Thursday, April 30

rendezvous lagi 10 hari...


assalamualaikum.. ni bukan apa, cuma nk pi bercuti sambil melawat ke Sarawak.. jadi kalau lama mnyepi tu paham2 jelah ye.. ala skjap je 10 hari.. bkn ape, nk tengok bayi yg baru lahir beberapa minggu lalu.. ni baby sulung utk abg Wan Hamzah dgn Kak Sharifah Nurul yg baru kahwin tahun lepas.. 1st May naik flight ke Kuching.. 9th May blik KL.. naik AirAsia je pasal murah.. nk naik lain x mampu agy.. hehehe... tp x blik umah trus sbab esoknya 10th May ade sepupuku Abg Ngah Hamdi bertunang.. so lepak dulu umah sedara, abis knduri baru blik umah... huhuhu, til next time.. adios amigos.. assalamualaikum...

Friday, April 24

Pesta Buku Lagi...

alhamdulillah hari ini aku berpeluang sekali lagi ke PWTC utk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.. hari ini dpt ku temui susuk2 manusia yg ingin ku temui sempena pesta buku ini.. sambil membeli, dpt juga beramah mesra & mengenali antara satu sama lain.. dpt juga bergambar secara eksklusif.. hehehe tapi sebelum itu aku didatangi seorang kakak yg katanya mengutip dana utk anak yatim, dan diberi sebuah buku agama sebagai timbal balas.. aku hulurkan beberapa ringgit tapi katanya harga buku rm 16 dan kalau boleh mahu rm 10 at least.. aku mula fikir dalam hati, apa ni? niat aku nk bagi derma anak yatim, pastu bagi buku cakap nk rm 10 at least.. camna ni, kalau ikut nafsu serakah mmg aku maki saja akak tu, tapi aku yg tidak suka marah & maki orang pun berilah nilai itu.. tapi patut akak tu cakapla derma rm10 dpt buku.. aku xnk buku, nk derma, tp dia yg nk bagi buku pastu mntak plak certain amount.. nk bantu mmgla, tp bagi aku jgn smpai menyusahkan penderma.. mungkin aku silap tapi cara akak tu bagi aku amat x patut.. sila komen ya.. ok, kembali ke cerita di Pesta Buku..



dari kiri, Dr Abu Hassan Hasbullah(Pensyarah UM), Ustaz Habiburrahman El Shirazy(Penulis Novel Ayat-Ayat Cinta, En. Shamsudin Othman (Penyair Terkenal) sebagai moderator, dan En. Faisal Tehrani(Penulis Novel-novel Islam yang Prolifik atau Hebat di Malaysia).. mereka terlibat dlm Forum Sastera Popular Islami di Bilik Johor/Kedah, PWTC dari kira2 2.30-4.40 ptg.. sangat menarik isi2 forum itu.. ramai juga yg memenuhi dewan itu, penglibatan peserta forum juga memberi lebih impak dlm itu, cuma sayangnya masa amat singkat.. lebih elok jika tempoh forum dapat dipanjangkan.. semoga wajah2 sastera di Nusantara akan berubah dari wajah sekular ke arah lebih bermakna & mengikut hukum syarak.. cukuplah cerita orang kaya, rumah mcm istana, berpekik, terlolong atas masalah sekecil putus cinta.. cmonlah penggiat2 seni Msia.. aku tahu kamu semua can do a lot better than that.. cukup2lah cerita2 mcm tu ya..


