu aku & Poji rakam video rakan2 yg sdg makan, sembang, & mcm2 lagi.. selain tu, selalu juga dimainkan dr henset tatkala kebosanan @ tension melanda..


lagu ini selalu aku mainkan dr henset, malah slalu juga aku join rap mcm Mr Altimet itu. liriknya straight forward, tp menusuk kalbu.. hehehe budak kelas slalu nmpk aku tunduk bawah meja, dgr lagu ni dr henset.. apa ada hal, KP member aku..


lagu ni simple, cepat, upbeat, straight to the point. kalau aku leh main gitar, dh lama aku buat gig.. hehehe


lagu ni pula igtkan aku pulak kat Yop. kami dua beradik saja. tp dia merantau sejak form 4, matrix, uni. jadi lagu ni mmg sesuai dgn perasaan & hubungan aku & Yop.
org lain mungkin x paham lagu ni, kutuk or watsoeva. termasukla Ogy Ahmad Daud kat konsert AF ngadu dia xpaham lagu ni. ade aku kesah?? ko xde abg, mmg la ko xpaham perasaan hormat, sayang adik kat abg dia.. x paham, lain kali tanya...


lagu ni seronok didengar, juga jadi bahan ketawa sebab ia bermula dgn Bapaknya... unik, tp mmg sesuai dgn kami. bait2 lirik 'nampak ketarakah dilema di wajahku, di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu...',
mmg slalu rasa self-doubt dlm diri sedang aku berusaha utk STPM.
persoalan2 spt mampukah aku laluinya, tp bila dengar lagu ni, aku jd hyped balik, smangat trus kental utk trus lalui gelora STPM.. cewah ayat aku...


bila Fariq start pegang gitar, wajib dia main lagu ni sbg opening. lagu fav dia, aku pun sbb lirik dia.. pergh, tepat menusuk kalbu.. seswai utk org yg baru direject oleh pasangan. ala2 pepatah Inggeris, if u love someone, let her go, if her come back, than its yours.. mgkin silap, aku igt gitula lbih kurang.


lagu Aizat, mmg sedap, lirik pun agak syahdu. disebut oleh Awin tajuknya sbg 'Haruskah ku biarkan engkau pergi...', sume gelak kaw2.. suke2 tuka tajuk.. juga lagu sing-a-long satu kelas bila Fariq main gitar. tp klu dorang xmau, aku nyanyi solo je.. lagi puas.. hehehe pernah didendangkan atas pentas oleh Zul kat Hari Makan2 MTE, jamuan oleh junior utk kami. Fariq lagi pegang gitar, dia nyanyi. tepukan gemuruh, malah standing ovation dr ckgu2... hehehe


aku terjumpa lagu ni bile Poji suh download, psl dia nk perform kat makan2 MTE td. download sudah, convert ke mp3 pun dah, praktis pun dah, las2 x jadi pun. tp ttp jadi sing-a-long oleh aku & Fariq. ala2 KCi & JoJo la pulak. cuba dijoin oleh Musa, tp sbb dia tersilap nyanyi, trus jadi bahan gelak... sory bro, tp mmg lawak.


lagu ni dijadikan background music dlm CD pics kami sewaktu diorientasi oleh senior2. muzik sdap, lirik indah. wat more can u ask!!! serta merta minat ini Letto. rock, tp ada unsur ballad @ melancholy.


tahun 2008, mule dgr itu Xfresh fm (now XFM). banyak lagu2 indie, underground band yg didengar. kat radio lain lagu2 mcm ni xdpt airplay, smpaila Hujan, Meet Uncle Hussain dpt permintaan, baru lagu ni naik. ni kira wakil la lagu2 indie dr Soundtrack filem Kami The Movie.


ini pulak band baru dr pecahan ahli2 band2 yg dh naik, jd lah Pesawat. satu lagu ni je, buat aku minat dorang. budak2 lain pun heran apsal aku ske lagu ni. ntah, mgkin sdap2 sgt kot bagiku. mungkin sbb bunyi berbeza dr band2 lain.skang ni famous dgn Rasional Emosional & Excuse Me. juga sedap.


MUH berbeza sbb suara Lan. tinggi. dan lagu yg berentak pelbagai. ada yg laju. ade yg rilex. aku suke sbb susah nk tarik mcm dia.. huhuhhuhuu


lagu ni Aida suke. katanya puitis sgt. aku rasa sdap gak, tp aku lagi suke lagu Tanpa. pasal yg ni mcm kita kecewa sbb x pilih org yg dicintai sbb kita cinta org lain. aku xpnah lalui, so mgkin tu aku rasa xbest..

lagu ni lebih best, laju x laju, slow x slow. mcm tu je. susah nk perform sbb lagu ni xde break. nyanyi je... boleh meletihkan, tp sedap, leh gak buat senaman mulut.. rata2 budak kelas aku suka lagu ni. lagi si Hasti dgn Fariq. hahaha

kesimpulannya, lagu2 di atas antara yg menceriakan hari2 STPM ku. terima kasih kpd mereka yg telah susun lagu, tulis lirik & perform dgn baik. juga terima kasih kat Fariq sbb sudi mainkan gitar sbb aku x reti main gitar. tau nyanyi je... hehehe.
maaf kpd kelas 6a2 andai aku bising dlm sesi jamming bersama Fariq. klu x puas ati, sile kol aku utk dpt nyanyian free. hahahaha
ada gak lagu2 yg terlupa aku nk listkan, namun ni antara yg ada dlm playlist aku tahun lpas.. tahun ni, sdikit berbeza ok.. hehehe

Saturday, June 20

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 3


surat yg baru smpai dlm beberapa menet setelah hantar post terdahulu.

dlm tu ade tulis, ditanggung oleh Kerajaan Msia.
Alhamdulillah.
jadi kena sokonglah setiap langkah kerajaan?
mestikah aku buat begitu?
tengokla... ade aku kesah??
so now, bz nk buat, cari barang2 kelengkapan utk dibawa ke UM.
only got a week..
haa... so much to do, so little time...

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 2.

salam.. selama ni aku mcm ade self-doubt.. boleh ke/layak ke diri ini ke IPTA.. dan IPTA impian aku adalah UM. bile tgok result UPSR, ok.. PMR, biasa2 saja. SPM, patut lebih baik. Matriks xdpt, jadi aku pun menanti panggilan ke STPM. rmai kata yg ini periksa tersusah di Msia... antara tersusah di dunia la.. mcm2 la... tp kan, berbekalkan semangat & iltizam utk ke UM, aku gagahkan/beranikan diri menghadapinya.

sepanjang aku di STPM, banyak benda aku belajar.. kembali bermasyarakat, sebab rata2 kawan2 aku zaman SPM seperti Aizat, Akmal, Shahrul, Hariz, Pyan, dan ramai lagi sume telah blah ke IPTA, Poly, mahupun IKM.. tinggal aku je terkontang kanting solo di SEMERA. ya, sekolah aku dr Form 1 hinggalah skang.. yg ikut form 6 dgn aku adalah Surain, Khairul dng Karm, tp mereka ni lebih rapat sesama mereka, aku kurang akrab, tp ttp la bertepuk tampar gelak ketawa sama dorang walau kelas kami berbeza...
selain itu, aku juga telah beralih arus, sebelum ini aku kelas Sains, aku x boleh bawa masa SPM, better for me to change my course to Arts. aku pilih Bisnes. Sejarah aku minat, tp aku mahu ambil challenge lain pula. sebab aku x pernah belajar Bisnes. aku pun x pernah belajar Ekonomi. mula2 mmg sukar sedikit aku nk ubah pemikiran Sains aku kpd lebih Sastera, Alhamdulillah, sedikit2 aku buka minda aku, terima, belajar subjek2 ni. P.Am seakan2 Sejarah, aku rasa sedikit seronok belajar subjek ini, dan BM pula buat aku lebih kenal Bahasa ibunda aku.. best juga belajarnya.

