Showing posts with label fahmi. Show all posts
Showing posts with label fahmi. Show all posts

Sunday, June 21

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 4.

ini antara lagu2 yg jadi peneman aku tatkala aku sedang tension mahupun dlm perjalanan sama ade pi tuisyen, atau waktu free dlm kelas. (kantoi la dengar lagu pakai henset dlm kelas. Kanak2 jgn tiru aksi bahaya itu!) kadang2 lagu2 ini juga dimainkan oleh Fariq the Chelsea dengan gitar kapok pinjaman dr junior kami. bergantung kpd lagu yg dia mahir la, klu x, tekan je butang 'play'.berdasarkan lagu2 ini, klu nk panggil aku mat jiwang, silakan lah.. janji, lagu2 ni telah menyerikan hari2 aku pada 2008.

mula2 adalah setiap lagu dlm album 'Kembali' oleh Butterfingers. Semua aku suka!
xperlu lah aku tunjuk satu2 vid, korang beli je. berbaloi, revolusioner muzik Msia.




band ni sdg meningkat naik, MAGIK. lagu ni mmg best, chord2 pun x susah utk Fariq main. slalu la kami jamming kat belakang. kdg2 dijoin oleh Azwan & Poji. lebih lanjut tnye Zackh, dia lebih tahu... hehehe


kami nyanyi ramai2 utk cikgu kelas (Mummy) Pn Rohana sewaktu kelas terbuka kami sempena Hari Raya Aidil Fitri dengan Fariq pegang gitar, aku lead nyanyi. rata2 x dpt trus nyanyi sbb nangis, aku pun join rasa sayu. Fariq dh bergenang mata tp aku still maintain suara nyanyi. suasana pula sunyi sbab kelas2 bawah smua sedang exam. Mummy dlm tangisan turut smpaikan amanat & juga harapan beliau kat kami semua. ade rekod vid ucapan tu, tp terlalu besar nk diuplod ke sini. mmg buat aku igt situasi itu, lagu ni.


juga dinyanyi sewaktu hari terbuka kelas, tetapi sebagai hiburan kpd cikgu2 yg sdang menjamu selera dgn spagetti @ bihun goreng. mule2 aku start, Fariq gak main gitar, kmudian dijoin oleh Poji yg nyanyi ala2 Aretha Franklin. still, lebih kpd jamming berbanding persembahan.. hehehe, seronok gak, nyanyi ni, smbil tu aku & Poji rakam video rakan2 yg sdg makan, sembang, & mcm2 lagi.. selain tu, selalu juga dimainkan dr henset tatkala kebosanan @ tension melanda..


lagu ini selalu aku mainkan dr henset, malah slalu juga aku join rap mcm Mr Altimet itu. liriknya straight forward, tp menusuk kalbu.. hehehe budak kelas slalu nmpk aku tunduk bawah meja, dgr lagu ni dr henset.. apa ada hal, KP member aku..


lagu ni simple, cepat, upbeat, straight to the point. kalau aku leh main gitar, dh lama aku buat gig.. hehehe


lagu ni pula igtkan aku pulak kat Yop. kami dua beradik saja. tp dia merantau sejak form 4, matrix, uni. jadi lagu ni mmg sesuai dgn perasaan & hubungan aku & Yop.
org lain mungkin x paham lagu ni, kutuk or watsoeva. termasukla Ogy Ahmad Daud kat konsert AF ngadu dia xpaham lagu ni. ade aku kesah?? ko xde abg, mmg la ko xpaham perasaan hormat, sayang adik kat abg dia.. x paham, lain kali tanya...


lagu ni seronok didengar, juga jadi bahan ketawa sebab ia bermula dgn Bapaknya... unik, tp mmg sesuai dgn kami. bait2 lirik 'nampak ketarakah dilema di wajahku, di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu...',
mmg slalu rasa self-doubt dlm diri sedang aku berusaha utk STPM.
persoalan2 spt mampukah aku laluinya, tp bila dengar lagu ni, aku jd hyped balik, smangat trus kental utk trus lalui gelora STPM.. cewah ayat aku...


bila Fariq start pegang gitar, wajib dia main lagu ni sbg opening. lagu fav dia, aku pun sbb lirik dia.. pergh, tepat menusuk kalbu.. seswai utk org yg baru direject oleh pasangan. ala2 pepatah Inggeris, if u love someone, let her go, if her come back, than its yours.. mgkin silap, aku igt gitula lbih kurang.


lagu Aizat, mmg sedap, lirik pun agak syahdu. disebut oleh Awin tajuknya sbg 'Haruskah ku biarkan engkau pergi...', sume gelak kaw2.. suke2 tuka tajuk.. juga lagu sing-a-long satu kelas bila Fariq main gitar. tp klu dorang xmau, aku nyanyi solo je.. lagi puas.. hehehe pernah didendangkan atas pentas oleh Zul kat Hari Makan2 MTE, jamuan oleh junior utk kami. Fariq lagi pegang gitar, dia nyanyi. tepukan gemuruh, malah standing ovation dr ckgu2... hehehe


aku terjumpa lagu ni bile Poji suh download, psl dia nk perform kat makan2 MTE td. download sudah, convert ke mp3 pun dah, praktis pun dah, las2 x jadi pun. tp ttp jadi sing-a-long oleh aku & Fariq. ala2 KCi & JoJo la pulak. cuba dijoin oleh Musa, tp sbb dia tersilap nyanyi, trus jadi bahan gelak... sory bro, tp mmg lawak.