selepas forum selesai, aku mendapatkan En. Faisal utk menandatangani novel2 yg ku beli terlebih dahulu di booth Ameen.. sangat sporting & sudi beliau melakukannya.. sempat juga bergambar dengannya walaupun kakinya sedang sakit dan x mampu berdiri lama.. novel2 ku beli ialah Tuhan Manusia & karya terbaru beliau Ketupat Cinta musim pertama.. khabarnya ada lagi sambungan 2 buku.. wallahu'alam, tapi akan ku cuba menghayati & membaca karya2 tulisannya itu.. lawatilah blog beliau ya di sini


dari kiri aku bersama En. Hishamuddin Rais @ Tukartiub..
ini antara tujuan utama aku ke mari. setelah berjumpa En Faisal, aku ke dalam Dewan Utama pula untuk sesi tandatangan bersama En Hishamuddin Rais. aku terbaca jemputan ini dari blog beliau beberapa hari sebelumnya di sini .aku suka membaca blog beliau kerana keunikan, kejujuran nukilan beliau dlm blog itu.. begitu jua tulisan beliau dlm buku Keganasan, Penipuan & Internet:Hegemoni Media Daulah Pecah yang dikumpul & disusun hasil tulisan beliau sebelum ini.. dapatkan segera di pasaran.. barulah anda dapat mengenali Malaysia dengan lebih lanjut.. aku tengok dia individually mmg cool, jujur, sangat sporting.. alhamdulillah kerana dia sudi menandatangani buku yg ku sebutkan tadi.. aku beli awal di popular kerana ingat sudah tiada di pasaran.. terlupa yg pesta buku pada bulan ini ada.. anyway, aku dh baca buku ini, korang bila lagi??

aku bersama Imuda, pelukis otai, tidak jauh dari booth bersama En Hishamuddin ada booth Gila-Gila.. beberapa hari lalu aku terserempak kawan sekolahku, Izat @ Ayam yg bekerja di booth ini.. namun hari ini tidak kelihatan kelibatnya.. anyway, aku ternampak Imuda yg sedang rilex di satu sudut.. aku bergegas mendapatkannya, dan dia terus mengambil sekeping kertas kosong lalu melakar aku selepas aku menyatakan hasrat hendak membeli koleksi karya beliau yg sudah lama tidak ku baca- Yushimura.. hasil lakaran itu adalah seperti berikut..
cool kan??
inilah karya itu, ringkas tapi bermesej.. dulu kecik2 slalu baca, terkenang pula zaman muda2 dulu...


selepas sesi beramah mesra dengan Imuda, nak balik la ke rumah.. tiba2 teringat akan mama kesayangan, katanya suruh beli novel keluaran Alaf 21.. selaku anak & pelanggan MBF(Mak Bapak Finance), aku pun kembali masuk ke dewan itu langsung ke booth Karangkraf.. ku petik saja satu novel terbaru berbanding puluhan novel di situ.. pilih yg terbaru aku rasa.. tajuknya ku lupa.. haa baru teringat, Syurga Di Hati.. kalau ambil yg lain, mungkin sudah mamaku baca novel itu.. bayar di kaunter dan dapat akhbar pilihanku, Sinar Harian secara percuma.. bagus, jimat RM1 aku hari ini.. dapat juga kasi mama aku happy.. bagus2..

selepas itu, teringat pula booth Gempak Starz sebab kunjungan aku sebelum ini ke situ tertera jadual kehadiran kartunis2 syarikat itu di sana pada hari ini.. aku ke sana dan terlihat kelibat Apoh a.k.a Zuan, penulis/pelukis Mat Gempak & Elemen.. aku cam muka beliau sebab pernah ku lihat dlm majalah Gempak suatu masa dulu..
aku dgn Apoh
Apoh menunjukkan skil melukis on the spot.. kagum aku dibuatnya.. kemas, pantas..
selepas beramah mesra & dapat tandatangan, maka berakhirlah hari aku di PWTC.. ku gerak ke the Mall, mendapatkan lemonade Auntie Anne's gelas besar, tiada ais.. beil juga pretzel sebab lapor.. mula igt nk ke McD tp ramaila pulok umat manusia.. xpelah, janji ade rezeki hari ini.. bile kuar dr the Mall nk ke bus stop di depan PUSRAWI, terserempak pula Sasterawan Negara A Samad Said.. x sempat nk minta autograf. mungkin ade agenda penting kot.. xpelah, aku dh jumpe 4 penulis, niat mula nk jumpa seorang saja.. ternyata Allah Maha Pemurah & Maha Mengasihani..
p/s cerita awal memula tu bukan ape, cuma aku rasa mcm dipaksa, bukan ikhlas.. tapi aku sedaya upaya mengikhlaskan pemberianku itu.. kalau akak itu terbaca, sedarlah banyak cara lain nk bantu umat Islam tp jgnla sampai guna cara mcm tadi ya..