aku juga kena masuk persatuan2, kelab2 utk cukupkan ko-kurikulum aku. tp bile dh 6th Former ni, masuk2 je terus jadi Pengerusi. paling cikai pun AJK/Exco. aku jadi Pengerusi Kadet Polis, Kelab Bola Baling, dan Pengawas Media. N.P Majlis TIngkatan Enam & AJK PRS. ade yg aku berjaya laksanakan tugas dgn sebaiknya, tp sayang, ade juga yg aku kurang berjaya. too many to do in a little time. jadi pengajaran kpd aku, agar pilih & terima tugas yg kita mampu saja. jika x mampu, cakap tidak.

aku pergi tuisyen. ye, dh tua pun pergi kelas. aku ke P.T. Kasturi. dkt2 Pasar Seni. kalau dulu aku ni reserved di sana. maksudnya aku diam je, dgn cikgu2 pun aku tgur2 gitu saja. tp bile STPM, aku jd lebih ke hadapan. aku tanya cikgu2, aku buat mcm kelas di sekolah. tanya mana yg x paham. mgkin ade yg kurang suke dgn aku, tp aku pun bayar gak yuran mcm org lain. at least bile tnye, mgkin ade yg persoalan2 dlm otak yg terjawab. aku ada kawan2 di sana dr sekolah lain mcm Zharif, Ilyas dll. dgn cikgu2 subjek aku di sana pun aku lebih responsif berbanding swaktu aku tuisyen di sana masa SPM & PMR dulu... sedikit sebanyak ilmu mereka aku gunakan dlm periksa..

tak bermakna bile tuisyen, kalau dgn sekolah kita diam je.. pada STPM juga, hubungan aku dgn guru2 SEMERA juga lebih baik terutamanya cikgu2 sbujek aku, berbanding dulu. mcm aku ckp td, dulu sebelum STPM, aku hanya pelajar biasa, x mahu ikut aktiviti2 yg sekolah anjurkan. tp bile Form 6 ni, banyak aku pulun. kem inilah, hari itulah, mcm2.. aku pun terkejut bile fikir2 balik. selama ni sekolah je yg menyumbang kat aku, aku lek2 je. kali ini, aku pula contribute kpd SEMERA.. x dpt banyak, sikit pun jadila..

pd waktu itu, kawan2 lain telah di IPTA, di Matriks. aku di sekolahh lagi, sedikit cemburu tetap ada dlm diri ini. tp tak apa, sebab aku tahu apa yg aku buat, banyak kebaikannya STPM ni..

waktu berlalu dgn pantas, tibe2 dh jd Upper 6, lebih sibuk kerana kami Super Senior, banyak benda kami kena handle. juga seronok, sebab kami dirujuk oleh adik2 bawah sbg Abg bg lelaki, & Kak utk perempuan. hahah.. waktu ni Akmal jeles sbb kelas aku rmai pompuan x mcm kelas dia kat sana.. hehehe ade aku kesah??


banyak kenangan pahit manis yg aku kecapi sebelum aku terima result STPM mahu pun result UPU yg membawa aku ke UM minggu depan. aku rasa sgt bersyukur kpd Allah sebab diberi peluang utk melalui STPM di SEMERA pd sesi 2007/2008. dan juga mereka2 yg telah mewarnai hidup aku ni. dr aku kcik2, smpai tadika di Tabika Perpaduan Tmn Beringin, Tadika Canossa, SK La Salle 1 Jinjang, Sekolah Agama Hidayatul Mustaqimah Tmn Beringin, SMK Raja Ali a.k.a SEMERA dr form 1 hingga form 6.

every achievement today, is yesterday's effort.
keep moving forward, with knowledge & extra effort, Insya Allah we will succeed.

p/s: semalam aku telah sibuk berterima kasih kpd semua yg ucap tahniah dr family, sahabat2, rakan2 dan juga dr alam maya termasukla Myspace & Blogosphere.
Mama & Abah nampak sgt bahagia dgn kejayaanku. aku bersyukur berjaya serikan kehidupan mereka dgn kejayaan ku ini. seronok sgt kot sorang lagi pegi Uni. dulu Yop kat UKM, dh grad pun. kali ni, aku plak ke UM. rmai member2 aku akan bersepah. UM bakal aku pergi dgn Fariq Chelsea dan Zackh. UMS pula AzwanMU. UUM akan dihadiri si Jun, Nazrin, Awien, Fatin dan Peh Yin, UITM pule si Zul, Aida & Poji. UKM pula cik Mastura diakronim menjadi UKMastura? boleh gitu? heheh. UIAM pula destinasi Farhan. UDM utk Diyana aka Ceng, Aini dan Kian Teck. Kok Jye Unimas, Jia Jiunn UPM.dan ada juga yg masih belum check, atau kurang berjaya. aku harap korang x give up, buat rayuan, insyaAllah dpt intake akan dtg. aku doa sume rakan2 berjaya dunia akhirat.

Friday, June 19

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan!


sila klik utk lebih jelas

Alhamdulillah, dengan umumnya keputusan UPU pagi tadi, maka dgn ini aku telah berjaya mengikuti kursus Ijazah Pendidikan TESL yakni Cikgu English bahasa mudahnya.. syukur ke hadrat Allah, terima kasih kepada Abah, Mama, Yop, familyku, sahabat2, kawan2, rakan2 x kira di dunia sebenar mahupun dunia blog atau PPSMInya blogosphere yg telah mendoakan aku agar berjaya mndpt tempat di IPTA. You know i am talking about you, each & everyone of you.

mula2 aku check, kul 11, ditunda ke pukul 12.. aku cuba pukul 11.50, wajah laman UPU mula berubah, aku log in setiap details, & terkeluarla paparan di atas tadi... Abah terus peluk bila dengar aku ckp dpt, lantas terus aku sujud syukur. SMS Yop, Mama & sahabat2 & rakan2 aku.. sume ucap congrats, member2 seSTPM dgn aku bakal bersepah, Poji,Aida, Zul di UITM, Jun, Fatin, Awien, Nazrin, Peh Yin di UUM, Fariq dan Zackh di UM, Mas pula UKM, Farhan pula UIAM. Masih ade yg xdpt dihubungi, akan ku cbe contact mereka...

namun, ade gak member2 yg xdpt, aku ucapkan selamat maju jaya la, dan hantar rayuan. insyaAllah masih berpeluang utk masa depan..

aku mmg terfikir gak kemungkinan aku gagal, tp aku ttp optimis, aku tawakal sbb aku dh buat yg terbaek dr STPM, MEdSI test, Interviews, alhamdulillah tercapai gak cita2 aku nk pursue degree in TESL selepas aku gagal time nk mohon diploma TESL slps SPM dulu.. syukur Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

dengan ini. boleh la aku katakan yg aku dh buat terbaik. Walaupun aku pilih jalan yg jarang orang ambil (the road not taken, by Robert Frost, rujuk Literature English SPM), tapi jika kita berani ambil risiko terhitung (yang kita mampu tangani), x mustahil hasilnya amat menguntungkan. aku kalau org amek STPM aku sokong, tapi mesti buat betul2.. bulatkan tekad. kalau x mampu, better pilih jalan lain, pasal bukan semua mampu melalui jalan ini (STPM).. aku tahu, pasal aku dh lalui... mmg x mudah, itu je aku leh cakap.. mmg x mudah, tp berbaloi... percayalah...

anyway, mmgu ni, aku kne siap2 segala, pasal 28hb aku kne lapor diri... pi tgok Transformers dulu, pastu siap2 semua... yeah!!! i feel relieved yet excited!!!

