Showing posts with label UPU. Show all posts
Showing posts with label UPU. Show all posts

Friday, June 26

a lil reunion semalam

semalam aku pegi sekolah.
mintak sign Pengetua @ cikgu setaraf utk sahkan kebenaran salinan sijil2.
aku jmpe cikgu2 aku. dr zaman SPM, dan tentulah STPM. yg sebelum2 tu, aku x jmpe sume. sket2 je..
memula jmpe kaunselor, Cikgu Hudaa.. sembang2, dinasihati apa yg patut. seronok psl dh lama xjmpe..
kndian pi kantin, jmpe si Yus dgn Aida. kelaparan pasal x breakfast.
time tu Awan yg ikut aku dr tadi, gerak ke Library, dulu dia Naib Pengerusi Pengawas Perpustakaan. mestilah nk pegi port lama.. hhehhe
dlm 20 menet, tiba2 disapa oleh Jia Jiunn, saja dtg katanya. kendian ada gak Fariq & Poji.. lebih meriah, Jun dr Seremban pun turun.. suke la Fariq dpt jmpe aweksnya.. hahaha lagi kecoh bile Zackh & Awin smpai.. kndian sume gerak ke Bilik Guru.
tp mule2 pegi jmpe Cikgu Noriah H. nama penuh x diberi atas alasan beliau x mau glamor.. hahahah meja dia kat tmpt lain pasal dia dh taraf guru cemerlang..
okla, sume mintak dia sign je, pasal dia pun boleh sign sijil2 tu.. ok, keje selesai.
masuk pula Cikgu Satilah.. mmg kepoh lagi la.. hahaha pas sembang2, sign2.. kami blah..

masuk Bilik Guru. jmpe cikgu2.. mule2 cikgu Faridah yg handle Pengawas Media, aku Pengerusi, agak kacip la aku dgn dia.. rata2 kwn aku jd pengawas media, mmg seronokla dia dgr kami berjaya dpt tmpat... sama mcm cikgu Sahida yg dulu handle team Forum aku, dia bagi semangat, suke dia dgr aku jd cikgu.. heheh kndian jmpe Puan Nor, anak2 dia kem salam.. haha aku pnah jmpe anak2 dia time pegi lawatan Menara KL.. lama dh x jmpe. okla, sronok la dia dengar aku dpt... heheh.. pi jmpe cikgu2 lelaki plak, iaitu Cikgu Fauzi yg ajar aku Makroekonomi, dan Cikgu Ragu yg ajar Bisnes 2. dorang ni meja depan-belakang. mmg kacip la dorang.. mmg best bagi dorang dgr berita gumbira kami ke uni masing2... nmpk mmg x sia2 la usaha mereka ajar kami yg nakal ni.. hahah
kndian salam Ustaz Zul, walau dia xpnah ajar aku, tp aku slalu gak tegur & sembang2 dgn dia, bgitu tu jua dgn Ustaz Ali. seronok sembang dgn dorang, banyak ilmu leh ditimba.. jumpa plak teacher BI aku, Madam Khadijah.. very good katanya..
hahaha..

then nk ke ofis utk jmpe Cikgu Ayesha yg ajar mikroekonomi tu.. tp dia ada pelawat time tu, dok la kat lua sat. jmpe plak Cikgu Noriah S. dia ajar aku time form 1, form 4, form 5, dan Upper 6. dari aku ni x brape kecoh, smpai la x reti tutup mulut mcm skang ni.. hahaha... mmg dia ni kenal aku la.. dan dia mmg sgt teruja bile dengar aku dpt UM. hahaha.. ade plak Cikgu Rusnani yg handle Kadet Polis tahun ni, suke gak dia pasal aku ni Pengerusi,leh la jd role model utk budak2 kadet polis tu.. hehehe.. ok, bile dorang nk ke kelas, kami pun jmpe Pn Ayesha.. mmg dia syukur sgt bile dgr ramai dak kelas dpt ke IPTA. nmpk la yg kami ni serius belajar.. alhamdulillah.. kemudian dijoin pula Pengetua.. smpat pula dia berseloroh yg Pn Satilah ckp 'si Fahmi tu dpt TESL...' hahaha.. famous mcm Famous Amos la pulok.. hahaha slps amek gambo sepam dua, salam la dgn mereka.. mmg seronok jmpe cikgu2 ni..

