Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, June 22

Sarapan di KL, Lunch di Pahang, Zuhur & Asar di Johor, Maghrib di Melaka, Tidur di KL


mereka kahwin.. tahniah kpd mereka!

sebenarnya cerita ni x brape lama dulu. berlangsung minggu lepas.
sempena majlis perkahwinan Kok Mai sepupu aku di Muadzam Shah, Pahang.
minggu sebelumnya di Ipoh bagi pihak kami belah perempuan, di Pahang pula bagi pihak lelaki iaitu suami Kok Mai.

majlis perkahwinan, spt biasa mestilah meriah.
jiran2 terdekat mestilah gotong-royong. kanak2 berlari riang bermain gembira.
bukan itu aku nk cerita.

tapi mcm tajuk di atas, aku telah mengembara 5 negeri dlm satu hari.
x pernah aku lakukan di Malaysia sebelum ini.
bagi memeriahkan majlis yg telah dijemput malah ditunjuk jalan terbaik oleh Kok Mai,
kami sekeluarga memilih utk pergi sbg wakil family belah Abah.
jarak yg amat jauh mungkin akibatkan family2 lain sukar utk ke sana, ade yg baru dpt baby mcm Anjang & Pakcik Wa, ade yg sibuk dgn tugas spt Pak Long & Pak Yang.
hanya family kami & Pak Cu saja ke sana wakil belah family pengantin perempuan selain Ayah Ngah & Mak Ngah selaku ibu bapa Kok Mai.

spt biasa, mlm sebelumnya aku on9, pagi esok dlm kul 9 bangun & siap2 utk ke sana. Abah dh masak sarapan, makan dulu, dlm kul 10 kami pun bertolak.

kami ikut highway PLUS. kemudian smpaila simpang ke Kuala Pilah. keluar, lalu ikut jalan ke Bukit Putus, smpai la ke Kuala Pilah. kemudian lalu la pekan2 seperti Tanjung Ipoh kemudian sampailah ke Bahau. ade terpapar jalan ke Muadzam Shah, ku ikut sampaila ke persimpangan, ke kiri ke Muadzam Shah, ke kanan pula Segamat.
kami pun ke kiri, nasib baik sebelum sampai ke pekan itu, Mama bagi kad jemputan kat Yop. rupanya rumah pengantin bukan di pekan Muadzam Shah, tp beberapa km sebelumnya kalau ikut jalan dr Bahau. kemudian, kami pun masuk ke dlm kawasan itu, ku lihat banyak plantations spt TH Plantations dan Guthrie. smpai kilang, masuk kiri. sampaila ke deretan rumah. sampai la ke rumah pengantin, Ayah Ngah nmpk kereta kami, lantas menjemput kami ke khemah utk makan.

Abah keluar dulu amek angin luar sat, aku pula lepak dlm keter dgn Yop dengar lagu2 sementara Mama cari kasut. Pasangan Mempelai mula bergerak ke pelamin saat kami tiba di sana. kami pun ke sana slps itu. Makan di meja pengantin. lauk pauknya agak ringkas bagiku, ttp syukur sebab kami dijamu sebegitu rupa.

kemudian, Pak Cu pula tiba dgn keluarga... aku suka bermain2 dgn spupu2 ku.


wargh! saya Yop gak, tp Yop Qalif, anak sulung.

saya comel kan? nama saya Irfan. anak yg tengah

saya lagi comel kan? saya Azimi.. yg pling kocik


seronok dpt goodie bag!

main dgn dorang mmg best. boleh lupa diri.. hehehe...
anyway, pas makan2, kami pun salam2, gerak ke Segamat. sebab tadi dh ikut jalan ke Bahau. 3 pilihan jalan ke Muadzam Shah. dari Bahau, dari Segamat atau dari Kuantan. Kuantan paling jauh. bila lalu jalan ke Segamat, kedua jauh, jalan ke Bahau lebih dekat. saja lalu sini, pasal leh lalu Tangkak, tmpat Yop matriks. 1 jam perjalanan, sampaila Segamat dr Muadzam. pi surau kat taman tu.. solat, rehat2 sat.