Wednesday, June 17

bila.. Fahmi tengok wayang...

hari ini hari Rabu.
tiket wayang RM6 saja.
orang pun xramai sebab hari kerja, malahan setiap remaja, & kanak2 sibuk bersekolah.
mengakibatkan segelintir ahli masyarakat yg bebas(baca:menganggur) spt aku pi tonton wayang dgn tenang.
mula2 tonton Terminator:Salvation kerana aku dh ikut siri ni dr filem pertama kecuali siri tv Sarah Connor Chronicles sbb aku selalu miss episod kat AXN mahupun 8tv..
dh boleh agak cerita mcm mana, mungkin sbb ade sikit persamaan mcm cerita2 terdahulu (klu robot/cyborg muncul mesti bogel, the tension, saving the primary target:Kyle Reese iaitu bapak John Connor - selalunya John Connor paling penting, man Vs machines, tembak2, bunuh, letup2 dll)
kudos utk Christian Bale, sbb berjaya watak aksi dgn penuh emosi, tp tetap xleh lawan performance dia dlm Batman Begins mahupun The Dark Knight.
efek2 filem ni gak boleh kalahkan Transformers, tp akan dikalahkan sekuel Transformers-Revenge of The Fallen. pandang, dengar je dh boleh tahu.

rehat, solat Zuhur di surau Jusco Metro Prima yg cukup lengkap.

tonton pula filem Hannah Montana The Movie. ok, aku pi tengok sbb aku dh terlayan siri dia kat Disney time aku menanti game bola Champions League kat ESPN nk start kul 3 pagi. mule tengok siri ni pelik, lama2 kelakar juga.. terus ikut hari2..
tonton la wayang pulak.. sambil makan set combo Hannah Montana ni


masih banyak kat kaunter, x ramai kat Msia yg minat citer ni..

ade 2 lagu aku suke dari filem ni iaitu

Hoedown Throwdown, agak best, sile ikut ramai2 ala2 Poco Poco..


The Climb, lagu yg memang sedap, boleh dijadikan lagu motivasi jika dengar baca lirik satu persatu.. lagu2 lain pun sedap, sile beli, aku donlod je..
lagu2 ni juga aku add kat playlist atas, klu nk dengar klik je next smpai kuar lagu pilihan.. klu malas, klik pause, klik je vid tu

Hannah Montana The Movie mengisahkan si Miley, remaja biasa yg juga bintang pujaan Amerika, Hannah Montana. dh biasa jd terkenal, sikap dia yg asalnya baik, ingat asal usul, semakin hilang tatkala dia menjadi lebih terkenal sampai gaduh dgn Tyra Banks pasal kasut, dan sanggup nk pi award show pada hari lahir Nenek dia..
Abah dia pun anto dia balik kampung kat Tennessee.. mule2, dia x biasa psl dh lupe dgn gaya hidup kampung walaupun dia ni membeso kat situ.. lama kelamaan dgn teman lama Travis, dia pun mule menghargai asal usul dia.. tp yelah, klu dh ade dua identiti ni, susah nk gerak klu perlu ada di dua tempat pada masa yg sama, malah sbg identiti berbeza.. tang ini yg lawaknya.. lama kelamaan, si Miley ni pun smpi sanggup x mau lagi jd Hannah sbb dia skang ni dh rela nk jadi Miley sahaja spt yg keluarga & teman2 dia kenali.. xmau lagi jd Hannah sbb pasal dia, ramai orang yg terluka.. tp, kata bintang pujaan kan, so fans pun support balik... jadi gitulah ceritanya.. walaupun karekter2 sokongan lain sekadar jadi tempelan saja, tp oklah, kehadiran mereka ttp menceriakan suasana spt dlm episod2 kat siri tv tu gak..
anyway, filem ini tetap best, spt filem Disney yg lain.. tp kan. nape ha, dulu bile kecik2, watak2 perempuan dlm Disney mesti ala2 sopan gitu, tp bile makin membesor, nape makin sexy? dh ramai yg jd gini.. dulu dh elok je.. any comments?

then, aku pun pi jumpe Fariq sbb dh lama x borak dgn dia.. dia ni peminat tegar Chelsea.. smbil sembang, sambil main Counter Strike.. jmpe lak dgn Azwan.. kami buli dia... hahaha.. 1 jam je. cukupla tu.. kndian pi pulak Masjid Abu Hurairah kat Bt 5, Jln Ipoh sbb nk solat Asar.. waktu dh panjang.. so ttibe plak nmpk si Muhaimin.. dulu dia sekelas time sek rendah dulu.. la ni dia kat UM.. Syariah katanya.. syabasla kat dia.. sembang2 jap, tp xleh lama, psl nk amek Mama dr ofis.. heheh
pas salam2, bagi la si Fariq ni baju band Pesawat.. aku beli, tp x muat nk pakai, baek bg sbg bday present kat dia.. mmg cukup cantik la dia pakai..

p/s: result UPU STPM dan setaraf bakal keluar 19 Jun pd 11 pagi. doakan aku, dan rakan2 seperjuangan akan berjaya mendapat tempat.. neves.. neves.. tawakal pada yg Maha Esa.

Thursday, June 11

aku telah ditag?

Peraturan nak jawab tag ni ialah:

a) Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.




b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Nama dia Mastura. dia suh panggil Mas je..aku xpernah kenal dia sebelum aku masuk form 6. dia ni kelas sebelah. sgt bijak dan berjaya dpt result cemerlang STPM. orang Kuale... nmpk mcm pendiam, tp jika dpt cakap, leh tahan juga isi2nya.. dulu nmpk mcm sombong sbb pndiam, tp bile kite dh kenal, dia cool juga.. hahaha jadi Mas, sila lah belanja aku pasal aku dh puji banyak ni.. hahahhaa

c) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Faktanya adalah :
1)Namaku Muhammad Fahmi. slalu org panggil Fahmi, ade juga versi lain mcm Pami, Pemi, Fani(bergantung kpd individu2 itu), namun ade gak yg panggil Adik(ni slalu Mama,Abah dgn Yop je), Bob(ni bile org x kenal, nk tegur aku), Abang (spupu kocik, mahupun budak2 yg baru kenal)...

2)maksud Fahmi ialah Kefahamanku. Alhamdulillah spt namaku, aku cepat faham apabila diterangkan ttg sesuatu..

3)sebenarnya Mama dgn Abah nk letak nama aku Muhammad Yusri, tp disebabkan Yop pelat waktu itu, sukar dia nk sebut nama tu betul2, jadi ditukarla kepada Muhammad Fahmi.

4)pernah patah tangan sewaktu kecil, tp aku x ingat pun...

