Friday, April 24

Pesta Buku Lagi...

alhamdulillah hari ini aku berpeluang sekali lagi ke PWTC utk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.. hari ini dpt ku temui susuk2 manusia yg ingin ku temui sempena pesta buku ini.. sambil membeli, dpt juga beramah mesra & mengenali antara satu sama lain.. dpt juga bergambar secara eksklusif.. hehehe tapi sebelum itu aku didatangi seorang kakak yg katanya mengutip dana utk anak yatim, dan diberi sebuah buku agama sebagai timbal balas.. aku hulurkan beberapa ringgit tapi katanya harga buku rm 16 dan kalau boleh mahu rm 10 at least.. aku mula fikir dalam hati, apa ni? niat aku nk bagi derma anak yatim, pastu bagi buku cakap nk rm 10 at least.. camna ni, kalau ikut nafsu serakah mmg aku maki saja akak tu, tapi aku yg tidak suka marah & maki orang pun berilah nilai itu.. tapi patut akak tu cakapla derma rm10 dpt buku.. aku xnk buku, nk derma, tp dia yg nk bagi buku pastu mntak plak certain amount.. nk bantu mmgla, tp bagi aku jgn smpai menyusahkan penderma.. mungkin aku silap tapi cara akak tu bagi aku amat x patut.. sila komen ya.. ok, kembali ke cerita di Pesta Buku..



dari kiri, Dr Abu Hassan Hasbullah(Pensyarah UM), Ustaz Habiburrahman El Shirazy(Penulis Novel Ayat-Ayat Cinta, En. Shamsudin Othman (Penyair Terkenal) sebagai moderator, dan En. Faisal Tehrani(Penulis Novel-novel Islam yang Prolifik atau Hebat di Malaysia).. mereka terlibat dlm Forum Sastera Popular Islami di Bilik Johor/Kedah, PWTC dari kira2 2.30-4.40 ptg.. sangat menarik isi2 forum itu.. ramai juga yg memenuhi dewan itu, penglibatan peserta forum juga memberi lebih impak dlm itu, cuma sayangnya masa amat singkat.. lebih elok jika tempoh forum dapat dipanjangkan.. semoga wajah2 sastera di Nusantara akan berubah dari wajah sekular ke arah lebih bermakna & mengikut hukum syarak.. cukuplah cerita orang kaya, rumah mcm istana, berpekik, terlolong atas masalah sekecil putus cinta.. cmonlah penggiat2 seni Msia.. aku tahu kamu semua can do a lot better than that.. cukup2lah cerita2 mcm tu ya..


selepas forum selesai, aku mendapatkan En. Faisal utk menandatangani novel2 yg ku beli terlebih dahulu di booth Ameen.. sangat sporting & sudi beliau melakukannya.. sempat juga bergambar dengannya walaupun kakinya sedang sakit dan x mampu berdiri lama.. novel2 ku beli ialah Tuhan Manusia & karya terbaru beliau Ketupat Cinta musim pertama.. khabarnya ada lagi sambungan 2 buku.. wallahu'alam, tapi akan ku cuba menghayati & membaca karya2 tulisannya itu.. lawatilah blog beliau ya di sini


dari kiri aku bersama En. Hishamuddin Rais @ Tukartiub..
ini antara tujuan utama aku ke mari. setelah berjumpa En Faisal, aku ke dalam Dewan Utama pula untuk sesi tandatangan bersama En Hishamuddin Rais. aku terbaca jemputan ini dari blog beliau beberapa hari sebelumnya di sini .aku suka membaca blog beliau kerana keunikan, kejujuran nukilan beliau dlm blog itu.. begitu jua tulisan beliau dlm buku Keganasan, Penipuan & Internet:Hegemoni Media Daulah Pecah yang dikumpul & disusun hasil tulisan beliau sebelum ini.. dapatkan segera di pasaran.. barulah anda dapat mengenali Malaysia dengan lebih lanjut.. aku tengok dia individually mmg cool, jujur, sangat sporting.. alhamdulillah kerana dia sudi menandatangani buku yg ku sebutkan tadi.. aku beli awal di popular kerana ingat sudah tiada di pasaran.. terlupa yg pesta buku pada bulan ini ada.. anyway, aku dh baca buku ini, korang bila lagi??

aku bersama Imuda, pelukis otai, tidak jauh dari booth bersama En Hishamuddin ada booth Gila-Gila.. beberapa hari lalu aku terserempak kawan sekolahku, Izat @ Ayam yg bekerja di booth ini.. namun hari ini tidak kelihatan kelibatnya.. anyway, aku ternampak Imuda yg sedang rilex di satu sudut.. aku bergegas mendapatkannya, dan dia terus mengambil sekeping kertas kosong lalu melakar aku selepas aku menyatakan hasrat hendak membeli koleksi karya beliau yg sudah lama tidak ku baca- Yushimura.. hasil lakaran itu adalah seperti berikut..
cool kan??
inilah karya itu, ringkas tapi bermesej.. dulu kecik2 slalu baca, terkenang pula zaman muda2 dulu...