masa utk jmpe cikgu2 SPM pulak.. jmpe Ustazah Zubaidah, dia suruh jaga diri elok2, budak2 TESL kata dia sosial sket.. aku dgr, sematkan dlm hati.. ye r, dia dulu pun UM gak, so dia tau r budak2 tu mcm mana.. besh dgr dia ckp, dgr mcm rilek je, tp tepat dgn isi2.. hehehe jmpe plak Madam Teo yg ajar aku EST dulu, very happy to see u katanya.. dia dulu UM gak.. very nice university.. hahaha.. ok..
nk balik tu terjumpa plak Cikgu Faizzah yg ajar Fizik dulu.. dia dulu handle Kadet Polis, tp aku je form 5 yg betul2 join.. tahniah katanya.. ok la, at least aku dh backup balik SPM aku yg ku rasa kurang bagus dgn result ini...

kmudian, ada sesi bergambar rupanya hari ini. junior2 kami yg dh Upper 6 handle.. mcm aku la tahun lepas.. mmg x menang tangan.. sembang2, bagi semangat kat dorang utk berjaya.. hahaha.. selamat berjaya adik2..

di SEMERA

aku dgn Pengetua, Pn Fatimah.. sporting adalah sifat beliau.

nama aku nombor 10, mcm Maradona, mcm Zidane, mcm Messi.

full list. leh chek nama budak2 SEMERA yg dpt uni 2008. 24, ramai tahun ni.
ni Pn Ayesha, dia cikgu Mikroekonomi aku, juga Penolong Kanan Ko-ko. sgt berdedikasi, terima kasih cikgu!

dr kiri; Jia Jiunn dpt UPM, tp xmau sbb Cos dia dpt bukan dia minat
Poji dpt MassCom UITM.
Fariq UM sama aku, tp Bisnes.Zackh pun saman. Cikgu Ragu suke pasal dia ikut jejak langkahnya.


kemudian kami ke rumah Zackh.. dia buat makan2.. smbil smbut besday boy Zul.. ramai. meriah.


SESI GIGAM di umah Zackh!

sambut bday boy Zul yg oren. dh 20 tahun. slmt berjaya di UITM.
pegang mangkuk tu Awin, dpt UUM, sbelah Awin tu Yus, tgh tunggu rayuan. belakang Zul tu si Shafrey. member baik si Zul time di DIY. haha

bukan buat saja2 muke tu, tp mmg aku ngantuk. sapa suruh tido 2 jam?!

they call themselves 'Desperate'? don't ask me! tu pun x cukup korum satu lagi, P.I.T

muke puas makan pulut dgn rendang dgn bihun dgn sirap 3 gelas! hahaha

besday boy kena suap!

pas keluar umah, kami sembang2 jap, tp Si Poji gatal pasang lagu Pergi dr Aizat, udah la nangis budak2 ni... salam2 sume budak2 6a2 ni.. nk blah dh.. masing mengejar ilmu.. yeah!! bersepah kami sume...
lepas tu aku bawak ramai2 naik Waja, pasal snang naik bus kat luar.. si Shef nk balik umah, si Fariq dgn Jun nk ke Puduraya.. dating la tu.. hehehe
haha si Awan pegi CC kat Mutiara.. pas anto sume, aku pi Lourdes jap amek result checkup.. sume complete. ok, selesai lagi.. anto la Nabilah balik umah.. pastu aku balik..

Saturday, June 20

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 3


surat yg baru smpai dlm beberapa menet setelah hantar post terdahulu.

dlm tu ade tulis, ditanggung oleh Kerajaan Msia.
Alhamdulillah.
jadi kena sokonglah setiap langkah kerajaan?
mestikah aku buat begitu?
tengokla... ade aku kesah??
so now, bz nk buat, cari barang2 kelengkapan utk dibawa ke UM.
only got a week..
haa... so much to do, so little time...

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 2.

salam.. selama ni aku mcm ade self-doubt.. boleh ke/layak ke diri ini ke IPTA.. dan IPTA impian aku adalah UM. bile tgok result UPSR, ok.. PMR, biasa2 saja. SPM, patut lebih baik. Matriks xdpt, jadi aku pun menanti panggilan ke STPM. rmai kata yg ini periksa tersusah di Msia... antara tersusah di dunia la.. mcm2 la... tp kan, berbekalkan semangat & iltizam utk ke UM, aku gagahkan/beranikan diri menghadapinya.