5)berjaya mengekalkan kecomelan dari zaman bayi hinggalah kini.. pipi aku mmg chubby bgini saja.. hahaha

6)kalau buat kerja tu, mesti buat yg terbaik.. kalau kaji sesuatu pun, akan kaji sedalam2nya..

7)sangat suka menonton tv, x mengira rancangan mahupun genre apa... sebab aku suke belajar, tp klu citer2 seram/ngeri, aku bnci.. pasal aku x ske terkejut2..

8)juga suka mencuba makanan2 atau resipi2 yg unik bile makan di luar... selagi halal, x salah kan.. bukan ape, suke nk dpt pengalaman baru..

9)bila bosan atau free, biasanya akan tidur.. ataupun tonton tv mahupun bermain ps2.. hmm.. on9 pun selalu gak sejak ade laptop ni..

10)sangat suke meluangkan masa bersembang/berdiskusi dgn sesiapa saja, xkire sama ada keluarga, sahabat, rakan2, ttg apa jua topik.. pasal bile bercakap dgn org, ade je ilmu baru kite tambah setiap kali lepas tu..

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.siapakah mereka...
1)bro Nami
2)Mint
3)Rafiqa
4)bro KuSut
5)YaYa
6)Zackh...

oh ya, terima kasihla cik Mas ye sbb tag kite.. huhuhu.. nasib baik sikit je, klu pjg, jenuh la nk menaip nye.. hehhee

Wednesday, June 3

7 bulan selepas STPM

1.Aku menjadi 20 tahun. tepat 29 Mac, Mama suruh aku jmput kawan2 dtg umah, wat mkn2 sket, tp x rmai yg dtg, sbb ade hal lain.. x kesah, pasal kite dh jmput.. nk dtg, itu hak mereka.. lesen P pun dh abes, jdlah lesen full..


2. Aku aktif di alam siber.. ya, aku ada YM,Fster, Myspace, Facebook, Tagged, Blog pun ade.. Twitter aku xde pasal aku malas nk update tiap masa.. Frenster aku buat pasal bukan semua ade Myspace, Myspace pasal rmai member buat, Facebook sbb lebih tepat, tiada nama samaran, Tagged pulak pasal spupu aku si Bangah Nazmi ajak... YM snang, mudah nk interact pada bila masa, & di mana jua... heheh dulu aku on9 tp asyik Myspace & download je, tp skang ni aku lbih kpd Blogs sbb aku ske baca buah fikiran orang, yelah, lain orang lain pendapat, aku juga dpt kenal bloggers yg kool( no name mention, nnt ade yg kecik ati, sume blogger la!!), banyak aku baca kat skrin laptop lbih dr aku baca buku time STPM dulu.. huhuu aku lebih kenal Malaysia kat blog.. tahniah blogspot sbb telah berjaya jadi medium perhubungan sesama kita.. biar berbeza pendapat, tp still leh communicate..

3. Aku keluar bercuti... Aku pi PD dgn member2 Masuk Air Family.. 15 org.. jmpe balik member2, 3 hari je di sana, seronok!!! kemudian balik juga Ipoh sekali skale.. tgok umah Opah Che'Ah dh tuka pagar... hehehe.. spupu aku Kok Mai pun kawen dh.. Kak Long dh ada baby.. spupu2 kocik iaitu Fatihah, Fatini, Farhana dh ade adik lelaki bernama Farhan.. Hafiz & Haziq dh ade adik lagi bernama Hazim, Qalif & Irfan masih besh & adik mreka, Azimi dh makin beso, dulu kecik je... diorang ni agak2 2nd Generation la bagi sepupu2 belah Abah, pasal dorang ni agak kecil, bbnding kami yg dh zaman Uni & bekerja nih... still, aku gak yg layan dorang main2... budak2 aku suke join pasal mereka ni jujur, x tahu erti menipu.. huhuuhu Spupu2 belah Mama xde gen2, pasal kami semua jarak umo x jauh, walaupun ade yg masih Bayi, ade gak yg dh beranak pinak.. hehehe selain tu, aku juga ke Sarawak, jumpe Abg Wan.. dan famili.. mmg besh.. ye, aku akan abeskan kisah2 ke situ, x lama lagi..

4. Aku pi jmpe kawan2.. pasal dorang ni sebuk dgn hal memasing, aku gak yg kena melawat dorang mcm YB melawat kawasan.. hahaha kdg2 lepak smpi larut malam kat kdai makan, kdg2 pi tgok bola kat mapley, ini jarang sbb kat umah ade astro... klu boleh nk jmpe mereka agy, arap2 dptla ye...

5. Aku tuka hanset, zaman stpm aku pakai Nokia Xpressmusic 5610, post Stpm, aku pakai Nokia 5200 Xpressmusic.. sbb yg memula tu skrin jahanam, cukup mencabar utk membaca mesej.. ni pun seb baik member Yop tolak 200.. ok r tu.. nnt nk tukar Sony Ericsson pula.. tp x tw bile..

6. Aku lebih ambil tahu halehwal negara... politik, ekonomi, sosial.. semua aspekla.. mungkin sbb dh ade blog, lebih mudah aku ambil tahu.. dulu aku ambil tahu juga, tp dr paper ke, tv ke.. well, selepas kisah2 di paper itu diragui, aku beralih kpd media alternatif, dr aku xde blog, smpai la skang ni PM kite pun ade blog.. hahahah power kan pengaruh blog ni.. jadi skang ni, aku boleh bincang apa jua topik, dgn siapa saja... aku ske diskusi sbb aku ske tambah ilmu... lagi byk kite cari, lg bnyk kite dpt ilmu..

7.Rmai org tnye result aku.. aku kata ade yg lebih cemerlang, xpun aku kata biasa saja... bukan apa, bile fikir yug aku pas, aku terfikir kat member2 yg kurang bnasib baek.. klu fikir yg bjaya2, tu fikir gak sbg motivasi diri utk lbey bjaya, semua uncle & auntie congrats aku dgn Zana spupu aku sbb kami ni kirenye cucu Opah yg pertama berani amek STPM.. slalu abg2, akak2 amek matrix, xpun pi diploma trus.. tp kami berbeza, hanya org yg amek STPM je tau perasaannya.. hahah dan ade yg ikut jejak kami, YopKopi gelarannya, nama sebenarnya Hanif.. smoga berjaya ya Yop, kata nk amek buku, tp x amek2 pun.. well, kirenye, kami berdua ni dh bukak alternatif lain la buat family kami lps spm nk buat apa... aku ckp snang je, Siapa nk amek STPM teruskan, tp mesti buat betul2, bulatkan tekad.. jgn fikir cakap orang.. yg kutuk mmg ramai, budak sekolah la, pakai seluar putih... heheh last2 most of the pengutuk dh pun respek aku.. aku malas nk ckp byk, pasal aku tau apa yg aku buat..

8. Rmai org tnye aku, ko x keja ke?? aku cakap tidak.. pasal aku mmg x bniat utk cari keje.. pada aku, tgh aku cuti, cuti la... tp aku xla kutuk sapa member2 aku yg bekerja.. pasal situasi aku dgn mereka blainan, aku ni MBF(Mak Bapak Finance), mintak je, klu kena dgn mintak mmg la dapat.. tp most of kwn2 aku ni bkn mcm aku.. ade yg nk cari duit, cari pengalaman... tp aku? aku blum lagi utk itu, klu kerja pun mgkin produktiviti aku rendah. baik xyah keja, kesian kat org2 lain yg lebih memerlukan kerja.. well, ekonomi kan tgh teruk skang, baik bagi keja tu kat org2 yg mmg nk keja... (ngaku jela Fahmi oi,yg ko mmg pemalas!!)