kemudian baru ke Tangkak, jalan jam x tahu mengapa, mungkin sbb mmg lumrah situ kot. psl ramai berenti tepi, sbb nk beli kain. situ murah.. singgah pula di masjid di situ sbb Abah nk solat Asar, Mama pun. aku & yop lepak2 je sbb kami dh jamak tadi.
slps itu, Yop pula ambil alih driver seat. aku x tahu mengapa, tp aku rasa boring bila x memandu. telah memandu lebih 5 jam, tapi aku x ngantuk pun, walaupun mlm sblum tu, aku x cukup tido.. Yop pandu dr Tangkak smpai la Restoran Jejantas Ayer Keroh. aku x pnah pi sana. saja la ajak Yop berenti, tgk apa yg ada. Mama x kesah, Abah tgh tido time tu.. bile berenti, saja la ajak ke A&W, dh lama x minum rootbeer float. Mama setuju. Yop pun, Abah pulak nk makan bubur. naseb la kat situ ade.. beli la... mmg RootBeer terbaik dr ladang. sgt sedap, xleh lawan oleh kompeni lain. kat KL ni pun A&W banyak dh tutup.. bukan mcm McD & KFC banyak. gua makan Double Mozza, Yop makan Volcanic Burger, Mama makan Fish Sandwich, Abah makan Bubur? hehehe All-American Food, tp ade gak jual bubur. Malaysianized kot.. hehehe order gak itu Waffle. terkenang masa zaman muda2 dulu makan A&W kat Seremban, pastu main kat belakangnya ade tempat main2... hahaha good times!!

kemudian, singgah jap Al-Ikhsan. aku nampak tgh sale. saja la masuk. tgk ade jersey ke, kasut ke, klu best, aku beli. kendian ternampak pula jersi Argentina. pergh.. rasa mcm Messi la pulak bila test tu. tp bila bukak balik, tgk made in Thailand. harga rm99. letak balik kat tmpat asal. mcm x berbaloi la, baik aku suruh Shah beli kat sempadan Siam, lagi murah. kendian ke surau, terus x pandang belakang sbb tgh tekad xmau beli itu jersey. solat, kndian calo.

slps smpai Bangi, tiba2 Yop rasa ngantuk, dia plak suh aku drive.. x tahu dia, xdpt kopi Boss kot.. hahaha. aku lek je drive smbil melayan lagu2 dlm pendrive. time tu folder P Ramlee diplaynye. lagu klasik2 menemani aku. hahaha.. madu 3 la, bunyi gitar la, mcm2 lagi.. kemudian sampaila kami ke rumah...

tamatlah sudah pengembaraan 5 negeri - Nogori 9, Pahang, Johor, Melaka, Selangor.

hahahaha

Sunday, June 21

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 4.

ini antara lagu2 yg jadi peneman aku tatkala aku sedang tension mahupun dlm perjalanan sama ade pi tuisyen, atau waktu free dlm kelas. (kantoi la dengar lagu pakai henset dlm kelas. Kanak2 jgn tiru aksi bahaya itu!) kadang2 lagu2 ini juga dimainkan oleh Fariq the Chelsea dengan gitar kapok pinjaman dr junior kami. bergantung kpd lagu yg dia mahir la, klu x, tekan je butang 'play'.berdasarkan lagu2 ini, klu nk panggil aku mat jiwang, silakan lah.. janji, lagu2 ni telah menyerikan hari2 aku pada 2008.

mula2 adalah setiap lagu dlm album 'Kembali' oleh Butterfingers. Semua aku suka!
xperlu lah aku tunjuk satu2 vid, korang beli je. berbaloi, revolusioner muzik Msia.