Thursday, April 23

Pesta Buku?

semalam aku pi pesta buku... ramainya umat manusia, dipenuhi dgn rombongan pelajar2 sekolah.. aku smpai awal dlm kul 10, ade booth2 yg dh dibuka & ade yg masih ditutup.. ari tu jugak ade majlis pelancaran revamp majalah2 DBP / Dawama.. patutlah ttibe ada lebah Kuntum dgn burung Biru tuh.. ternampak Sasterawan Negara A Samad Said, tapi dia dh nk cepat time tuh, so xsempat la nk salam.. selain tuh aku ade juga Imuda & Ujang kat booth Gila2.. pelukis2 otai.. yg paling mengejutkan, ttibe rmai pak guard dtg, rupenya YM Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak turut hadir ke situ.. terkesima kejap diri ini melihat baginda.. huhuhu sayangnya tiada kamera dibawa.. kalau ade, bolehla snap gambar dngan nama2 yg disebut tadi.. tp xpe, niat nk beli buku tercapai, adela 3-4 buku dibeli.. aku suke baca buku non fiction, fiction ni aku xbrape layan.. buku based on true events lebih seronok bagi aku sebab dpt ia benar2 berlaku.. so, adela buku berdasarkan sejarah mcm kisah Salahuddin Al Ayubi & Iskandar Bukan Zulkarnain.. smpat gak beli buku Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara mengenai ISA.. selain tuh ade gak buku dr Gempak Starz mcm siri Under 18 Fearless.. booth Gempak Starz ni kecik tp ramai budak memenuhinya.. huhuhu xpe2.. owh, lupe plak member aku si Din.. dia beli buku resepi makanan Itali dgn roti.. mcm2 la ko Din oii.. nnt aku dtg umah ko masakla sedap2 ye.. lame2 kat pesta tuh rasa lapar r.. so aku dgn Din ni pun menggerakkan diri ke the Mall di seberang PWTC.. makan kat Kenny Rogers Roasters.. fuh ayam panggang terbaik dr ladang.. makan konfem kenyang.. peh tu, boleh plak si Din ni ajak pi karaoke.. aduh, pi la gak ke Brem Mall tuh.. sblum naik bas, aku singgah jap Auntie Anne utk beli lemonade yg sedap tuh.. mmg sedap mnum time panas terik.. smpai Brem Mall cari surau nk solat Zuhur, baru pi karaoke.. nyanyi la mcm2 lagu Hattan la Anuar Zain la.. nk pilih lebih2 yg lebih radikal, karaoke tu plak baru bukak.. pilihan amat terhad.. nyanyi jela ape yg ade.. pastu aku pun memblahkan diri ke Petronas sebelah sebab abah aku dh tunggu.. si Din aku rasa, smbung nyanyi lagi kot.. ataupun terus blah.. huhuhu
gile tol, sehari kuar, brape RM da abes.. xpe, duit mama & abah aku.. bukan duit korang pun..