9. Aku byk mendownload.. serious, smpai naik penuh memory laptop ni.. kena la pi lowyat nnt nk beli external... well, aku download mp3s(siapa yg xbuat ini kan???), videos dr youtube or apa2 yg seronok sbb ade orbit, snang je donlod... movies, aku byk donlod mcm XMen Origins:Wolverine (my fav mutant & kisah dia sblum jd amnesia), Push, Crank, Crank:High Voltage( citer Crank dgn sekuel dia amat ganas, aku pun ngeri tgok,jason statham blakon, mmg byk aksi lasak, x msuk Msia citer ni),
the Last Samurai(mmg best, pasal dilema Jepun yg nk moden smbil ade yg nk kekalkan tradisi Bushido),
Man Laksa(Abah kata mmg blaku kat Ipoh masa dia muda2 dulu),
Dari Jemapoh ke Manchestee( ni filem dr Hishamuddin Rais/Tukartiub, kena ban pasal dulu dia kena ISA),
Saturday Night Live Best Of Jimmy Fallon( serious kelakar! sgt best),
Be Kind Rewind(apa jadi bila filem2 utk disewa telah dipadam? kite lakonkan semula!! kelakar!),
SuperSize Me(apa jadi bila kite makan McD tiap2 hari, ujikaji oleh Morgan Spurlock) dan banyak lagi movies lain..
aku juga download ebook mcm novel & manga2.. mcm Dragon Ball,Slam Dunk, Dragon Quest:Dai no Daiboken, Great Teacher Onizuka, Johan Bolasepak/JDream...

kenapa aku cerita semua ni, pasal dlm mggu ketiga bulan ni, result UPU akan kuar.. ade yg kata 19 Jun dan mcm2 lagi... yg pasti, this whole 7 months of holiday akan berakhir x lama lagi.. huhuhuhu selamat berjaya kpd kawan2 seSTPM dgn ku, semoga kita berjaya ke IPTA ya...

Wednesday, May 20

hari ini Fahmi ditemuduga..

alhamdulillah hari ini aku layak utk pi temuduga utk kursus ijazah pendidikan UPU di Universiti Malaya hari ini.. rupenye member aku si Poji pun dpt juga, so dia tumpang aku.. aku smlm x leh tido, nervous bkn sbb utama, tp sbb aku dh tido petang itu agak lama.. jd aku pas Subuh bru tido balik.. kul 10 bangun, sarapan sket dgn roti & telur bersama teh o.. aku klu ade intebiu atau yg memerlukan aku kerja keras mmg akan makan sikit je pagi itu.. bukan ape, aku klu dh makan msti nk kena buang balik.. paham2 jela.. jadi pas siap2, aku jadi lebih kemas dr biasa.. malas nk amek gmbar.. hehe aku berkemeja lengan panjang siap tali leher, berseluar slack dan berkasut kulit.. sesuatu yg amat jarang aku kenakan.. aku mmg x suke sebab ia bukan diri aku.. tapi dh jadi syarat kat slip itu tertera mesti berkemeja & kasut kulit..kalau x, aku rilex je pakai jersi bola.. hehehe ok, pas Abah balik dr hantar Mama ke ofis, kami pun gerak ke umah Poji utk ke UM.. dia pun hensem hari ini.. hehehe.. dia ni mcm aku gak, x suke berpakaian smart begini.. kami ni ringkas orangnya.. hahaha pasal aku dh pi intebiu utk kos kaunseling bulan lepas, aku dh hafal la jalan ke UM itu.. kalau tidak, lambatla sampai... jalan kat KL ni xboleh silap, sekali dh silap, jauh nk pusing balik weh... ok slps 30 minit perjalanan.. masuklah kami ke fakulti pendidikan... awal sejam dr yg dijanjikan.. sudah ramai yg mnunggu.. jadi kami lepak2 kat dlm bangunan itu.. Poji jumpe member dia yg sama intebiu kat Uitm & Munsyi hari tu.. hahah sembang2 lagi.. ade juga seorang dr Gerik & Hulu Kelang yg smpat kami kenal2.. sembang dgn lelaki je, pasal kire2 11 orang saja kaum ini... yg lain sume wanita.. lelaki semakin pupus, petanda kecil hari akhirat bakal menjelma.. bro dr Ulu Kelang tu mmg x minat kos pendidikan, tp dia pergi amek Medsi & temuduga pun kena paksa dgn mak dia... hehe x kesah la bro, janji ko bahagia.. mula2 kami semua dikumpul dlm satu hall, kemudian berpecahla ikut bilik yg ditetapkan.. bilik temuduga aku di bangunan lain.. aiyoh... mule2 smpai mmg tunggu luar, panas weh.. dh la aku berlengan pjg bagai.. tp aku fikir gak, makcik2 yg bertudung litup ni lagi la kan.. so aku berlagak cool, smpil menahan panas.. hehe nasib baik ade sorang lagi lelaki ni... dia dr Wangsa Maju.. slps bertegur sapa, seronok juga sembang dgn dia ni.. fikiran sgt cool, boleh ngam la.. mcm2 kami sembang sementara tunggu giliran ditemuduga.. hmm... bro Wangsa Maju ni kire2 num 3, aku num 4.. awal juga.. bagusla, habis awal, balik awal... ade pulak cik kak dr Sikamat ni ajak bincang pasal pendidikan.. sekolah kluster, wawasan, bestari, ppsmi dll.. bagus gak, pasal aku pun dh igt2 lupe mnde2 ni.. skali mmg dia tnye la dlm tu.. hahaha cik kak ni mengingatkan aku kpd Ruhani aka Aton.. gaya mmg sama, siyes.. cume dia ni bile berhujah tu, ade gaya.. aku boleh katakan yg dia ni natural speaker.. so aku ni smbang2 la dgn dia smbil si bro Wangsa Maju tu diintebiu.. bile dia balik, mula lah dia cerita kne demo mengajar la apa la.. hehe x lama lepas itu aku pun dipanggil.. seluar yg longgar mcm nk londeh, hahaha.. xpe, cool je.. masuk, bagi salam.. bagi file sume apa yg patut.. bermula lah... mule2 citer diri sndri apa sume.. pas tu suh demo mngajar.. hahaha main petik je buat, dan mereka boleh gelak tgok aksi aku.. hehehe aku pun gelak la.. smbil tu dia tnye pendapat ttg isu semasa mcm PPSMI, sekolah wawasa, dll.. skali lagi, aku jwb sebaik mungkin.. last skali ade sorang ni cakap yg, tmpt utk Tesl UM hanya ade 60 shj.. aku dh, huh??? hmmm.. arap2 aku termsukla dlm pilihan itu.. lps tu ade pulak check mata... pass, pastu salam2 sume.. and best of luck utk aku dr mereka.. keluar, masuk kat bilik calon aku gelak2.. yelah, mcm dialog Aziz Sattar dlm Seniman Bujang Lapok, 'Siksa aku dh lepas..' hehehe calon2 lain tnye mcm2.. aku jwb korang lek je, dia tnye korang jwb.. jgn menggelabah.. chill je.. smbil aku kemas2 file, aku tgok bro Wangsa Maju ni pun kemas2 gak.. so pas aku ckp slmt berjaya, kami pun memblahkan diri dr situ.. tengok2 Poji dh tunggu aku kat luar.. so bro Wangsa Maju bernama Amin( aku igt nama dia pasal interviewer aku asyik tersasul panggil aku Amin, xpela, redha..) pun gerakla balik umah pakai LRT.. aku plak tunggu Abah dgn Poji.. pas Abah smpai, kami pun balik la.. huhuu balik2 aku makan, pasal lapar weh.. kndian tido.. tu pasal la lmbt post ni.. so pendengar2 kisah ini, doa2 kanla agar diri ini & rakan2 lain berjaya ya..

