Saturday, June 20

Mission Accomplished! Universiti Malaya, kita bertemu minggu depan! ver 2.

salam.. selama ni aku mcm ade self-doubt.. boleh ke/layak ke diri ini ke IPTA.. dan IPTA impian aku adalah UM. bile tgok result UPSR, ok.. PMR, biasa2 saja. SPM, patut lebih baik. Matriks xdpt, jadi aku pun menanti panggilan ke STPM. rmai kata yg ini periksa tersusah di Msia... antara tersusah di dunia la.. mcm2 la... tp kan, berbekalkan semangat & iltizam utk ke UM, aku gagahkan/beranikan diri menghadapinya.

sepanjang aku di STPM, banyak benda aku belajar.. kembali bermasyarakat, sebab rata2 kawan2 aku zaman SPM seperti Aizat, Akmal, Shahrul, Hariz, Pyan, dan ramai lagi sume telah blah ke IPTA, Poly, mahupun IKM.. tinggal aku je terkontang kanting solo di SEMERA. ya, sekolah aku dr Form 1 hinggalah skang.. yg ikut form 6 dgn aku adalah Surain, Khairul dng Karm, tp mereka ni lebih rapat sesama mereka, aku kurang akrab, tp ttp la bertepuk tampar gelak ketawa sama dorang walau kelas kami berbeza...
selain itu, aku juga telah beralih arus, sebelum ini aku kelas Sains, aku x boleh bawa masa SPM, better for me to change my course to Arts. aku pilih Bisnes. Sejarah aku minat, tp aku mahu ambil challenge lain pula. sebab aku x pernah belajar Bisnes. aku pun x pernah belajar Ekonomi. mula2 mmg sukar sedikit aku nk ubah pemikiran Sains aku kpd lebih Sastera, Alhamdulillah, sedikit2 aku buka minda aku, terima, belajar subjek2 ni. P.Am seakan2 Sejarah, aku rasa sedikit seronok belajar subjek ini, dan BM pula buat aku lebih kenal Bahasa ibunda aku.. best juga belajarnya.

aku juga kena masuk persatuan2, kelab2 utk cukupkan ko-kurikulum aku. tp bile dh 6th Former ni, masuk2 je terus jadi Pengerusi. paling cikai pun AJK/Exco. aku jadi Pengerusi Kadet Polis, Kelab Bola Baling, dan Pengawas Media. N.P Majlis TIngkatan Enam & AJK PRS. ade yg aku berjaya laksanakan tugas dgn sebaiknya, tp sayang, ade juga yg aku kurang berjaya. too many to do in a little time. jadi pengajaran kpd aku, agar pilih & terima tugas yg kita mampu saja. jika x mampu, cakap tidak.

aku pergi tuisyen. ye, dh tua pun pergi kelas. aku ke P.T. Kasturi. dkt2 Pasar Seni. kalau dulu aku ni reserved di sana. maksudnya aku diam je, dgn cikgu2 pun aku tgur2 gitu saja. tp bile STPM, aku jd lebih ke hadapan. aku tanya cikgu2, aku buat mcm kelas di sekolah. tanya mana yg x paham. mgkin ade yg kurang suke dgn aku, tp aku pun bayar gak yuran mcm org lain. at least bile tnye, mgkin ade yg persoalan2 dlm otak yg terjawab. aku ada kawan2 di sana dr sekolah lain mcm Zharif, Ilyas dll. dgn cikgu2 subjek aku di sana pun aku lebih responsif berbanding swaktu aku tuisyen di sana masa SPM & PMR dulu... sedikit sebanyak ilmu mereka aku gunakan dlm periksa..

tak bermakna bile tuisyen, kalau dgn sekolah kita diam je.. pada STPM juga, hubungan aku dgn guru2 SEMERA juga lebih baik terutamanya cikgu2 sbujek aku, berbanding dulu. mcm aku ckp td, dulu sebelum STPM, aku hanya pelajar biasa, x mahu ikut aktiviti2 yg sekolah anjurkan. tp bile Form 6 ni, banyak aku pulun. kem inilah, hari itulah, mcm2.. aku pun terkejut bile fikir2 balik. selama ni sekolah je yg menyumbang kat aku, aku lek2 je. kali ini, aku pula contribute kpd SEMERA.. x dpt banyak, sikit pun jadila..