lagu ni dijadikan background music dlm CD pics kami sewaktu diorientasi oleh senior2. muzik sdap, lirik indah. wat more can u ask!!! serta merta minat ini Letto. rock, tp ada unsur ballad @ melancholy.


tahun 2008, mule dgr itu Xfresh fm (now XFM). banyak lagu2 indie, underground band yg didengar. kat radio lain lagu2 mcm ni xdpt airplay, smpaila Hujan, Meet Uncle Hussain dpt permintaan, baru lagu ni naik. ni kira wakil la lagu2 indie dr Soundtrack filem Kami The Movie.


ini pulak band baru dr pecahan ahli2 band2 yg dh naik, jd lah Pesawat. satu lagu ni je, buat aku minat dorang. budak2 lain pun heran apsal aku ske lagu ni. ntah, mgkin sdap2 sgt kot bagiku. mungkin sbb bunyi berbeza dr band2 lain.skang ni famous dgn Rasional Emosional & Excuse Me. juga sedap.


MUH berbeza sbb suara Lan. tinggi. dan lagu yg berentak pelbagai. ada yg laju. ade yg rilex. aku suke sbb susah nk tarik mcm dia.. huhuhhuhuu


lagu ni Aida suke. katanya puitis sgt. aku rasa sdap gak, tp aku lagi suke lagu Tanpa. pasal yg ni mcm kita kecewa sbb x pilih org yg dicintai sbb kita cinta org lain. aku xpnah lalui, so mgkin tu aku rasa xbest..

lagu ni lebih best, laju x laju, slow x slow. mcm tu je. susah nk perform sbb lagu ni xde break. nyanyi je... boleh meletihkan, tp sedap, leh gak buat senaman mulut.. rata2 budak kelas aku suka lagu ni. lagi si Hasti dgn Fariq. hahaha

kesimpulannya, lagu2 di atas antara yg menceriakan hari2 STPM ku. terima kasih kpd mereka yg telah susun lagu, tulis lirik & perform dgn baik. juga terima kasih kat Fariq sbb sudi mainkan gitar sbb aku x reti main gitar. tau nyanyi je... hehehe.
maaf kpd kelas 6a2 andai aku bising dlm sesi jamming bersama Fariq. klu x puas ati, sile kol aku utk dpt nyanyian free. hahahaha
ada gak lagu2 yg terlupa aku nk listkan, namun ni antara yg ada dlm playlist aku tahun lpas.. tahun ni, sdikit berbeza ok.. hehehe

Saturday, June 20

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 3


surat yg baru smpai dlm beberapa menet setelah hantar post terdahulu.

dlm tu ade tulis, ditanggung oleh Kerajaan Msia.
Alhamdulillah.
jadi kena sokonglah setiap langkah kerajaan?
mestikah aku buat begitu?
tengokla... ade aku kesah??
so now, bz nk buat, cari barang2 kelengkapan utk dibawa ke UM.
only got a week..
haa... so much to do, so little time...

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 2.

salam.. selama ni aku mcm ade self-doubt.. boleh ke/layak ke diri ini ke IPTA.. dan IPTA impian aku adalah UM. bile tgok result UPSR, ok.. PMR, biasa2 saja. SPM, patut lebih baik. Matriks xdpt, jadi aku pun menanti panggilan ke STPM. rmai kata yg ini periksa tersusah di Msia... antara tersusah di dunia la.. mcm2 la... tp kan, berbekalkan semangat & iltizam utk ke UM, aku gagahkan/beranikan diri menghadapinya.

sepanjang aku di STPM, banyak benda aku belajar.. kembali bermasyarakat, sebab rata2 kawan2 aku zaman SPM seperti Aizat, Akmal, Shahrul, Hariz, Pyan, dan ramai lagi sume telah blah ke IPTA, Poly, mahupun IKM.. tinggal aku je terkontang kanting solo di SEMERA. ya, sekolah aku dr Form 1 hinggalah skang.. yg ikut form 6 dgn aku adalah Surain, Khairul dng Karm, tp mereka ni lebih rapat sesama mereka, aku kurang akrab, tp ttp la bertepuk tampar gelak ketawa sama dorang walau kelas kami berbeza...
selain itu, aku juga telah beralih arus, sebelum ini aku kelas Sains, aku x boleh bawa masa SPM, better for me to change my course to Arts. aku pilih Bisnes. Sejarah aku minat, tp aku mahu ambil challenge lain pula. sebab aku x pernah belajar Bisnes. aku pun x pernah belajar Ekonomi. mula2 mmg sukar sedikit aku nk ubah pemikiran Sains aku kpd lebih Sastera, Alhamdulillah, sedikit2 aku buka minda aku, terima, belajar subjek2 ni. P.Am seakan2 Sejarah, aku rasa sedikit seronok belajar subjek ini, dan BM pula buat aku lebih kenal Bahasa ibunda aku.. best juga belajarnya.