band ni sdg meningkat naik, MAGIK. lagu ni mmg best, chord2 pun x susah utk Fariq main. slalu la kami jamming kat belakang. kdg2 dijoin oleh Azwan & Poji. lebih lanjut tnye Zackh, dia lebih tahu... hehehe


kami nyanyi ramai2 utk cikgu kelas (Mummy) Pn Rohana sewaktu kelas terbuka kami sempena Hari Raya Aidil Fitri dengan Fariq pegang gitar, aku lead nyanyi. rata2 x dpt trus nyanyi sbb nangis, aku pun join rasa sayu. Fariq dh bergenang mata tp aku still maintain suara nyanyi. suasana pula sunyi sbab kelas2 bawah smua sedang exam. Mummy dlm tangisan turut smpaikan amanat & juga harapan beliau kat kami semua. ade rekod vid ucapan tu, tp terlalu besar nk diuplod ke sini. mmg buat aku igt situasi itu, lagu ni.


juga dinyanyi sewaktu hari terbuka kelas, tetapi sebagai hiburan kpd cikgu2 yg sdang menjamu selera dgn spagetti @ bihun goreng. mule2 aku start, Fariq gak main gitar, kmudian dijoin oleh Poji yg nyanyi ala2 Aretha Franklin. still, lebih kpd jamming berbanding persembahan.. hehehe, seronok gak, nyanyi ni, smbil tu aku & Poji rakam video rakan2 yg sdg makan, sembang, & mcm2 lagi.. selain tu, selalu juga dimainkan dr henset tatkala kebosanan @ tension melanda..


lagu ini selalu aku mainkan dr henset, malah slalu juga aku join rap mcm Mr Altimet itu. liriknya straight forward, tp menusuk kalbu.. hehehe budak kelas slalu nmpk aku tunduk bawah meja, dgr lagu ni dr henset.. apa ada hal, KP member aku..


lagu ni simple, cepat, upbeat, straight to the point. kalau aku leh main gitar, dh lama aku buat gig.. hehehe


lagu ni pula igtkan aku pulak kat Yop. kami dua beradik saja. tp dia merantau sejak form 4, matrix, uni. jadi lagu ni mmg sesuai dgn perasaan & hubungan aku & Yop.
org lain mungkin x paham lagu ni, kutuk or watsoeva. termasukla Ogy Ahmad Daud kat konsert AF ngadu dia xpaham lagu ni. ade aku kesah?? ko xde abg, mmg la ko xpaham perasaan hormat, sayang adik kat abg dia.. x paham, lain kali tanya...


lagu ni seronok didengar, juga jadi bahan ketawa sebab ia bermula dgn Bapaknya... unik, tp mmg sesuai dgn kami. bait2 lirik 'nampak ketarakah dilema di wajahku, di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu...',
mmg slalu rasa self-doubt dlm diri sedang aku berusaha utk STPM.
persoalan2 spt mampukah aku laluinya, tp bila dengar lagu ni, aku jd hyped balik, smangat trus kental utk trus lalui gelora STPM.. cewah ayat aku...


bila Fariq start pegang gitar, wajib dia main lagu ni sbg opening. lagu fav dia, aku pun sbb lirik dia.. pergh, tepat menusuk kalbu.. seswai utk org yg baru direject oleh pasangan. ala2 pepatah Inggeris, if u love someone, let her go, if her come back, than its yours.. mgkin silap, aku igt gitula lbih kurang.


lagu Aizat, mmg sedap, lirik pun agak syahdu. disebut oleh Awin tajuknya sbg 'Haruskah ku biarkan engkau pergi...', sume gelak kaw2.. suke2 tuka tajuk.. juga lagu sing-a-long satu kelas bila Fariq main gitar. tp klu dorang xmau, aku nyanyi solo je.. lagi puas.. hehehe pernah didendangkan atas pentas oleh Zul kat Hari Makan2 MTE, jamuan oleh junior utk kami. Fariq lagi pegang gitar, dia nyanyi. tepukan gemuruh, malah standing ovation dr ckgu2... hehehe


aku terjumpa lagu ni bile Poji suh download, psl dia nk perform kat makan2 MTE td. download sudah, convert ke mp3 pun dah, praktis pun dah, las2 x jadi pun. tp ttp jadi sing-a-long oleh aku & Fariq. ala2 KCi & JoJo la pulak. cuba dijoin oleh Musa, tp sbb dia tersilap nyanyi, trus jadi bahan gelak... sory bro, tp mmg lawak.