Monday, May 18

neves? gementar?? bedal je lah!!!

salam.. dh asyik bercerita trip ke Sarawak, lupe yg esok ade intebiu... kali ni kos pendidikan iaitu Tesl.. cekgu english la senang citer... tmpatnya di UM, sama mcm dulu iaitu aku intebiu kos kaunseling tp bilik lain da... mungkin aku pi dgn poji join pasal dia pun intbiu kat situ, tp cekgu BM la... kul 2, tp better aku grak awal.. so fellas, doakan kami berjaya...

Wednesday, January 28

cuti raya cina

cuti tahun baru cina... aku pi bagan lalang utk survey tmpat tuh.. 4 the HAR family day tahun ney.. ok gak tmpat dia.. tepi pantai.. very private.. rasanye x ramai yg tau tmpat ni.. dkat area sepang.. x lama lagi naikla tmpat tu.. haha selain tu, aku gak pi umah2 makcik2 ku.. ade yg utk hal kawen la, birthday la.. mcm2.. anyway, sume mesti meriah pnye.. selain tu, aku gak pi main futsal dgn member2.. sume balik kan pasal cuti pjg, ape lagi.. maen bola lah.. ni idea cicik mase time kami mkn knduri kawen.. time knduri tu, leh plak jmpe chef ismail.. minumlah wong lo kat.. panas badan pun tiada.. hahaha anyway, berbalik kpd futsal, seronok weh main nye.. penat tu standard la.. mule2 jd keeper, pastu leh plak terbolos sebab aizat leh plak tipu aku.. tp x lama pastu dia injured.. abes la, lepak je kat tepi.. sian member baik aku tuh.. kne plak tmpt lama, arap2 cpat la sembuh.. smpat gak aku score 1... lain kali aku nk score banyak2.. hahaha pastu lepak jap kat mamak.. kasi isi balik cecair yg dh ilang dlm badan.. hahaha kndian kami ke kolam air panas kat selayang... diorang ni nk cpat td smpai aku lupe nk bawak gayung dan barang2 lain.. udohnye, aku rendam jela kaki.. kejadahnye aku nk drive blik nnt dlm kebasahan... lama gak lepak situ.. ade yg kne tolak msuk kolam, ade yg baju masuk dlm kolam dgn duit2 & memory card sekali.. cian ko nizam... ade yg moto x leh start, sian ko nabil... anyway, sumenye selamat & seronok... x sangka plak yg cuti raya cina ney aku pnuh dgn aktivti... seronok2

Sunday, December 28

trip 2 Port Dickson...

masuk air family...

minggu lepas, aku dan member2 lain dari Taman Beringin & member2 SEMERA telah pergi bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus... seramai 18 orang yang telah join trip ni.. oh ya, kami juga menggelarkan diri sebagai "Masuk Air Family"... klu check kat myspace kami, sumer ada taruk nama tuh kat blakang feature name kami..
trip ni dh dibincang agak lama, dan akhirnye berjln lancar sumernye pada hujung minggu yg lalu.. banyak aktiviti telah kami lakukan sepanjang percutian kami..
kami bertolak pada petang jumaat, dan berkumpul dulu di rumah nenek audi.. aku naik 1 keter dgn aizat,nizam & apai... aizat-driver, belakang tuh nizampkai topi 2 aku, blakang 2 apai
kami naik kter kenari aizat.. dia ni mmg pandai bajet minyak kter. syabas!! selain kter aizat, ada lagi 3 kenderaan iaitu khairul dgn van dia, nabil dgn kelisanye serta ashman dgn iswara special.. sape dh naik, taula special x special iswara tuh..
oh ya, kami mula bergerak setelah jam 4.30... kami tiba di PD pada jam 6 ptg.. akhirnya setelah membuat pilihan, hotel ini menjadi teratak kami selama 3 hari 2 mlm...
hotel ni mmg special, tokey dia kata dh 3 generasi hotel ni.. harga mmg murah, seswai dgn facilities yg ada... pasti x kan kami lupakan... hahaha setelah check in, kami pun bersihkan diri, solat sebelum kami pergi makan malam di kawasan berhampiran.. fuh mmg pening makcik yg amek order tuh.. tp berjaya juga dia mnyiapkan pesanan2 kami dgn tepat & pantas.. cekap gak pekerja gerai ni.. ni antara pics yg sempat dirakam pada masa itu... slps itu, kami pi umah nenek khairul kat teluk kemang utk amek barang2 utk barbecue pd mlm esoknye... kendian kami balik semula ke hotel...tamatlah ari pertama di PD.. muke menunggu makanan
cik mon dgn nasi goreng anak bapak
muke kelaparan lagi

hari kedua...
aku bangkit pada jam 6.30 pg... aku solat subuh dulu.. then aku kejut la member2 len, alhamdulillah rmai berjaya dibangkitkan utk solat subuh.. pastu lepak2 smbil makan roti dgn kaya... syok woo... kendian ada yg pi pantai.. ada yg lepak2 kat bilik.. tp ramai yg tdo balik da... termasukla aku... hahaha dlm kul 11, kami sume siap2 utk pi jln2 & pusing2 sekitar bandar Port Dickson... mule2 kami pi lunch kat gerai dkat2 stesen bas PD.. fuh, makanan sedap, boleh plak waitress gerai 2 agak cun.. rmaila yg sakat2 nye, tp dia x layan... hahahah aku glak2 je tgk perangai member2 aku... ada byk lagi kes klaka jd kat sini seperti member aku c syafiq yg disalah anggap oleh customer len sbg pnjual air... ia terjadi btui2 dpn aku, sabo jela ye sapiq oi... mmg kene gelak oleh the whole masuk air family crew..
abes mkn, kami pi ke muzium tentera... masuk free.. byk ilmu kami dpt di sini.. lebih2 lagi most of us adalah ahli pkbm(kadet tentera) kecuali aku & 3-4 orang yg jd kadet polis.. terharu gakla bile tgk gambar2, artifak2, hasil peninggalan dari penjajah yg masih ada di situ... dari zaman kesultanan melayu melaka hinggalah zaman selepas merdeka.. sume kisah perjuangan pjuang tanah air ada di situ... ini antara gambar2 kami di situ...di tepi tasik kat muzium
all aboard...
semoga Allah cucuri rohmu
jom naik kereta api...
nek meriam dgn wan botak...