aku juga kena masuk persatuan2, kelab2 utk cukupkan ko-kurikulum aku. tp bile dh 6th Former ni, masuk2 je terus jadi Pengerusi. paling cikai pun AJK/Exco. aku jadi Pengerusi Kadet Polis, Kelab Bola Baling, dan Pengawas Media. N.P Majlis TIngkatan Enam & AJK PRS. ade yg aku berjaya laksanakan tugas dgn sebaiknya, tp sayang, ade juga yg aku kurang berjaya. too many to do in a little time. jadi pengajaran kpd aku, agar pilih & terima tugas yg kita mampu saja. jika x mampu, cakap tidak.

aku pergi tuisyen. ye, dh tua pun pergi kelas. aku ke P.T. Kasturi. dkt2 Pasar Seni. kalau dulu aku ni reserved di sana. maksudnya aku diam je, dgn cikgu2 pun aku tgur2 gitu saja. tp bile STPM, aku jd lebih ke hadapan. aku tanya cikgu2, aku buat mcm kelas di sekolah. tanya mana yg x paham. mgkin ade yg kurang suke dgn aku, tp aku pun bayar gak yuran mcm org lain. at least bile tnye, mgkin ade yg persoalan2 dlm otak yg terjawab. aku ada kawan2 di sana dr sekolah lain mcm Zharif, Ilyas dll. dgn cikgu2 subjek aku di sana pun aku lebih responsif berbanding swaktu aku tuisyen di sana masa SPM & PMR dulu... sedikit sebanyak ilmu mereka aku gunakan dlm periksa..

tak bermakna bile tuisyen, kalau dgn sekolah kita diam je.. pada STPM juga, hubungan aku dgn guru2 SEMERA juga lebih baik terutamanya cikgu2 sbujek aku, berbanding dulu. mcm aku ckp td, dulu sebelum STPM, aku hanya pelajar biasa, x mahu ikut aktiviti2 yg sekolah anjurkan. tp bile Form 6 ni, banyak aku pulun. kem inilah, hari itulah, mcm2.. aku pun terkejut bile fikir2 balik. selama ni sekolah je yg menyumbang kat aku, aku lek2 je. kali ini, aku pula contribute kpd SEMERA.. x dpt banyak, sikit pun jadila..

pd waktu itu, kawan2 lain telah di IPTA, di Matriks. aku di sekolahh lagi, sedikit cemburu tetap ada dlm diri ini. tp tak apa, sebab aku tahu apa yg aku buat, banyak kebaikannya STPM ni..

waktu berlalu dgn pantas, tibe2 dh jd Upper 6, lebih sibuk kerana kami Super Senior, banyak benda kami kena handle. juga seronok, sebab kami dirujuk oleh adik2 bawah sbg Abg bg lelaki, & Kak utk perempuan. hahah.. waktu ni Akmal jeles sbb kelas aku rmai pompuan x mcm kelas dia kat sana.. hehehe ade aku kesah??


banyak kenangan pahit manis yg aku kecapi sebelum aku terima result STPM mahu pun result UPU yg membawa aku ke UM minggu depan. aku rasa sgt bersyukur kpd Allah sebab diberi peluang utk melalui STPM di SEMERA pd sesi 2007/2008. dan juga mereka2 yg telah mewarnai hidup aku ni. dr aku kcik2, smpai tadika di Tabika Perpaduan Tmn Beringin, Tadika Canossa, SK La Salle 1 Jinjang, Sekolah Agama Hidayatul Mustaqimah Tmn Beringin, SMK Raja Ali a.k.a SEMERA dr form 1 hingga form 6.

every achievement today, is yesterday's effort.
keep moving forward, with knowledge & extra effort, Insya Allah we will succeed.

p/s: semalam aku telah sibuk berterima kasih kpd semua yg ucap tahniah dr family, sahabat2, rakan2 dan juga dr alam maya termasukla Myspace & Blogosphere.
Mama & Abah nampak sgt bahagia dgn kejayaanku. aku bersyukur berjaya serikan kehidupan mereka dgn kejayaan ku ini. seronok sgt kot sorang lagi pegi Uni. dulu Yop kat UKM, dh grad pun. kali ni, aku plak ke UM. rmai member2 aku akan bersepah. UM bakal aku pergi dgn Fariq Chelsea dan Zackh. UMS pula AzwanMU. UUM akan dihadiri si Jun, Nazrin, Awien, Fatin dan Peh Yin, UITM pule si Zul, Aida & Poji. UKM pula cik Mastura diakronim menjadi UKMastura? boleh gitu? heheh. UIAM pula destinasi Farhan. UDM utk Diyana aka Ceng, Aini dan Kian Teck. Kok Jye Unimas, Jia Jiunn UPM.dan ada juga yg masih belum check, atau kurang berjaya. aku harap korang x give up, buat rayuan, insyaAllah dpt intake akan dtg. aku doa sume rakan2 berjaya dunia akhirat.