lagu ni dijadikan background music dlm CD pics kami sewaktu diorientasi oleh senior2. muzik sdap, lirik indah. wat more can u ask!!! serta merta minat ini Letto. rock, tp ada unsur ballad @ melancholy.


tahun 2008, mule dgr itu Xfresh fm (now XFM). banyak lagu2 indie, underground band yg didengar. kat radio lain lagu2 mcm ni xdpt airplay, smpaila Hujan, Meet Uncle Hussain dpt permintaan, baru lagu ni naik. ni kira wakil la lagu2 indie dr Soundtrack filem Kami The Movie.


ini pulak band baru dr pecahan ahli2 band2 yg dh naik, jd lah Pesawat. satu lagu ni je, buat aku minat dorang. budak2 lain pun heran apsal aku ske lagu ni. ntah, mgkin sdap2 sgt kot bagiku. mungkin sbb bunyi berbeza dr band2 lain.skang ni famous dgn Rasional Emosional & Excuse Me. juga sedap.


MUH berbeza sbb suara Lan. tinggi. dan lagu yg berentak pelbagai. ada yg laju. ade yg rilex. aku suke sbb susah nk tarik mcm dia.. huhuhhuhuu


lagu ni Aida suke. katanya puitis sgt. aku rasa sdap gak, tp aku lagi suke lagu Tanpa. pasal yg ni mcm kita kecewa sbb x pilih org yg dicintai sbb kita cinta org lain. aku xpnah lalui, so mgkin tu aku rasa xbest..

lagu ni lebih best, laju x laju, slow x slow. mcm tu je. susah nk perform sbb lagu ni xde break. nyanyi je... boleh meletihkan, tp sedap, leh gak buat senaman mulut.. rata2 budak kelas aku suka lagu ni. lagi si Hasti dgn Fariq. hahaha

kesimpulannya, lagu2 di atas antara yg menceriakan hari2 STPM ku. terima kasih kpd mereka yg telah susun lagu, tulis lirik & perform dgn baik. juga terima kasih kat Fariq sbb sudi mainkan gitar sbb aku x reti main gitar. tau nyanyi je... hehehe.
maaf kpd kelas 6a2 andai aku bising dlm sesi jamming bersama Fariq. klu x puas ati, sile kol aku utk dpt nyanyian free. hahahaha
ada gak lagu2 yg terlupa aku nk listkan, namun ni antara yg ada dlm playlist aku tahun lpas.. tahun ni, sdikit berbeza ok.. hehehe

Saturday, June 20

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 3


surat yg baru smpai dlm beberapa menet setelah hantar post terdahulu.

dlm tu ade tulis, ditanggung oleh Kerajaan Msia.
Alhamdulillah.
jadi kena sokonglah setiap langkah kerajaan?
mestikah aku buat begitu?
tengokla... ade aku kesah??
so now, bz nk buat, cari barang2 kelengkapan utk dibawa ke UM.
only got a week..
haa... so much to do, so little time...

Wednesday, June 17

bila.. Fahmi tengok wayang...

hari ini hari Rabu.
tiket wayang RM6 saja.
orang pun xramai sebab hari kerja, malahan setiap remaja, & kanak2 sibuk bersekolah.
mengakibatkan segelintir ahli masyarakat yg bebas(baca:menganggur) spt aku pi tonton wayang dgn tenang.
mula2 tonton Terminator:Salvation kerana aku dh ikut siri ni dr filem pertama kecuali siri tv Sarah Connor Chronicles sbb aku selalu miss episod kat AXN mahupun 8tv..
dh boleh agak cerita mcm mana, mungkin sbb ade sikit persamaan mcm cerita2 terdahulu (klu robot/cyborg muncul mesti bogel, the tension, saving the primary target:Kyle Reese iaitu bapak John Connor - selalunya John Connor paling penting, man Vs machines, tembak2, bunuh, letup2 dll)
kudos utk Christian Bale, sbb berjaya watak aksi dgn penuh emosi, tp tetap xleh lawan performance dia dlm Batman Begins mahupun The Dark Knight.
efek2 filem ni gak boleh kalahkan Transformers, tp akan dikalahkan sekuel Transformers-Revenge of The Fallen. pandang, dengar je dh boleh tahu.