ok.. pastu kami blik hotel, solat zuhur, siap2 utk ke pantai.. sblum ke pantai, kami solat asar dulu then baru grak pi pantai... cantik btul pemandangan ciptaan Allah SWT.. aku gerak lambat ckit pasal aku pi cas bateri handset dulu... memula aku lepak dulu kat tepi pantai, amek gambar.. minum2 sat.. pastu baru aku pi berendam... lama dh x mandi laut so kasi lepas geram r.. mandi smpai puas... kami gak naik banana boat.. fuh, 1st time naik mende tuh.. aku seriau yg amat.. sebab aku ni mana tau berenang.. aku tetap beranikan diri utk test mende tuh.. naseb baik gak lifejacket 2 fit badan aku.. kalau x, x merasalah aku naik banana boat... memula naik tu ok je la, dhla bebudak ni pi lompat2 time tuh, aku ni dhla nebes.. brader ni bawak pi dkat2 pulau jauh dr pantai..sekali brader dlm bot 2 wat lap, bersepah sume jatuh... byk air laut aku telan.. panik gak la jap, nasib baik ade aik kat sebelah.. mcm tau2 je dia ni aku x reti berenang.. pas tu, kami hop on lagi.. kali ni dia bawak lagi laju.. aku rasa mcm nk terbang je gaya laju dia tuh.. lagi skali dia wat lap.. berpusing aku masuk laut.. mangai... cukupla 2 kali je dia buat gitu... pas kami naik blik banana bot 2, dia bawak kami semula ke pantai... saja je dia wat lap utk kami tgolek lagi.. kne la berenang ke pantai.. naseb baek x jauh.. klu jauh, mau cramps.. fuh. mmg syokla naik tuh.. tq 2 all yg tolong aku time naik banana bot ney..
x de korang mau terkapai2 aku nk naik.. especially aik & akmal...
tp sayang xde pic time ni sebab cicik leh plak khayal main pasir.. kamera ada kat dia..xpela, janji ade pics ni pun jadila...dr kiri aik,ilham, nabil,cicik
jejaka2 gagah
bestla kerusi ni

setelah itu, kami pulang ke hotel, bersiap2 utk solat maghrib & isyak... pastu kami pi pasar mlm dkat petronas 2... beli makanan & minuman.. patu pi jap baden2 bundle.. tgk baju2 bundle yg masyuk2 design tp aku kurang berkenan... xpe2, len kali aku beli.. pastu kami blik hotel utk mkn2.. mlm tu gak kami wat barbecue.. best woo.. tup2 aku tgk, kul 12 baru start nk setting api dsb.. ada yg angkat batu, grill, kerusi meja, kordial, air.. ayam, sosej.. aku tgk jela member2 lain wat keje, pasal keje aku dh setel iaitu wat air.. kasi campur kordial mangga dgn air, taruk ais ckit2.. setel... sedap gak air ni, memula tgk mcm x manis, bile rasa... masyuk... smbil2 bakar ayam, aku dgn dorang sembang2 pasal life, kenangan waktu di SEMERA.. dsb.. mmg tergelak2 la bile pk balik sume tuh.. most of them sume dh pi IPTA, poly, IKM..tinggal aku la yg lum msuk agy IPTA.. insyaAllah aku akan masuk gak taun dpn.. tunggu jela result STPM aku.. smbil2 sembang, kunyah gak ayam dhn sosej tuh.. byk lbey pasal dh lwat mlm, rmai dh ngntuk... so aku pun mkn lebey r.. rezeki jgn ditolak.. pastu kami kemas2 sume perkakas, & back to the hotel.. lepak2 jap smbil tgk member2 aku main daun terup, tp x bertaruh ok.. haram tuh.. ada yg nk wat magic, sekali kne gelak je.. tp bile magic jd, tkujat sume tgk.. hahaha tp mlm tuh mmg enjoy aku rasa...tp ble dh ngantuk, trus aku bom.. x taula mmber2 lain tdo kul brape..oh ya, ni antara pics kami semasa barbecue...
dr kiri, akmal, aku, ilham
duk jap smbil tunggu ayam siap
goncang shah jgn x goncang
aizat test air dgn kreatif
ayam bakaq

ok last day kami, bgn pgi.. solat subuh... makan roti lagi... ada gak yg pi terjun tiruk kat pantai.. aku trus bom balik smpai kul 12.. lama tuh.. nk cover blik tdo psl tdo lmbt semlm.. anyway, kami packing utk blik kl.. oh ya.. time packing tuh, kami notice yg byk barang dh ilang.. ada yg ilang seluar mandi, yg herannye gak batu kami wat barbecue pun ilang gak.. musykil2.. kami trus packing & bawak all stuff masuk kter.. kami ada gak tnye psl kehilangan sume tuh kat tokey otel.. dia wat lek je.. ada yg bijak antara kami ni pi check kat store dia, skali ada batu2 barbecue kami.. kami amek je trus snyap2.. pelik aku pasal batu pun leh kne cilok.. berat tu batu2 tuh.. anywway, lpas setel sume bayaran dgn tokey otel, kami grak ke Tg Agas, kg si piji pasal ada knduri.. makan free.. nyam2.. lauk2 pun menyelerakan..
khairul tunjuk macho
cicik gelak lega dpt sirap
beratur eh sume

kami kendian back to PD utk pulangkan barang2 barbecue kat umah nenek Khairul.. dlm kul 4, kami grak ke highway utk pulang ke KL.. skali ujan da.. jammed truk gak.. aku sembang2 la dgn aizat, bior dia x ngantuk... pastu kami berenti jap kat r&r seremban utk solat Asar.. sempat gak bgambo di sini..
1st time pasang aircond sbb ujan... xpe zat, minyak kenari ko still banyak..

di tepi jalan
baju baru...
then, kami truskan perjalanan ke kl.. still jammed.. anyway, kami rest jap kat shell sebelum tol sg besi utk solat maghrib.. bile nk rak je blik rupenye yg len dh tunggu kat petronas kat technology park.. beli pie jap kat McD.. pasal tgk harga Prosperity Double Burger mahal ya amat.. dkat RM20 utk satu set.. adoyai... yg besr plak belasan RM.. pesal eh mahal bebeno.. dulu x mahal gini.. jgnla cekik darah McD oi..
anyway, akhirnya kami truskan perjalanan.. dan selamat tiba di umah pada jam 9.40...
alhamdulillah... kenangan ini xkan dilupai sepanjang hayat..
jutaan terima kasih buat masuk air family yg terlibat... iaitu aizat, shahrul, akmal, khairul, syafiq, nizam, aik(fazreen),cicik(azrul),nabil,ilham,cik mon,audi,adnan,botak(syazwan),ashman,piji(hafizi),
apai..

Thursday, December 18

adoyai...

jeritanku
assalamualaikum..

arini tadi aku igt nk kuar rumah sat pasal nk pulangkan pendrive member aku c zackh tu.. lama bebeno dah dia mintak, sian lak aku kat dia.. sambil tu aku bawak gak dvd PS2 aku, PES 2009((Pro Evolution Soccer)ni game bola sepak terhebat bagi platform PS2, versi terbaru dlm siri PES) pasal aku x leh main dvd tuh.. aku igt rosakle..
aku pun kuar la, pi umah zackh tu dulu utk pulangkan pendrive dia, skali aku lupa la plak umah dia tingkat brape... lif dia plak rosak.. naikla tangga dgn penuh semangat.. baru tingkat 3 aku dh call dia tunjuk umah, skali dia kata x yah naik, jumpa kat bawah je la kan.. rupanya dia nk pi kedai.. adoyai.. padan muka aku..
xpela, at last dia turun kat tingkat 3 tuh, aku pun bagi la balik pendrive dia tuh... byk rahsia kerajaan dlm tuh.. hehehe.. lega bile dh pulang mende alah tuh... pas tu aku pun turun la skali dgn dia yg nk pi kedai tuh.. klau call awal2 td kan snang, xyah naik & jmpe je kat bawah..

pas 2 aku gerak la pi mutiara complex (KM) utk mintak tukar dvd game aku tadi... aku igt dpt la tuka, rupenye ada lagi prob yg lebih besar.. brader kat kedai aku beli ps2 tu ckp mesin aku 2 dh rosak.. fuh, tengok dvd yg aku pulangkan 2 je dia dh tau prob sebenar.. dia kata ribbon ps2 aku dh rosak, klu x repair akan rosakkan lens dia plak.. fuh, tkujat gak aku dgr... barula aku sedar knape la ps2 aku asyik selalu hang.. rupenye pasai itu.. kne repair la gamaknye konsol game aku tuh.. xpela, b4 ia melarat, baik aku anto repair.. nasib baikla aku ni MBF.. (Mak Bapak Finance ye..) nmpknye kenalah mintak abah @ mama aku duit utk repair ni..
insya Allah dpt la ye...