Thursday, May 14

aku suke lagu2 ini...

x abes2 dgn masalah2 & kemelut2 negara kita... jadi, loosen up ckit dgn lagu2 ini.. tp jgn smpai lupa nk selesaikan masalah2 & kemelut2 itu cukuplah ye... ini lagu yg aku ske, so klu x ske jgn lah dengar... suke boleh dengar, x suke x ape...











Sunday, December 28

trip 2 Port Dickson...

masuk air family...

minggu lepas, aku dan member2 lain dari Taman Beringin & member2 SEMERA telah pergi bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus... seramai 18 orang yang telah join trip ni.. oh ya, kami juga menggelarkan diri sebagai "Masuk Air Family"... klu check kat myspace kami, sumer ada taruk nama tuh kat blakang feature name kami..
trip ni dh dibincang agak lama, dan akhirnye berjln lancar sumernye pada hujung minggu yg lalu.. banyak aktiviti telah kami lakukan sepanjang percutian kami..
kami bertolak pada petang jumaat, dan berkumpul dulu di rumah nenek audi.. aku naik 1 keter dgn aizat,nizam & apai... aizat-driver, belakang tuh nizampkai topi 2 aku, blakang 2 apai
kami naik kter kenari aizat.. dia ni mmg pandai bajet minyak kter. syabas!! selain kter aizat, ada lagi 3 kenderaan iaitu khairul dgn van dia, nabil dgn kelisanye serta ashman dgn iswara special.. sape dh naik, taula special x special iswara tuh..
oh ya, kami mula bergerak setelah jam 4.30... kami tiba di PD pada jam 6 ptg.. akhirnya setelah membuat pilihan, hotel ini menjadi teratak kami selama 3 hari 2 mlm...
hotel ni mmg special, tokey dia kata dh 3 generasi hotel ni.. harga mmg murah, seswai dgn facilities yg ada... pasti x kan kami lupakan... hahaha setelah check in, kami pun bersihkan diri, solat sebelum kami pergi makan malam di kawasan berhampiran.. fuh mmg pening makcik yg amek order tuh.. tp berjaya juga dia mnyiapkan pesanan2 kami dgn tepat & pantas.. cekap gak pekerja gerai ni.. ni antara pics yg sempat dirakam pada masa itu... slps itu, kami pi umah nenek khairul kat teluk kemang utk amek barang2 utk barbecue pd mlm esoknye... kendian kami balik semula ke hotel...tamatlah ari pertama di PD.. muke menunggu makanan
cik mon dgn nasi goreng anak bapak
muke kelaparan lagi

hari kedua...
aku bangkit pada jam 6.30 pg... aku solat subuh dulu.. then aku kejut la member2 len, alhamdulillah rmai berjaya dibangkitkan utk solat subuh.. pastu lepak2 smbil makan roti dgn kaya... syok woo... kendian ada yg pi pantai.. ada yg lepak2 kat bilik.. tp ramai yg tdo balik da... termasukla aku... hahaha dlm kul 11, kami sume siap2 utk pi jln2 & pusing2 sekitar bandar Port Dickson... mule2 kami pi lunch kat gerai dkat2 stesen bas PD.. fuh, makanan sedap, boleh plak waitress gerai 2 agak cun.. rmaila yg sakat2 nye, tp dia x layan... hahahah aku glak2 je tgk perangai member2 aku... ada byk lagi kes klaka jd kat sini seperti member aku c syafiq yg disalah anggap oleh customer len sbg pnjual air... ia terjadi btui2 dpn aku, sabo jela ye sapiq oi... mmg kene gelak oleh the whole masuk air family crew..
abes mkn, kami pi ke muzium tentera... masuk free.. byk ilmu kami dpt di sini.. lebih2 lagi most of us adalah ahli pkbm(kadet tentera) kecuali aku & 3-4 orang yg jd kadet polis.. terharu gakla bile tgk gambar2, artifak2, hasil peninggalan dari penjajah yg masih ada di situ... dari zaman kesultanan melayu melaka hinggalah zaman selepas merdeka.. sume kisah perjuangan pjuang tanah air ada di situ... ini antara gambar2 kami di situ...di tepi tasik kat muzium
all aboard...
semoga Allah cucuri rohmu
jom naik kereta api...
nek meriam dgn wan botak...