rehat, solat Zuhur di surau Jusco Metro Prima yg cukup lengkap.

tonton pula filem Hannah Montana The Movie. ok, aku pi tengok sbb aku dh terlayan siri dia kat Disney time aku menanti game bola Champions League kat ESPN nk start kul 3 pagi. mule tengok siri ni pelik, lama2 kelakar juga.. terus ikut hari2..
tonton la wayang pulak.. sambil makan set combo Hannah Montana ni


masih banyak kat kaunter, x ramai kat Msia yg minat citer ni..

ade 2 lagu aku suke dari filem ni iaitu

Hoedown Throwdown, agak best, sile ikut ramai2 ala2 Poco Poco..


The Climb, lagu yg memang sedap, boleh dijadikan lagu motivasi jika dengar baca lirik satu persatu.. lagu2 lain pun sedap, sile beli, aku donlod je..
lagu2 ni juga aku add kat playlist atas, klu nk dengar klik je next smpai kuar lagu pilihan.. klu malas, klik pause, klik je vid tu

Hannah Montana The Movie mengisahkan si Miley, remaja biasa yg juga bintang pujaan Amerika, Hannah Montana. dh biasa jd terkenal, sikap dia yg asalnya baik, ingat asal usul, semakin hilang tatkala dia menjadi lebih terkenal sampai gaduh dgn Tyra Banks pasal kasut, dan sanggup nk pi award show pada hari lahir Nenek dia..
Abah dia pun anto dia balik kampung kat Tennessee.. mule2, dia x biasa psl dh lupe dgn gaya hidup kampung walaupun dia ni membeso kat situ.. lama kelamaan dgn teman lama Travis, dia pun mule menghargai asal usul dia.. tp yelah, klu dh ade dua identiti ni, susah nk gerak klu perlu ada di dua tempat pada masa yg sama, malah sbg identiti berbeza.. tang ini yg lawaknya.. lama kelamaan, si Miley ni pun smpi sanggup x mau lagi jd Hannah sbb dia skang ni dh rela nk jadi Miley sahaja spt yg keluarga & teman2 dia kenali.. xmau lagi jd Hannah sbb pasal dia, ramai orang yg terluka.. tp, kata bintang pujaan kan, so fans pun support balik... jadi gitulah ceritanya.. walaupun karekter2 sokongan lain sekadar jadi tempelan saja, tp oklah, kehadiran mereka ttp menceriakan suasana spt dlm episod2 kat siri tv tu gak..
anyway, filem ini tetap best, spt filem Disney yg lain.. tp kan. nape ha, dulu bile kecik2, watak2 perempuan dlm Disney mesti ala2 sopan gitu, tp bile makin membesor, nape makin sexy? dh ramai yg jd gini.. dulu dh elok je.. any comments?

then, aku pun pi jumpe Fariq sbb dh lama x borak dgn dia.. dia ni peminat tegar Chelsea.. smbil sembang, sambil main Counter Strike.. jmpe lak dgn Azwan.. kami buli dia... hahaha.. 1 jam je. cukupla tu.. kndian pi pulak Masjid Abu Hurairah kat Bt 5, Jln Ipoh sbb nk solat Asar.. waktu dh panjang.. so ttibe plak nmpk si Muhaimin.. dulu dia sekelas time sek rendah dulu.. la ni dia kat UM.. Syariah katanya.. syabasla kat dia.. sembang2 jap, tp xleh lama, psl nk amek Mama dr ofis.. heheh
pas salam2, bagi la si Fariq ni baju band Pesawat.. aku beli, tp x muat nk pakai, baek bg sbg bday present kat dia.. mmg cukup cantik la dia pakai..

p/s: result UPU STPM dan setaraf bakal keluar 19 Jun pd 11 pagi. doakan aku, dan rakan2 seperjuangan akan berjaya mendapat tempat.. neves.. neves.. tawakal pada yg Maha Esa.