sepanjang aku di STPM, banyak benda aku belajar.. kembali bermasyarakat, sebab rata2 kawan2 aku zaman SPM seperti Aizat, Akmal, Shahrul, Hariz, Pyan, dan ramai lagi sume telah blah ke IPTA, Poly, mahupun IKM.. tinggal aku je terkontang kanting solo di SEMERA. ya, sekolah aku dr Form 1 hinggalah skang.. yg ikut form 6 dgn aku adalah Surain, Khairul dng Karm, tp mereka ni lebih rapat sesama mereka, aku kurang akrab, tp ttp la bertepuk tampar gelak ketawa sama dorang walau kelas kami berbeza...
selain itu, aku juga telah beralih arus, sebelum ini aku kelas Sains, aku x boleh bawa masa SPM, better for me to change my course to Arts. aku pilih Bisnes. Sejarah aku minat, tp aku mahu ambil challenge lain pula. sebab aku x pernah belajar Bisnes. aku pun x pernah belajar Ekonomi. mula2 mmg sukar sedikit aku nk ubah pemikiran Sains aku kpd lebih Sastera, Alhamdulillah, sedikit2 aku buka minda aku, terima, belajar subjek2 ni. P.Am seakan2 Sejarah, aku rasa sedikit seronok belajar subjek ini, dan BM pula buat aku lebih kenal Bahasa ibunda aku.. best juga belajarnya.

aku juga kena masuk persatuan2, kelab2 utk cukupkan ko-kurikulum aku. tp bile dh 6th Former ni, masuk2 je terus jadi Pengerusi. paling cikai pun AJK/Exco. aku jadi Pengerusi Kadet Polis, Kelab Bola Baling, dan Pengawas Media. N.P Majlis TIngkatan Enam & AJK PRS. ade yg aku berjaya laksanakan tugas dgn sebaiknya, tp sayang, ade juga yg aku kurang berjaya. too many to do in a little time. jadi pengajaran kpd aku, agar pilih & terima tugas yg kita mampu saja. jika x mampu, cakap tidak.

aku pergi tuisyen. ye, dh tua pun pergi kelas. aku ke P.T. Kasturi. dkt2 Pasar Seni. kalau dulu aku ni reserved di sana. maksudnya aku diam je, dgn cikgu2 pun aku tgur2 gitu saja. tp bile STPM, aku jd lebih ke hadapan. aku tanya cikgu2, aku buat mcm kelas di sekolah. tanya mana yg x paham. mgkin ade yg kurang suke dgn aku, tp aku pun bayar gak yuran mcm org lain. at least bile tnye, mgkin ade yg persoalan2 dlm otak yg terjawab. aku ada kawan2 di sana dr sekolah lain mcm Zharif, Ilyas dll. dgn cikgu2 subjek aku di sana pun aku lebih responsif berbanding swaktu aku tuisyen di sana masa SPM & PMR dulu... sedikit sebanyak ilmu mereka aku gunakan dlm periksa..

tak bermakna bile tuisyen, kalau dgn sekolah kita diam je.. pada STPM juga, hubungan aku dgn guru2 SEMERA juga lebih baik terutamanya cikgu2 sbujek aku, berbanding dulu. mcm aku ckp td, dulu sebelum STPM, aku hanya pelajar biasa, x mahu ikut aktiviti2 yg sekolah anjurkan. tp bile Form 6 ni, banyak aku pulun. kem inilah, hari itulah, mcm2.. aku pun terkejut bile fikir2 balik. selama ni sekolah je yg menyumbang kat aku, aku lek2 je. kali ini, aku pula contribute kpd SEMERA.. x dpt banyak, sikit pun jadila..

pd waktu itu, kawan2 lain telah di IPTA, di Matriks. aku di sekolahh lagi, sedikit cemburu tetap ada dlm diri ini. tp tak apa, sebab aku tahu apa yg aku buat, banyak kebaikannya STPM ni..

waktu berlalu dgn pantas, tibe2 dh jd Upper 6, lebih sibuk kerana kami Super Senior, banyak benda kami kena handle. juga seronok, sebab kami dirujuk oleh adik2 bawah sbg Abg bg lelaki, & Kak utk perempuan. hahah.. waktu ni Akmal jeles sbb kelas aku rmai pompuan x mcm kelas dia kat sana.. hehehe ade aku kesah??