ok.. pastu kami blik hotel, solat zuhur, siap2 utk ke pantai.. sblum ke pantai, kami solat asar dulu then baru grak pi pantai... cantik btul pemandangan ciptaan Allah SWT.. aku gerak lambat ckit pasal aku pi cas bateri handset dulu... memula aku lepak dulu kat tepi pantai, amek gambar.. minum2 sat.. pastu baru aku pi berendam... lama dh x mandi laut so kasi lepas geram r.. mandi smpai puas... kami gak naik banana boat.. fuh, 1st time naik mende tuh.. aku seriau yg amat.. sebab aku ni mana tau berenang.. aku tetap beranikan diri utk test mende tuh.. naseb baik gak lifejacket 2 fit badan aku.. kalau x, x merasalah aku naik banana boat... memula naik tu ok je la, dhla bebudak ni pi lompat2 time tuh, aku ni dhla nebes.. brader ni bawak pi dkat2 pulau jauh dr pantai..sekali brader dlm bot 2 wat lap, bersepah sume jatuh... byk air laut aku telan.. panik gak la jap, nasib baik ade aik kat sebelah.. mcm tau2 je dia ni aku x reti berenang.. pas tu, kami hop on lagi.. kali ni dia bawak lagi laju.. aku rasa mcm nk terbang je gaya laju dia tuh.. lagi skali dia wat lap.. berpusing aku masuk laut.. mangai... cukupla 2 kali je dia buat gitu... pas kami naik blik banana bot 2, dia bawak kami semula ke pantai... saja je dia wat lap utk kami tgolek lagi.. kne la berenang ke pantai.. naseb baek x jauh.. klu jauh, mau cramps.. fuh. mmg syokla naik tuh.. tq 2 all yg tolong aku time naik banana bot ney..
x de korang mau terkapai2 aku nk naik.. especially aik & akmal...
tp sayang xde pic time ni sebab cicik leh plak khayal main pasir.. kamera ada kat dia..xpela, janji ade pics ni pun jadila...dr kiri aik,ilham, nabil,cicik
jejaka2 gagah
bestla kerusi ni

setelah itu, kami pulang ke hotel, bersiap2 utk solat maghrib & isyak... pastu kami pi pasar mlm dkat petronas 2... beli makanan & minuman.. patu pi jap baden2 bundle.. tgk baju2 bundle yg masyuk2 design tp aku kurang berkenan... xpe2, len kali aku beli.. pastu kami blik hotel utk mkn2.. mlm tu gak kami wat barbecue.. best woo.. tup2 aku tgk, kul 12 baru start nk setting api dsb.. ada yg angkat batu, grill, kerusi meja, kordial, air.. ayam, sosej.. aku tgk jela member2 lain wat keje, pasal keje aku dh setel iaitu wat air.. kasi campur kordial mangga dgn air, taruk ais ckit2.. setel... sedap gak air ni, memula tgk mcm x manis, bile rasa... masyuk... smbil2 bakar ayam, aku dgn dorang sembang2 pasal life, kenangan waktu di SEMERA.. dsb.. mmg tergelak2 la bile pk balik sume tuh.. most of them sume dh pi IPTA, poly, IKM..tinggal aku la yg lum msuk agy IPTA.. insyaAllah aku akan masuk gak taun dpn.. tunggu jela result STPM aku.. smbil2 sembang, kunyah gak ayam dhn sosej tuh.. byk lbey pasal dh lwat mlm, rmai dh ngntuk... so aku pun mkn lebey r.. rezeki jgn ditolak.. pastu kami kemas2 sume perkakas, & back to the hotel.. lepak2 jap smbil tgk member2 aku main daun terup, tp x bertaruh ok.. haram tuh.. ada yg nk wat magic, sekali kne gelak je.. tp bile magic jd, tkujat sume tgk.. hahaha tp mlm tuh mmg enjoy aku rasa...tp ble dh ngantuk, trus aku bom.. x taula mmber2 lain tdo kul brape..oh ya, ni antara pics kami semasa barbecue...
dr kiri, akmal, aku, ilham
duk jap smbil tunggu ayam siap
goncang shah jgn x goncang
aizat test air dgn kreatif
ayam bakaq

ok last day kami, bgn pgi.. solat subuh... makan roti lagi... ada gak yg pi terjun tiruk kat pantai.. aku trus bom balik smpai kul 12.. lama tuh.. nk cover blik tdo psl tdo lmbt semlm.. anyway, kami packing utk blik kl.. oh ya.. time packing tuh, kami notice yg byk barang dh ilang.. ada yg ilang seluar mandi, yg herannye gak batu kami wat barbecue pun ilang gak.. musykil2.. kami trus packing & bawak all stuff masuk kter.. kami ada gak tnye psl kehilangan sume tuh kat tokey otel.. dia wat lek je.. ada yg bijak antara kami ni pi check kat store dia, skali ada batu2 barbecue kami.. kami amek je trus snyap2.. pelik aku pasal batu pun leh kne cilok.. berat tu batu2 tuh.. anywway, lpas setel sume bayaran dgn tokey otel, kami grak ke Tg Agas, kg si piji pasal ada knduri.. makan free.. nyam2.. lauk2 pun menyelerakan..
khairul tunjuk macho
cicik gelak lega dpt sirap
beratur eh sume

kami kendian back to PD utk pulangkan barang2 barbecue kat umah nenek Khairul.. dlm kul 4, kami grak ke highway utk pulang ke KL.. skali ujan da.. jammed truk gak.. aku sembang2 la dgn aizat, bior dia x ngantuk... pastu kami berenti jap kat r&r seremban utk solat Asar.. sempat gak bgambo di sini..
1st time pasang aircond sbb ujan... xpe zat, minyak kenari ko still banyak..

