Monday, June 22

Sarapan di KL, Lunch di Pahang, Zuhur & Asar di Johor, Maghrib di Melaka, Tidur di KL


mereka kahwin.. tahniah kpd mereka!

sebenarnya cerita ni x brape lama dulu. berlangsung minggu lepas.
sempena majlis perkahwinan Kok Mai sepupu aku di Muadzam Shah, Pahang.
minggu sebelumnya di Ipoh bagi pihak kami belah perempuan, di Pahang pula bagi pihak lelaki iaitu suami Kok Mai.

majlis perkahwinan, spt biasa mestilah meriah.
jiran2 terdekat mestilah gotong-royong. kanak2 berlari riang bermain gembira.
bukan itu aku nk cerita.

tapi mcm tajuk di atas, aku telah mengembara 5 negeri dlm satu hari.
x pernah aku lakukan di Malaysia sebelum ini.
bagi memeriahkan majlis yg telah dijemput malah ditunjuk jalan terbaik oleh Kok Mai,
kami sekeluarga memilih utk pergi sbg wakil family belah Abah.
jarak yg amat jauh mungkin akibatkan family2 lain sukar utk ke sana, ade yg baru dpt baby mcm Anjang & Pakcik Wa, ade yg sibuk dgn tugas spt Pak Long & Pak Yang.
hanya family kami & Pak Cu saja ke sana wakil belah family pengantin perempuan selain Ayah Ngah & Mak Ngah selaku ibu bapa Kok Mai.

spt biasa, mlm sebelumnya aku on9, pagi esok dlm kul 9 bangun & siap2 utk ke sana. Abah dh masak sarapan, makan dulu, dlm kul 10 kami pun bertolak.

kami ikut highway PLUS. kemudian smpaila simpang ke Kuala Pilah. keluar, lalu ikut jalan ke Bukit Putus, smpai la ke Kuala Pilah. kemudian lalu la pekan2 seperti Tanjung Ipoh kemudian sampailah ke Bahau. ade terpapar jalan ke Muadzam Shah, ku ikut sampaila ke persimpangan, ke kiri ke Muadzam Shah, ke kanan pula Segamat.
kami pun ke kiri, nasib baik sebelum sampai ke pekan itu, Mama bagi kad jemputan kat Yop. rupanya rumah pengantin bukan di pekan Muadzam Shah, tp beberapa km sebelumnya kalau ikut jalan dr Bahau. kemudian, kami pun masuk ke dlm kawasan itu, ku lihat banyak plantations spt TH Plantations dan Guthrie. smpai kilang, masuk kiri. sampaila ke deretan rumah. sampai la ke rumah pengantin, Ayah Ngah nmpk kereta kami, lantas menjemput kami ke khemah utk makan.

Abah keluar dulu amek angin luar sat, aku pula lepak dlm keter dgn Yop dengar lagu2 sementara Mama cari kasut. Pasangan Mempelai mula bergerak ke pelamin saat kami tiba di sana. kami pun ke sana slps itu. Makan di meja pengantin. lauk pauknya agak ringkas bagiku, ttp syukur sebab kami dijamu sebegitu rupa.

kemudian, Pak Cu pula tiba dgn keluarga... aku suka bermain2 dgn spupu2 ku.


wargh! saya Yop gak, tp Yop Qalif, anak sulung.

saya comel kan? nama saya Irfan. anak yg tengah

saya lagi comel kan? saya Azimi.. yg pling kocik


seronok dpt goodie bag!

main dgn dorang mmg best. boleh lupa diri.. hehehe...
anyway, pas makan2, kami pun salam2, gerak ke Segamat. sebab tadi dh ikut jalan ke Bahau. 3 pilihan jalan ke Muadzam Shah. dari Bahau, dari Segamat atau dari Kuantan. Kuantan paling jauh. bila lalu jalan ke Segamat, kedua jauh, jalan ke Bahau lebih dekat. saja lalu sini, pasal leh lalu Tangkak, tmpat Yop matriks. 1 jam perjalanan, sampaila Segamat dr Muadzam. pi surau kat taman tu.. solat, rehat2 sat.

kemudian baru ke Tangkak, jalan jam x tahu mengapa, mungkin sbb mmg lumrah situ kot. psl ramai berenti tepi, sbb nk beli kain. situ murah.. singgah pula di masjid di situ sbb Abah nk solat Asar, Mama pun. aku & yop lepak2 je sbb kami dh jamak tadi.
slps itu, Yop pula ambil alih driver seat. aku x tahu mengapa, tp aku rasa boring bila x memandu. telah memandu lebih 5 jam, tapi aku x ngantuk pun, walaupun mlm sblum tu, aku x cukup tido.. Yop pandu dr Tangkak smpai la Restoran Jejantas Ayer Keroh. aku x pnah pi sana. saja la ajak Yop berenti, tgk apa yg ada. Mama x kesah, Abah tgh tido time tu.. bile berenti, saja la ajak ke A&W, dh lama x minum rootbeer float. Mama setuju. Yop pun, Abah pulak nk makan bubur. naseb la kat situ ade.. beli la... mmg RootBeer terbaik dr ladang. sgt sedap, xleh lawan oleh kompeni lain. kat KL ni pun A&W banyak dh tutup.. bukan mcm McD & KFC banyak. gua makan Double Mozza, Yop makan Volcanic Burger, Mama makan Fish Sandwich, Abah makan Bubur? hehehe All-American Food, tp ade gak jual bubur. Malaysianized kot.. hehehe order gak itu Waffle. terkenang masa zaman muda2 dulu makan A&W kat Seremban, pastu main kat belakangnya ade tempat main2... hahaha good times!!

kemudian, singgah jap Al-Ikhsan. aku nampak tgh sale. saja la masuk. tgk ade jersey ke, kasut ke, klu best, aku beli. kendian ternampak pula jersi Argentina. pergh.. rasa mcm Messi la pulak bila test tu. tp bila bukak balik, tgk made in Thailand. harga rm99. letak balik kat tmpat asal. mcm x berbaloi la, baik aku suruh Shah beli kat sempadan Siam, lagi murah. kendian ke surau, terus x pandang belakang sbb tgh tekad xmau beli itu jersey. solat, kndian calo.

slps smpai Bangi, tiba2 Yop rasa ngantuk, dia plak suh aku drive.. x tahu dia, xdpt kopi Boss kot.. hahaha. aku lek je drive smbil melayan lagu2 dlm pendrive. time tu folder P Ramlee diplaynye. lagu klasik2 menemani aku. hahaha.. madu 3 la, bunyi gitar la, mcm2 lagi.. kemudian sampaila kami ke rumah...

tamatlah sudah pengembaraan 5 negeri - Nogori 9, Pahang, Johor, Melaka, Selangor.

hahahaha

5 comments:

MariaFaizal said...

Kenapa tak jamak jer solah tu dik? :D
Jalan2 sungguh adik ni..he he

fahmi said...

MariaFaizal: kak, saya dgn Yop je jamak. Abah dgn Mama x. tgh free, leh la jln2... hehehe

Unknown said...

jauh perjalanan, luas pemikiran, banyak pengalaman, extra kegembiraan, plus extra extra kepenatan. tak gitu?
weh. jeles. nak kawen! hahahahah

fahmi said...

mint: penat mmg penat, tp berbaloi beb. hahahah nk kawen? suh la encik Am masuk meminang cpt2..

cikguhar said...

Jn pun kita tak kenal lagi kt sana