Monday, January 19

satu malam Ahad...

Assalamualaikum.. semalam aku tonton Anugerah Juara Lagu.. sambil aku menikmati makan malam... pas makan, aku berblog pula dan masih menonton AJL tuh... startingnya agak pelik bagi aku.. ade 3 pengacara iaitu Ally Iskandar, Cheryl Samad & Faizal Ismail..
pelik sebab ape? time Ally sebut jgn lupe utk saudara2 kita yg berjuang di Gaza.. pas tu mestilah baca surah al-Fatihah.. kan time tu org dtg utk menentukan lagu2 terbaik.. yg mengkhayalkan.. dh mcm kontra bebeno je dgn niat jgn lupe dgn saudara Islam di Palestin.. time baca al - Fatihah pulak, berapa ramai yg tutup aurat time tuh.. paham2 jela bile pertandingan @ award2 dlm industri seni mesti mcm2 fesyen pelik ade.. ade yg berkilat & mcm2 bentuk design pakaian ade lagi...aku rasa pelik plak bile tgk situasi gini.. adoyai.. walau bagaimanapun, tahniah kepada sume especially Meet Uncle Hussein, Faizal Tahir, Farawahida serta penggubah2 lagu & penulis2 lirik yg hasil mereka berjaya sampai final AJL.. sume lagu yg bertanding sedap2 & mmg popular sepanjang 2008.. x kesahla tp persembahan sume mmg kreatif.. seronok gak sebab penonton x perlu SMS utk persembahan terbaik.. jika x, confirm Mawi menang.. walaupun dia x nyanyi.. heheheh.. anyway, mmg wajarlah kategori tuh Faizal Tahir menang.. terkejut aku tgk leh potong rambut tgh nyanyi.. pastu setting kipas lagi.. masuk plak group koir.. goreng skali dgn gitar Superman.. konfem r.. hahaha seriously aku tkejut bile MUH menang AJL pasal sume mcm dh expect Sampai Syurga yg menang.. tp bile nama Taja, Tass & Lan disebut.. sume terkejut including Audi Mok & Ahmad Izham Omar yg ade atas pentas time tuh.. aku perasan pasal time tu mereka sebelah MUH.. nampaknya gelombang muzik indie masih lagi berjaya menerobos muzik2 mainstream.. muahahahah( gelak bunyi mcm evil).. aku mmg minat muzik.. x kirelah sama ade indie @ mainstream, luar @ tempatan, sume aku suke.. especially yg rock la.. nasyid pun layan gak.. well, lagu apa yg sedap pada telinga aku, aku sokong walaupun bagi org lain bunyi semacam je.. lantak la.. anyway, back to the AJL.. lpas dh menang MUH kasi perform 1 kali lagi.. dgn make up ala2 Joker @ pantomim.. mmg sesuai bebeno.. sambil kne kacau dgn Faizal Tahir & sume artis2.. syabas sume pemuzik @ sesiapa saja yg terlibat dlm industri muzik..

Sunday, December 7

Assalamualaikum

bismillahirrahmanirrahim....