di tepi jalan
baju baru...
then, kami truskan perjalanan ke kl.. still jammed.. anyway, kami rest jap kat shell sebelum tol sg besi utk solat maghrib.. bile nk rak je blik rupenye yg len dh tunggu kat petronas kat technology park.. beli pie jap kat McD.. pasal tgk harga Prosperity Double Burger mahal ya amat.. dkat RM20 utk satu set.. adoyai... yg besr plak belasan RM.. pesal eh mahal bebeno.. dulu x mahal gini.. jgnla cekik darah McD oi..
anyway, akhirnya kami truskan perjalanan.. dan selamat tiba di umah pada jam 9.40...
alhamdulillah... kenangan ini xkan dilupai sepanjang hayat..
jutaan terima kasih buat masuk air family yg terlibat... iaitu aizat, shahrul, akmal, khairul, syafiq, nizam, aik(fazreen),cicik(azrul),nabil,ilham,cik mon,audi,adnan,botak(syazwan),ashman,piji(hafizi),
apai..

Thursday, December 18

adoyai...

jeritanku
assalamualaikum..

arini tadi aku igt nk kuar rumah sat pasal nk pulangkan pendrive member aku c zackh tu.. lama bebeno dah dia mintak, sian lak aku kat dia.. sambil tu aku bawak gak dvd PS2 aku, PES 2009((Pro Evolution Soccer)ni game bola sepak terhebat bagi platform PS2, versi terbaru dlm siri PES) pasal aku x leh main dvd tuh.. aku igt rosakle..
aku pun kuar la, pi umah zackh tu dulu utk pulangkan pendrive dia, skali aku lupa la plak umah dia tingkat brape... lif dia plak rosak.. naikla tangga dgn penuh semangat.. baru tingkat 3 aku dh call dia tunjuk umah, skali dia kata x yah naik, jumpa kat bawah je la kan.. rupanya dia nk pi kedai.. adoyai.. padan muka aku..
xpela, at last dia turun kat tingkat 3 tuh, aku pun bagi la balik pendrive dia tuh... byk rahsia kerajaan dlm tuh.. hehehe.. lega bile dh pulang mende alah tuh... pas tu aku pun turun la skali dgn dia yg nk pi kedai tuh.. klau call awal2 td kan snang, xyah naik & jmpe je kat bawah..

pas 2 aku gerak la pi mutiara complex (KM) utk mintak tukar dvd game aku tadi... aku igt dpt la tuka, rupenye ada lagi prob yg lebih besar.. brader kat kedai aku beli ps2 tu ckp mesin aku 2 dh rosak.. fuh, tengok dvd yg aku pulangkan 2 je dia dh tau prob sebenar.. dia kata ribbon ps2 aku dh rosak, klu x repair akan rosakkan lens dia plak.. fuh, tkujat gak aku dgr... barula aku sedar knape la ps2 aku asyik selalu hang.. rupenye pasai itu.. kne repair la gamaknye konsol game aku tuh.. xpela, b4 ia melarat, baik aku anto repair.. nasib baikla aku ni MBF.. (Mak Bapak Finance ye..) nmpknye kenalah mintak abah @ mama aku duit utk repair ni..
insya Allah dpt la ye...

Tuesday, December 16

a lil story..

assalamualaikum...
ari sabtu yg lepas, aku & famili aku balik ipoh, perak... it's been a while cuz aku ingat last time aku balik ipoh pun during Aidilfitri yang lalu.. sebelum smpai ipoh, kami singgah jap kat serendah... sebab jiran aku dulu, Mama Eno (nama dia Zainon tp cuz aku dulu pelat org pnggil dia 'Enon' tp aku tersebut Eno... melekat smpai skang..) ada wat knduri cukur jambul cucu dia.. agak lama x jmpe family mereka.. rmai yg dah beso cucu2 beliau... skali tgk Kak Emy(dulu slalu dia ikut kami jln2 masa kecik dulu) punye anak punyela comey... Amirul Adha namanye.. umur almost setahun..Amirul Adha
mama aku ckp yg budak ni muke dia mcm aku dulu2.. korang x caya sudahle...
hahahah tp mmg best main2 dgn baby ni, bijak2.. dh la pipinye tembam mcm aku, abes aku cubit.. oh ya knduri 2 mmg meriah psl rmai org...elok plak aku smpai time tu kumpulan marhaban 2 tgh nk baca doa, tandanye dh dkat nk abes la tu..
abes je,trus aku masuk salam sume Mama Eno's family members.. lepak2, sembang2 dgn mereka, rmai tkjut aku amek STPM, aku wat tak tau jela, pasal benda dh lpas pun.. hahaha anyway, pas tu balun plak makanan yg ada iaitu; nasi putih, sup daging, rendang daging, & sambal sotong... bkn sutun tp sotong...
makan pun aku x byk sgt psl aku akan drive kter... klu mkn byk kan ngantuk.. so aku makan sekadar perlu.. abes je mkn trus kami meneruskan journey ke Ipoh...
agak lama aku x lalu ke jln lama menghala ke Ipoh dr Serendah tu.. so mcm2 la kemajuan yg aku tgk berbanding beberapa tahun lalu.. jalan makin lebar, & dh byk lampu isyarat di kawasan2 yg dulunye xde mende tuh.. jauh jgak rupenye simpang ke highway Plus Tg. Malim dr Serendah tu.. aku malas nk pusing blikm Rawang yg jammed memanjang tuh... smpai je tol, kami berhenti jap utk solat Asar psl dh pukul 6 time tuh... selesai je, kami sambung blik perjalanan ke Ipoh.. perjalanan smooth psl kter x byk sgt.. seronok siot memandu, aku mmg suke bawak kter...
akhirnya smpai gak tol Simpang Pulai, TouchnGo je trus aku grak ke Kg Serdang Permai, 10 minit dr tol situ.. kat situla umah opah aku.. lepak la 1 mlm kat situ pasal sok ada knduri kawen member abah kat Ipoh... smpai je umah, aku slm sume pastu solat Maghrib.. lepak2 + memain dgn spupu2 yg kocik2.. mlm 2 ada byk game bola, aku malas tgk psl lpas drive, letihla pulok... solat Isyak, pastu aku pi tido..