banyak kenangan pahit manis yg aku kecapi sebelum aku terima result STPM mahu pun result UPU yg membawa aku ke UM minggu depan. aku rasa sgt bersyukur kpd Allah sebab diberi peluang utk melalui STPM di SEMERA pd sesi 2007/2008. dan juga mereka2 yg telah mewarnai hidup aku ni. dr aku kcik2, smpai tadika di Tabika Perpaduan Tmn Beringin, Tadika Canossa, SK La Salle 1 Jinjang, Sekolah Agama Hidayatul Mustaqimah Tmn Beringin, SMK Raja Ali a.k.a SEMERA dr form 1 hingga form 6.

every achievement today, is yesterday's effort.
keep moving forward, with knowledge & extra effort, Insya Allah we will succeed.

p/s: semalam aku telah sibuk berterima kasih kpd semua yg ucap tahniah dr family, sahabat2, rakan2 dan juga dr alam maya termasukla Myspace & Blogosphere.
Mama & Abah nampak sgt bahagia dgn kejayaanku. aku bersyukur berjaya serikan kehidupan mereka dgn kejayaan ku ini. seronok sgt kot sorang lagi pegi Uni. dulu Yop kat UKM, dh grad pun. kali ni, aku plak ke UM. rmai member2 aku akan bersepah. UM bakal aku pergi dgn Fariq Chelsea dan Zackh. UMS pula AzwanMU. UUM akan dihadiri si Jun, Nazrin, Awien, Fatin dan Peh Yin, UITM pule si Zul, Aida & Poji. UKM pula cik Mastura diakronim menjadi UKMastura? boleh gitu? heheh. UIAM pula destinasi Farhan. UDM utk Diyana aka Ceng, Aini dan Kian Teck. Kok Jye Unimas, Jia Jiunn UPM.dan ada juga yg masih belum check, atau kurang berjaya. aku harap korang x give up, buat rayuan, insyaAllah dpt intake akan dtg. aku doa sume rakan2 berjaya dunia akhirat.

Friday, June 19

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan!


sila klik utk lebih jelas

Alhamdulillah, dengan umumnya keputusan UPU pagi tadi, maka dgn ini aku telah berjaya mengikuti kursus Ijazah Pendidikan TESL yakni Cikgu English bahasa mudahnya.. syukur ke hadrat Allah, terima kasih kepada Abah, Mama, Yop, familyku, sahabat2, kawan2, rakan2 x kira di dunia sebenar mahupun dunia blog atau PPSMInya blogosphere yg telah mendoakan aku agar berjaya mndpt tempat di IPTA. You know i am talking about you, each & everyone of you.

mula2 aku check, kul 11, ditunda ke pukul 12.. aku cuba pukul 11.50, wajah laman UPU mula berubah, aku log in setiap details, & terkeluarla paparan di atas tadi... Abah terus peluk bila dengar aku ckp dpt, lantas terus aku sujud syukur. SMS Yop, Mama & sahabat2 & rakan2 aku.. sume ucap congrats, member2 seSTPM dgn aku bakal bersepah, Poji,Aida, Zul di UITM, Jun, Fatin, Awien, Nazrin, Peh Yin di UUM, Fariq dan Zackh di UM, Mas pula UKM, Farhan pula UIAM. Masih ade yg xdpt dihubungi, akan ku cbe contact mereka...

namun, ade gak member2 yg xdpt, aku ucapkan selamat maju jaya la, dan hantar rayuan. insyaAllah masih berpeluang utk masa depan..

aku mmg terfikir gak kemungkinan aku gagal, tp aku ttp optimis, aku tawakal sbb aku dh buat yg terbaek dr STPM, MEdSI test, Interviews, alhamdulillah tercapai gak cita2 aku nk pursue degree in TESL selepas aku gagal time nk mohon diploma TESL slps SPM dulu.. syukur Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

dengan ini. boleh la aku katakan yg aku dh buat terbaik. Walaupun aku pilih jalan yg jarang orang ambil (the road not taken, by Robert Frost, rujuk Literature English SPM), tapi jika kita berani ambil risiko terhitung (yang kita mampu tangani), x mustahil hasilnya amat menguntungkan. aku kalau org amek STPM aku sokong, tapi mesti buat betul2.. bulatkan tekad. kalau x mampu, better pilih jalan lain, pasal bukan semua mampu melalui jalan ini (STPM).. aku tahu, pasal aku dh lalui... mmg x mudah, itu je aku leh cakap.. mmg x mudah, tp berbaloi... percayalah...

anyway, mmgu ni, aku kne siap2 segala, pasal 28hb aku kne lapor diri... pi tgok Transformers dulu, pastu siap2 semua... yeah!!! i feel relieved yet excited!!!