pd waktu itu, kawan2 lain telah di IPTA, di Matriks. aku di sekolahh lagi, sedikit cemburu tetap ada dlm diri ini. tp tak apa, sebab aku tahu apa yg aku buat, banyak kebaikannya STPM ni..

waktu berlalu dgn pantas, tibe2 dh jd Upper 6, lebih sibuk kerana kami Super Senior, banyak benda kami kena handle. juga seronok, sebab kami dirujuk oleh adik2 bawah sbg Abg bg lelaki, & Kak utk perempuan. hahah.. waktu ni Akmal jeles sbb kelas aku rmai pompuan x mcm kelas dia kat sana.. hehehe ade aku kesah??


banyak kenangan pahit manis yg aku kecapi sebelum aku terima result STPM mahu pun result UPU yg membawa aku ke UM minggu depan. aku rasa sgt bersyukur kpd Allah sebab diberi peluang utk melalui STPM di SEMERA pd sesi 2007/2008. dan juga mereka2 yg telah mewarnai hidup aku ni. dr aku kcik2, smpai tadika di Tabika Perpaduan Tmn Beringin, Tadika Canossa, SK La Salle 1 Jinjang, Sekolah Agama Hidayatul Mustaqimah Tmn Beringin, SMK Raja Ali a.k.a SEMERA dr form 1 hingga form 6.

every achievement today, is yesterday's effort.
keep moving forward, with knowledge & extra effort, Insya Allah we will succeed.

p/s: semalam aku telah sibuk berterima kasih kpd semua yg ucap tahniah dr family, sahabat2, rakan2 dan juga dr alam maya termasukla Myspace & Blogosphere.
Mama & Abah nampak sgt bahagia dgn kejayaanku. aku bersyukur berjaya serikan kehidupan mereka dgn kejayaan ku ini. seronok sgt kot sorang lagi pegi Uni. dulu Yop kat UKM, dh grad pun. kali ni, aku plak ke UM. rmai member2 aku akan bersepah. UM bakal aku pergi dgn Fariq Chelsea dan Zackh. UMS pula AzwanMU. UUM akan dihadiri si Jun, Nazrin, Awien, Fatin dan Peh Yin, UITM pule si Zul, Aida & Poji. UKM pula cik Mastura diakronim menjadi UKMastura? boleh gitu? heheh. UIAM pula destinasi Farhan. UDM utk Diyana aka Ceng, Aini dan Kian Teck. Kok Jye Unimas, Jia Jiunn UPM.dan ada juga yg masih belum check, atau kurang berjaya. aku harap korang x give up, buat rayuan, insyaAllah dpt intake akan dtg. aku doa sume rakan2 berjaya dunia akhirat.

3 comments:

MariaFaizal said...

akak x merasa form 6 :(
But, dah ready (packing & etc) to 'hit' UM ? All the best dik!

Xpuasati said...

Tahniah kepada lu... dapat jugak masuk U. Zaman sekarang ni memang berpusu2 masuk U, dapat masuk ijazah pun macam biasa jer.. sebab berlambak2 orang dapat ijazah.

Masa zaman gua dulu, Diploma pun macam dah kira bagus.. Berubah betul persepsi orang sekarang, setakat gua yang takat diploma ni memang cikai giler..

Gua tak kisah orang nak cakap apa pasal gua. Cuma gua nak nasihat kat lu.. masuk U nanti akan menerima macam2 ragam hidup onak duri, jatuh bangun, hitam putih kehidupan.

Banyak pengalaman gua dulu masa U dulu. Ada member gua Gred 1 masa SPM pelajar baik tp bila masuk U kecundang jua akhirnye. ada Juga yang Gred 2 dan 3 masa SPM, bila masuk U makin maju dan sekarang dah bejaya dan kerja yang best2.

Gua pulak masa SPM cukup makan, masa U dulu pun cukup makan, sekarang dah keje plak cukup2 gaji..

fahmi said...

MariaFaizal: xpe kak, setiap orang ade pengalaman masing2.. anyway, ni tgh siap2 nk kumpul segala barang.. surat dh smpai.. its gonna be a hectic week for me.. ok kak

Xpuasati:TQ bro, mmg mcm tu lumrah dunia bro.. xlama agy kan, Ph.D tu pun nnt taraf mcm SPM je kot... pasal makin rmai yg msuk U. terima kasih sbb bagi nasihat2 itu, akan ku buat jadi ingatan.