Thursday, December 11

Los & Faun...

assalamualaikum...
semalam aku dah berkesempatan menonton hasil arahan Encik Afdlin Shauki yang terbaru iaitu Los & Faun.. filem ni aku tonton dgn poji jawa, anis & ain... sume member2 zaman STPM jadi nk ilangkan boring kami pun tgkla wayang.. ada gak member lain ajak sehari sblum tuh tapi bagitau last menet & aku pun xde kat umah time tu, tpaksela tolak... tapi xpe, at least dpt gak aku tgk citer yg best ni... aku sarankan sumer Kodoks(gelaran peminat2 Encik Afdlin) pi tgk citer ni...
lakonan sume pelakon amat berkesan especially Khir Rahman yg jadi Amran... pasti kome x kan lupa kat watak Amran tuh... aku x mau r citer lbey2 nnt dh jadi spoiler pulak.. (ha spoiler ni bagi org yg x paham maknanye sudah hilang segala impak & kemisteriusan sesebuah cerita setelah dihebahkan..) hahaha... mmg xkan rugi RM10 penonton.. best2 yg amat & aku bagi 5 stars out of 5.

aku tgk bln ni gak byk citer melayu bakal ditayangkan du pawagam... sok ada cicakman 2: planet hitam, pas tu histeria, brainscan 21: aku & topi ajaib, kinta (citer kungfu tempatan ).. banyak woo.. 2 blum masuk lagi citer2 diimport... abes penuh r pawagam2 bln ni... ada citer aksi, citer seram, citer perang, thriller, animasi... mau kaya pengusaha2 pilem.. hehehe
nnt ada masa aku igt nk pi lagi, tu pun kalau ada fulus... hehehe

Sunday, December 7

contact me???

assalamualaikum

4 more pics & a piece of myself do check out...

myspace.com/fahmi_yezza
friendster.com/fahmirocks

peace y'all

assalamualaikum...

Assalamualaikum

bismillahirrahmanirrahim....

my 1st blog.. wow, mcm x caya je... akhirnya dpt gak aku selitkan beberapa cebisan dr kisah idup aku dlm blog ni.. anyway, 2 hari lepas aku baru abis menduduki STPM... ada yg kata ni paper ketiga tersusah dlm dunia ni... pada aku xde benda dlm dunia ni yg mudah kan?? aku cuma teruskan je usaha setelah bertekad pada 1 tahun 6 bln yg lalu utk amek STPM 2008.. semoga semua calon lulus dgn cemerlang... abes je exam last iaitu paper ekonomi 2, trus aku dgn budak2 kelas 6a2 pi pizza hut utk redeem kupon piza kami setelah abiskan projek NiE beberapa bulan lepas... team aku 4 orang iaitu aku, musa, fariq, azwan..memang seronok sebab dh lama x wat makan2 gini.. tp ada budak2 yg x join sebab mereka dh redeem kupon tu awal2 lagi.. tp xpe ada gak budak2 kelas sejarah join sekaki.. oh ya kelas aku ni kelas bisnes, memang banyak unforgettable moments aku dlm kelas 6a2 ni... hahaha memang pening cekgu kelas handle kami.. sian kat mami rohana semoga Allah sentiasa memberkati anda... haa sambung blik citer kat piza hut, banyak gambar diambil dan ada yg telah diupload ke myspace aku.. abes je makan, aku pun blik umah dgn team aku tadi.. naik bus selangor... fuh memang best pasal bayar 30sen sebab pakai baju sekolah, pastu bawak mcm roller coaster.. klu x caya, tanyalh awan atau fariq.. seriau je muke mereka time dlm bus tuh.. hahaha..laju abes... pastu turun bas, hujan lebat ya amat.. berteduh sat smentara tunggu bas 26.. alhamdulillah 10 minit pastu bas sampai.. aku naik smpaila tmn beringin...

esoknye plak aku diSMS oleh poji jawa yg petang tuh MTE (majlis tingkatan 6) ada wat reunion kat komplex mutiara (KM).. aku pun bangun siap2 utk solat subuh r... then, aku check sat emel & myspace aku.. tetibe ada member aku, c nabilah SMS aku yg aritu last day utk submit borang jd cekgu sandaran(GSTT).. mak aih... ada bape jam je nk siapkan sume bende2.. at the end, sempat gak siap & antor borang tuh dgn selamat.. agak huru-hara smpi lupe nk inform kat member2 len yg nk gak apply GSTT..(Sorry guyz, aku pun tau last minit sampai menghungap aku terkejar2 taip resume).. pas je submit borang, aku straight pi KM dgn abah aku.. agak lewat pasal ari jumaat ofis bukak blik lmbt so kne tunggu lama smpi ofis bukak... huhu smpi je KM, abah aku terus memecut laju Wajanye ke umah blik.. aku naik lif smpi 4th floor.. masuk je boling centre, tgk poji jawa tgh bincang dgn cashier tuh.. aku pun trus ke arah dia.. join sekali r men boling kan.. tp aku tgk x rmai la ahli MTE dtg... 50% pun x smpi aku rasa.. xpela, maybe ada hal kot.. pastu ckit demi ckit dtg..
anyway, main tetap main... abes je main 1 game, ada yg blah pi karaoke plak... ada gak yg blik trus.. tp aku, poji jawa, fariq, awan, sha boyan, jun, aida & zach men lagi 1 game.. apa2 pun results dia, aku agak panas la plak psl nama aku disalaheja oleh brader jaga mesin tuh.. ada ke pi letak nama aku PORI... aku tulis PAMI... kan ke jauh beza tuh.. itupun perasan ble nama tuh berkelip2 pas aku wat spare.. apa punya tur... abes tuh kitorang sume pi mkn jap kat kopitiam.. rmai2 makan chicken chop xcept jun dgn aida yg mkn nasi dgn tomyam.. aku x mkn, order teh tarik dah la..
hahaha time ni aku tgk ada yg dh lebih mesra antara member2 aku ni( korang tau korang sape.. huahuahua) maybe masih dlm proses mengenali antara satu sama lain kot.. hehehe jgn marah eh, sebab aku sayang korang sume... hehehe tgk dorang bgitu mmg seronok utk aku amek gambar..
anyway, abes je makan trus tunggu bas 26 kat luar.. not so sure bile lagi dpt kuar dgn member2 aku tuh.. semoga kite dpt results yg cemerlang dlm STPM ni... frens 4 eva
clockwise from right: poji jawa, sha boyan, zach, aida, jun
left to right: fariq, azwan@awan...


assalamualaikum...