Wednesday, April 22

Kapitalisma: Kedaulatan & Globalisasi (dr blog TT)

KEDAULATAN DAN GLOBALISASI

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NOW ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. (TT)

( Tulisan ini boleh diambil untuk kegunaan membuat kebaikan )

diambil dari blog tukartiub.blogspot.com
kepunyaan Encik Hishamuddin Rais seorang N.G.I

Friday, April 17

perkara penting ni...

assalamualaikum.. hari ini aku dpt surat dr sebuah uni.. ade tmuduga mggu dpn..aku chek kat website uni tuh 4 further details, konfemla kne pegi kan.. lepas tu baru aku teringat yg aku kne amik MedSI test.. naseb baek la check website MPM... rupenya sabtu ni.. lega aku.. so skang ni tgh get readyla utk kedua2 perkara penting tuh.. doakanla ye agar aku berjaya..

Tuesday, April 14

hampir 4 bulan pas STPM

assalamualaikum... tetibe aku trase yg dh lama aku bercuti.. yelah, las skali pi skolah bulan 12 pas.. paper makro STPM.. skang ni, apply UPU pun dh sudah.. hapa lagi yg aku dh wat selama ni..
1. download... pasal apa download je, sebab dh mcm2 aku download dr filem, komik, lagu, buku.. fuh.. naik penuh memory ni.. kne beli r external kasi clear sikit laptop nih...
2. berblog.. xdela slalu aku update blog, pasal slalunya aku ni xde citer nk diblog.. huhuu.. tp sejak 2-3 ari ni ttibe rajin nk menaip.. topik ape? terpulanglah apa yg aku nk citer.. nama pun kisahfahmi.. bukannya kisah cik bedah atau minah senget kan.. heheh anyway, slalu aku bace je blog bloggers lain.. bukan ape, seronok membaca.. smbil2 tuh dpt ilham utk tulis sumting..
3. tonton tv.. fuh, banyak masa habis ke sini bile cuti.. x kirela tgk astro mahupun main PS2.. mcm2 sitkom aku layan, lepas satu2... dr that 70's show, arrested development,whose line is it anyway?, how i met your mother, hinggalah sitkom disney mcm hannah montana, wizards of waverly place, & suite life of zack & cody.. sitkom omputeh ni slalu nye 'lucah' sbg modal, kecuali yg keluaran disney yg 'kids-oriented' versi PPSMInye.. citer melayu pun layan tp x sume.. mana yg best, tgk.. x best, tutup..
4. politik Msia... dulu aku x amek peduli pun aspek penting nih.. lebih2 lagi masa sekolah dulu, tp semenjak masuk pra U/ form 6.. ttibe aku jd minat plak.. pasal ia berkait rapat dgn subjek pnting, Pengajian Am.. ni klu fail, x dpt sijil woo.. dhla wajib amek tuh.. so, smbil blaja ni, aku kaitkan la dgn politik negara.. dan rezeki aku, tahun aku STPM adelah tahun PRU 12.. so mcm2 citerla ade dari kedua2 pihak.. klu kat skola, aku rasa mcm terlebih minat subjek ni,budak2 lain pun minat tp xla mcm aku.. huhhuu dan alhamdulillah ia membuahkan hasil pasal dpt la A dlm subjek tuh.. ok.. mcm2 citer aku dgr x kire la dr BN mahupun PR.. bukan ape, bru dpt cerita 2 belah pihak.. bru lah jd rasional dan bukan emosional.. huhuhu.. penahla aku sembang2 bnda ni dgn member2.. tp ramai yg amek pot.. ade la sorang dua, aku ckpla yg mnde ni pnting.. org kat atas tu la yg tntukan ekonomi, dasar2 yg kite kne ikut.. pastu brula paham.. at least, skit2 tau pun bagusla.. harap2 Msia kita ni xla lingkup dgn drama2 politik tanah air.. bukan ape, yg dok hong sana, heng sini.. aku rakyat biasa ni bukannya dpt apa dr kuasa kome tuh.. ade la seciput mungkin.. tolongla rakyat2 marhaen ni ye..
5. dpt lesen full.. ok taun ni dptla lesen full, xyahla taruk sticker P kat keter... tp masih lagi memandu secara selamat.. heheheh
6. tengok wayang... bile ade masa terluang ni, kdg2 aku pi la tgk wayang.. sorang2 jer.. pasal member2, kije.. x pun kat kampus @ asrama.. bile deme cuti barula aku dpt tgk deme.. anyway.. tahun ni aku da tgk dragonball evolution, fast & furious 4, geng-pengembaraan bermula.. x byk, tp aku tgk yg btul2 minat je.. klu x, tunggu je kuar tv time raya.. x pun taun dpn mst kuar HBO xpun StarMovies.. hhuhuhuu...
7. main game.. aku slalu main Ps2 game PES( Pro Evolution Soccer), WWE Smackdown vs Raw 2009, NFL Madden dgn Dragonball Infinite World. Guitar Hero jgn lupe.. aku igt nk beli game baru r.. slalu main nnt boring..
8. online... yg ni pling selalu aku wat.. baca blog, reviu movie, komik.. xpun tgk youtube, myspace, frenster.. YM.. fuh bnyk masa abes kat dpn laptop.. tp xpe, nnt dh bz xleh on9 kan.. so, gunakan masa sebaik mungkin.. heheheh