my 1st blog.. wow, mcm x caya je... akhirnya dpt gak aku selitkan beberapa cebisan dr kisah idup aku dlm blog ni.. anyway, 2 hari lepas aku baru abis menduduki STPM... ada yg kata ni paper ketiga tersusah dlm dunia ni... pada aku xde benda dlm dunia ni yg mudah kan?? aku cuma teruskan je usaha setelah bertekad pada 1 tahun 6 bln yg lalu utk amek STPM 2008.. semoga semua calon lulus dgn cemerlang... abes je exam last iaitu paper ekonomi 2, trus aku dgn budak2 kelas 6a2 pi pizza hut utk redeem kupon piza kami setelah abiskan projek NiE beberapa bulan lepas... team aku 4 orang iaitu aku, musa, fariq, azwan..memang seronok sebab dh lama x wat makan2 gini.. tp ada budak2 yg x join sebab mereka dh redeem kupon tu awal2 lagi.. tp xpe ada gak budak2 kelas sejarah join sekaki.. oh ya kelas aku ni kelas bisnes, memang banyak unforgettable moments aku dlm kelas 6a2 ni... hahaha memang pening cekgu kelas handle kami.. sian kat mami rohana semoga Allah sentiasa memberkati anda... haa sambung blik citer kat piza hut, banyak gambar diambil dan ada yg telah diupload ke myspace aku.. abes je makan, aku pun blik umah dgn team aku tadi.. naik bus selangor... fuh memang best pasal bayar 30sen sebab pakai baju sekolah, pastu bawak mcm roller coaster.. klu x caya, tanyalh awan atau fariq.. seriau je muke mereka time dlm bus tuh.. hahaha..laju abes... pastu turun bas, hujan lebat ya amat.. berteduh sat smentara tunggu bas 26.. alhamdulillah 10 minit pastu bas sampai.. aku naik smpaila tmn beringin...

esoknye plak aku diSMS oleh poji jawa yg petang tuh MTE (majlis tingkatan 6) ada wat reunion kat komplex mutiara (KM).. aku pun bangun siap2 utk solat subuh r... then, aku check sat emel & myspace aku.. tetibe ada member aku, c nabilah SMS aku yg aritu last day utk submit borang jd cekgu sandaran(GSTT).. mak aih... ada bape jam je nk siapkan sume bende2.. at the end, sempat gak siap & antor borang tuh dgn selamat.. agak huru-hara smpi lupe nk inform kat member2 len yg nk gak apply GSTT..(Sorry guyz, aku pun tau last minit sampai menghungap aku terkejar2 taip resume).. pas je submit borang, aku straight pi KM dgn abah aku.. agak lewat pasal ari jumaat ofis bukak blik lmbt so kne tunggu lama smpi ofis bukak... huhu smpi je KM, abah aku terus memecut laju Wajanye ke umah blik.. aku naik lif smpi 4th floor.. masuk je boling centre, tgk poji jawa tgh bincang dgn cashier tuh.. aku pun trus ke arah dia.. join sekali r men boling kan.. tp aku tgk x rmai la ahli MTE dtg... 50% pun x smpi aku rasa.. xpela, maybe ada hal kot.. pastu ckit demi ckit dtg..
anyway, main tetap main... abes je main 1 game, ada yg blah pi karaoke plak... ada gak yg blik trus.. tp aku, poji jawa, fariq, awan, sha boyan, jun, aida & zach men lagi 1 game.. apa2 pun results dia, aku agak panas la plak psl nama aku disalaheja oleh brader jaga mesin tuh.. ada ke pi letak nama aku PORI... aku tulis PAMI... kan ke jauh beza tuh.. itupun perasan ble nama tuh berkelip2 pas aku wat spare.. apa punya tur... abes tuh kitorang sume pi mkn jap kat kopitiam.. rmai2 makan chicken chop xcept jun dgn aida yg mkn nasi dgn tomyam.. aku x mkn, order teh tarik dah la..
hahaha time ni aku tgk ada yg dh lebih mesra antara member2 aku ni( korang tau korang sape.. huahuahua) maybe masih dlm proses mengenali antara satu sama lain kot.. hehehe jgn marah eh, sebab aku sayang korang sume... hehehe tgk dorang bgitu mmg seronok utk aku amek gambar..
anyway, abes je makan trus tunggu bas 26 kat luar.. not so sure bile lagi dpt kuar dgn member2 aku tuh.. semoga kite dpt results yg cemerlang dlm STPM ni... frens 4 eva
clockwise from right: poji jawa, sha boyan, zach, aida, jun
left to right: fariq, azwan@awan...


assalamualaikum...