selepas sesi beramah mesra dengan Imuda, nak balik la ke rumah.. tiba2 teringat akan mama kesayangan, katanya suruh beli novel keluaran Alaf 21.. selaku anak & pelanggan MBF(Mak Bapak Finance), aku pun kembali masuk ke dewan itu langsung ke booth Karangkraf.. ku petik saja satu novel terbaru berbanding puluhan novel di situ.. pilih yg terbaru aku rasa.. tajuknya ku lupa.. haa baru teringat, Syurga Di Hati.. kalau ambil yg lain, mungkin sudah mamaku baca novel itu.. bayar di kaunter dan dapat akhbar pilihanku, Sinar Harian secara percuma.. bagus, jimat RM1 aku hari ini.. dapat juga kasi mama aku happy.. bagus2..

selepas itu, teringat pula booth Gempak Starz sebab kunjungan aku sebelum ini ke situ tertera jadual kehadiran kartunis2 syarikat itu di sana pada hari ini.. aku ke sana dan terlihat kelibat Apoh a.k.a Zuan, penulis/pelukis Mat Gempak & Elemen.. aku cam muka beliau sebab pernah ku lihat dlm majalah Gempak suatu masa dulu..
aku dgn Apoh
Apoh menunjukkan skil melukis on the spot.. kagum aku dibuatnya.. kemas, pantas..
selepas beramah mesra & dapat tandatangan, maka berakhirlah hari aku di PWTC.. ku gerak ke the Mall, mendapatkan lemonade Auntie Anne's gelas besar, tiada ais.. beil juga pretzel sebab lapor.. mula igt nk ke McD tp ramaila pulok umat manusia.. xpelah, janji ade rezeki hari ini.. bile kuar dr the Mall nk ke bus stop di depan PUSRAWI, terserempak pula Sasterawan Negara A Samad Said.. x sempat nk minta autograf. mungkin ade agenda penting kot.. xpelah, aku dh jumpe 4 penulis, niat mula nk jumpa seorang saja.. ternyata Allah Maha Pemurah & Maha Mengasihani..
p/s cerita awal memula tu bukan ape, cuma aku rasa mcm dipaksa, bukan ikhlas.. tapi aku sedaya upaya mengikhlaskan pemberianku itu.. kalau akak itu terbaca, sedarlah banyak cara lain nk bantu umat Islam tp jgnla sampai guna cara mcm tadi ya..

8 comments:

kuSut said...

huh...
best la ko...
pak isham nampak cool...
aku pasti akan jumpa dia satu hari nnti...
hehe

tak faham sosialis said...

best la lu punye cite bro...
murah rezki dpt jumpa org org yg best...imuda mmg sempoi..kartunis gempak starz sume glamer glamer ek..stylo huhu.

pasal derma anak yatim tu..aku rase mmg tak patut la die buat camtu..kalau derma tu derma la kan..mane bleh ade minimum value plak..kalau nak jual buku buat la cara nak jual buku..bukak booth..jual buku tu..then bgtau customer..hasil jualan akan disumbangkan ke anak yatim..hbs cerita hehe

take care bro

MariaFaizal said...

Fahmi,
This is so cool! Now I wished I was still single to be able to go anywhere I want, he he...Acah ajer... But really, you're cool & meeting cool peeps makes you even cooler!

Do take care & keep us update :D

P/S: Me loike your new background blue color :)

fahmi said...

kuSut: dia mmg kool.. aura dia mmg power r, cakap, pergerakan sumer ade gaya tersendiri.. time amek autograf tu, xde org pun.. sorang je melulu jumpe dia.. insya Allah nnt ko dpt gak jmpe dia..

tak faham sosialis: alhamdulillah pasal dpat jumpa mereka tuh slack cuma pasal derma tu lah.. patut dorang buat mcm bro ckp.. bukak booth.. tapi itulah patut cakap terus terang.. ok je kalau ckp terus terang, tapi kalau mule2 ckp gini, pastu ckp lain.. x kool lah.. hehehe semoga mereka diberkati Allah..

MariaFaizal:luckily acah je.. cmon, being married i thought it was a cool thing.. i'm cool?? hahaha take dat as compliment.. and really lucky la to get to meet those people yesterday..
ok, i try to update as much as possible.. thanx 4 the support!!!

Cob Nobbler said...

nko paw kretek si isham tak?
hahaha!

aku aritu sebat setengah kotak hahaha!

fahmi said...

nami: kretek?? gua x merokok bro.. setengah kotak?? mak aih, sian pak cik tuh..

kuSut said...

hahaha...ko add ym aku fahmi

fahmi said...

nnt saya add ye