tu hanya sebahagian kecil dr kisah seorang insan bernama Fahmi..

Monday, April 13

akhirnya aku citer ape? lu pk r snirik

ttibe aku teringat yg aku telah menonton siaran bayar-untuk-tonton (pay-per-view bagi PPSMI nye) WWE WrestleMania 25... mmg gempak pasal ia merupakan pertunjukan gusti terbesar yg dianjurkan setiap tahun oleh WWE.. 4 jam tuh... tp bukan sume 4 jam tu gusti semata2... ade gak nyanyi2 mcm nyanyi lagu kebangsaan dorang dan juga medley lagu rock country oleh Kid Rock.. showmanship dia mmg gempak.. aku tengok sorang je.. start nye dr kul 7 pagi sampai 11 pagi.. live tuh... dr astro.. nk pegi ke sana x mampu.. xpe2.. bile tgk gusti ni teringat pulak zaman aku sekolah rendah.. budak2 lelaki kemain agy citer pasal gusti ni.. lagi2 WWE.. WCW dgn ECW pun ade tp kurang menyerlah sebab x ditayang kat Msia.. ade yg nk jd Stone Cold lah.. the Rock lah.. Kane la.. siap ade liga lagi tuh masa tuh.. pas ni sapa lwn sapa.. gile btul.. kdg2 kat skola.. kdg2 kat umah je.. huuhu.. dh la time tuh zaman Attitude dlm WWE.. dlm tahun 98 ke atas.. time tuh darjah 3 je aku.. zaman Attitude ni bile jln crita makin ganas, stylo dan bahasa yg 'manis2'.. sape yg terikut tu, ade la kena pelangkung dgn cekgu xpun abg yg lagi beso.. slalu aku x main gusti btul2.. pakai getah pemadam je.. pemadam sapa kne tindih, 3 kali.. terus KO kne SmackDown!( dulu x tau istilah Finisher-gerakan penyudah).. pompuan pun ade gak join tp x ramai.. mmg klaka bile dikenang2..
aku tgk skang ni penggusti2 yg berkarisma & diminati penonton dh x rmai.. brape kerat je.. tp penggusti2 dr zaman Attitude atau Invasion masih lagi berjaya.. yg baru2 ni x semua lakonan mereka meninggalkan kesan.. klu yg lelaki badan sume 6 pack gitu.. klu wanita sume badan ala2 model.. klu dulu aku tgk badan penggusti sume PJK je.. xdelah muke tu komersial sgt.. tp skil, karisma.. mmg masyuk.. penggusti skang ni 5 minit pas time dorang, fans sume dh lupe kat dorang.... huhuhu inilah akibat kapitalisma.. sume benda dikomersilkan..
back to wrestlemania.. masih menghiburkan aku.. tp hampir sume jalan cerita WWE bagi show itu aku boleh baca... mcm Undertaker mesti menang lawan HBK.. masih x kalah lagi dia di wrestlemania... pas tu yg John Cena menang lwn Edge & Big Show.. dh bley agak.. pas tu Triple H kekal juara WWE pas kalahkan Randy Orton.. tp yg aku xleh blah jln citer Matt Hardy lawan Jeff, adik dia.. Hardy Boyz dhla favourite tag team aku.. leh plak buat 2 beradik ni gaduh.. haru biru tul.. Matt menang mmg aku x sangka.. lagi 1 match 8 man Money In The Bank.. 8 org.. tp CM Punk menang lagi pas taun pas menang match yg sama.. match2 lain bagi aku sekadar pelengkap je.. ok je tp match2 yg aku sebut td mmg hype btul.. aku rasa berbaloi la rm 20 aku abes.. berbnding rm6 aku ke Senario Episod 1 taun pas.. huuuh, sakit ati kuar panggung time tuh.. aku rasa aku bahan dgn member aku baru nk tergelak.. aduh2...