haha esoknye aku leh plak tertido pas Subuh.. kul 10 bgn blik, aku pi dapurla cari makan.. opah tgh sembang2 dgn Mak Jan & mama.. aku join.. smbil tu, aku tala gak kopok lekor tuh.. pas tu, pi la mandi & siap2 gi kenduri kawen... kat Kg Pasir Putih, Ipoh.. dkat bebeno kampung abah aku tuh dgn Tesco Station 18.. lupa lak nk gtau yg aku tido smlm tuh kg mama aku... x jauh, kira2 dlm 20 menet bley smpai...
aku smpai tgk cm dh rmai org.. lepak dulu kat umah.. salam2 sume, abah lak lepak kat luar, jmpe member2 lama dia.. biasalah, otai... hahaha pas lepak, aku pi la amek makanan, fulamak.. makanan dia... nasi minyak,masak nangka, rendang tok, ayam goreng... ada gak acar buah.. air sirap.. mmg biasalah lauk knduri gitu tp mmg sedap bebeno masakan2 tuh.. sirap dia pun manis, slalu knduri2 tawar airnye, tp knduri ni mmg tip top makanan dia... 2 baru lauk bese, blum lauk pengantin lagi..
abes je mkn, aku solat zuhur, kendian lepak2 dgn spupu2 kocik... abes aku kne gasak dgn dorang.. adalah dlm 4-5 org.. yop mmg dh lari pi tido.. tinggal aku jela layan dorang.. adoyai... ni antara mereka yg berjaya menjatuhkan aku...
dari kiri, Fatini & Haziq..
si Hazig ni bru dpt adik baru.. Hazim namanye.. si Fatini ni plak bakal dpt adik cuz maknye pun tgh hamil... makin meriah la famili aku pas ni.. seronok memain dgn dorang... aku pun amek timeout jap pasal nk makan ais kacang(ABC org KL cakap).. masyuk siut.. kenduri kawen td ada ais kacang.. 2 mangkuk aku tala... hahaha
abes je kenduri tuh, kami kembali ke Simpang Pulai... pack things cuz nk blik KL semula.. aku pun sempat gak memain dgn Iman.. dulu dia ni anti btui dgn aku.. skang ni leh plak dia kamceng.. hahahah
Iman
abes je kemas, kami gerak blik KL.. aku gak drive.. drive mlm2 lagi mencabar.. rilek je bas2 potong2 time ujan lbat.. kerek tul.. klu time cuaca bese, x plak..
akhirnya kami tiba dgn selamat.. safe & sound org putih ckp...

Thursday, December 11

Los & Faun...

assalamualaikum...
semalam aku dah berkesempatan menonton hasil arahan Encik Afdlin Shauki yang terbaru iaitu Los & Faun.. filem ni aku tonton dgn poji jawa, anis & ain... sume member2 zaman STPM jadi nk ilangkan boring kami pun tgkla wayang.. ada gak member lain ajak sehari sblum tuh tapi bagitau last menet & aku pun xde kat umah time tu, tpaksela tolak... tapi xpe, at least dpt gak aku tgk citer yg best ni... aku sarankan sumer Kodoks(gelaran peminat2 Encik Afdlin) pi tgk citer ni...
lakonan sume pelakon amat berkesan especially Khir Rahman yg jadi Amran... pasti kome x kan lupa kat watak Amran tuh... aku x mau r citer lbey2 nnt dh jadi spoiler pulak.. (ha spoiler ni bagi org yg x paham maknanye sudah hilang segala impak & kemisteriusan sesebuah cerita setelah dihebahkan..) hahaha... mmg xkan rugi RM10 penonton.. best2 yg amat & aku bagi 5 stars out of 5.

aku tgk bln ni gak byk citer melayu bakal ditayangkan du pawagam... sok ada cicakman 2: planet hitam, pas tu histeria, brainscan 21: aku & topi ajaib, kinta (citer kungfu tempatan ).. banyak woo.. 2 blum masuk lagi citer2 diimport... abes penuh r pawagam2 bln ni... ada citer aksi, citer seram, citer perang, thriller, animasi... mau kaya pengusaha2 pilem.. hehehe
nnt ada masa aku igt nk pi lagi, tu pun kalau ada fulus... hehehe

Sunday, December 7

contact me???

assalamualaikum

4 more pics & a piece of myself do check out...

myspace.com/fahmi_yezza
friendster.com/fahmirocks

peace y'all

assalamualaikum...