Friday, April 10

baru2 ini..

assalamualaikum.. lamanye x menaip.. bkn ape.. cume aku byk membaca blog2 dan bacaan dlm masa 2-3 minggu ni.. yela, dr pemilihan agung umno, peralihan kuasa dr Tun Abdullah ke Dato Seri Najib, PRK 2 bukit & 1 batang sampaila Kabinet baru ni... mcm2 bahan bacaan ada.. so aku baca je... utk menambah ilmu.. dan dpt lihat berita dari dua pihak.. org putih kata 'hear both sides of the story'.. baru dpt buat fikir secara rasional... klu idok, lu pk r snirik.. hahahaha... ade mcm2 cerita.. tulisan2 tuh boleh dilihat dlm pelbagai blog yg ade.. sama ada blog isu semasa,politik, hiburan, keagamaan... mcm2 r.. so anda boleh baca sebahagiannya dr list2 blog di sebelah ni.. jgn sempitkan paradigma anda.. kita patutnya mencari persamaan bukan mencari perbezaan.. dengar pendapat semua orang.. baru dapat buat keputusan yg bijak, rasional... mereka yg tidak sependapat kita bukan bererti lawan.. itulah saja ucapan aku kpd mereka yg berkuasa...

aku tertarik mengikuti PRK yg baru selesai aritu.. skali 3 kawasan: 1 parlimen, 2 negeri.. kempen2 kedua pihak buat dgn cara masing2.. tp ade 1 kes bile ada sorang ahli DAP berucap dan selitkan ayat Quran.. ade yg melatah kata mcm2.. tp kan.. telah lama perkara ni berlaku di luar negara.. cuma ni 1st time aku tgk seorang bukan Islam petik ayat Quran semasa berucap dlm Malaysia... siapa kita nk halang org bukan Islam nk kaji Quran.. jadi kita yg Islam ni cepat2 la belajar ilmu yg ada dlm Quran tuh.. supaya jika ade yg silap, kita betulkan antara satu sama lain..

blog bongkarsauh ttg hal ni.. jd pedoman sesama muslim..


dr blogger cina islam tentang hal yg sama..



ok, citer pasal my life plak..
dlm beberapa minggu ni juga aku telah menonton wayang beberapa kali.. solo je.. kawan2 sume bz bekerja melainkan aku yg menganggu geseran ni.. so antara wayang2 yg aku tonton termasuklah GENG:Pengembaraan Bermula, Dragonball Evolution, Fast & Furious (4).. sume filem aku tonton ni aku bagi 5*.. best2.. jgn lupe tgk talentime.. filem yasmin ahmad biasanya tidak mengecewakan malah membawa kite ke arah paradigma yg berbeza.. sokonglah filem tempatan..