Assalamualaikum

bismillahirrahmanirrahim....

my 1st blog.. wow, mcm x caya je... akhirnya dpt gak aku selitkan beberapa cebisan dr kisah idup aku dlm blog ni.. anyway, 2 hari lepas aku baru abis menduduki STPM... ada yg kata ni paper ketiga tersusah dlm dunia ni... pada aku xde benda dlm dunia ni yg mudah kan?? aku cuma teruskan je usaha setelah bertekad pada 1 tahun 6 bln yg lalu utk amek STPM 2008.. semoga semua calon lulus dgn cemerlang... abes je exam last iaitu paper ekonomi 2, trus aku dgn budak2 kelas 6a2 pi pizza hut utk redeem kupon piza kami setelah abiskan projek NiE beberapa bulan lepas... team aku 4 orang iaitu aku, musa, fariq, azwan..memang seronok sebab dh lama x wat makan2 gini.. tp ada budak2 yg x join sebab mereka dh redeem kupon tu awal2 lagi.. tp xpe ada gak budak2 kelas sejarah join sekaki.. oh ya kelas aku ni kelas bisnes, memang banyak unforgettable moments aku dlm kelas 6a2 ni... hahaha memang pening cekgu kelas handle kami.. sian kat mami rohana semoga Allah sentiasa memberkati anda... haa sambung blik citer kat piza hut, banyak gambar diambil dan ada yg telah diupload ke myspace aku.. abes je makan, aku pun blik umah dgn team aku tadi.. naik bus selangor... fuh memang best pasal bayar 30sen sebab pakai baju sekolah, pastu bawak mcm roller coaster.. klu x caya, tanyalh awan atau fariq.. seriau je muke mereka time dlm bus tuh.. hahaha..laju abes... pastu turun bas, hujan lebat ya amat.. berteduh sat smentara tunggu bas 26.. alhamdulillah 10 minit pastu bas sampai.. aku naik smpaila tmn beringin...

esoknye plak aku diSMS oleh poji jawa yg petang tuh MTE (majlis tingkatan 6) ada wat reunion kat komplex mutiara (KM).. aku pun bangun siap2 utk solat subuh r... then, aku check sat emel & myspace aku.. tetibe ada member aku, c nabilah SMS aku yg aritu last day utk submit borang jd cekgu sandaran(GSTT).. mak aih... ada bape jam je nk siapkan sume bende2.. at the end, sempat gak siap & antor borang tuh dgn selamat.. agak huru-hara smpi lupe nk inform kat member2 len yg nk gak apply GSTT..(Sorry guyz, aku pun tau last minit sampai menghungap aku terkejar2 taip resume).. pas je submit borang, aku straight pi KM dgn abah aku.. agak lewat pasal ari jumaat ofis bukak blik lmbt so kne tunggu lama smpi ofis bukak... huhu smpi je KM, abah aku terus memecut laju Wajanye ke umah blik.. aku naik lif smpi 4th floor.. masuk je boling centre, tgk poji jawa tgh bincang dgn cashier tuh.. aku pun trus ke arah dia.. join sekali r men boling kan.. tp aku tgk x rmai la ahli MTE dtg... 50% pun x smpi aku rasa.. xpela, maybe ada hal kot.. pastu ckit demi ckit dtg..
anyway, main tetap main... abes je main 1 game, ada yg blah pi karaoke plak... ada gak yg blik trus.. tp aku, poji jawa, fariq, awan, sha boyan, jun, aida & zach men lagi 1 game.. apa2 pun results dia, aku agak panas la plak psl nama aku disalaheja oleh brader jaga mesin tuh.. ada ke pi letak nama aku PORI... aku tulis PAMI... kan ke jauh beza tuh.. itupun perasan ble nama tuh berkelip2 pas aku wat spare.. apa punya tur... abes tuh kitorang sume pi mkn jap kat kopitiam.. rmai2 makan chicken chop xcept jun dgn aida yg mkn nasi dgn tomyam.. aku x mkn, order teh tarik dah la..
hahaha time ni aku tgk ada yg dh lebih mesra antara member2 aku ni( korang tau korang sape.. huahuahua) maybe masih dlm proses mengenali antara satu sama lain kot.. hehehe jgn marah eh, sebab aku sayang korang sume... hehehe tgk dorang bgitu mmg seronok utk aku amek gambar..
anyway, abes je makan trus tunggu bas 26 kat luar.. not so sure bile lagi dpt kuar dgn member2 aku tuh.. semoga kite dpt results yg cemerlang dlm STPM ni... frens 4 eva
clockwise from right: poji jawa, sha boyan, zach, aida, jun
left to right: fariq, azwan@awan...


assalamualaikum...