Wednesday, June 24

Ini Sifat Kapitalis - nukilan Tukartiub

post ini bukan tulisan saya tapi dari blogger Tukartiub
saya repost untuk kesedaran kita bersama.
kudos utk Hishamuddin Rais atas post yg bernas ini.



HATI HATI TAWARAN PAKEJ UMRAH –MATTA - melayau

KUALA LUMPUR 23 Jun - Satu kegiatan penipuan pakej umrah dikesan sedang berlaku di negara ini dengan memperdayakan bakal peserta umrah terutama dari kawasan luar bandar dengan tawaran pakej umrah semurah RM3,500 serta bayarannya boleh dibuat secara ansuran.

Sambil menyifatkan pakej yang ditawarkan itu sebagai tidak masuk akal, Timbalan Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Mohd Khalid Harun berkata, kos serendah itu tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadah tersebut.

Mohd. Khalid menjelaskan, bahawa kos semasa pengendalian pakej umrah sepatutnya berharga antara RM5,000 dan RM6,000, merangkumi tiket kapal terbang, pengangkutan dan penginapan jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.


SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Inilah sifat asli kapitalis. Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.

Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.

Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.

Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.


SISTEM EKONOMI SOSIALIS

Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.

Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.

Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.

Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.

Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?

Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.

Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen. Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai.

Nota:

Mereka yang menentang sistem sosialis kerana mereka tahu dalam sistem ini mereka tidak dapat melabor modal untuk memeras dan menindas kaum buruh.

Negara sosialis selalu di serang kerana kaum kapitalis tidak dapat membuat untung dan merompak harta kekayaan.

Negara sosialis diserang kerana punca-punca ekonomi negara - minyak, bijeh, sawit,emas, besi dan segala hasil bumi - tidak boleh dimiliki oleh Exxon, General Motors, IBM, Chevron, ITT, Douglas McDonald, City Bank atau HSBC.

Memang betul dan saheh di Cuba tidak ada MacDogal. Betul di Cuba tidak ada KFC. Betul di Cuba tidak ada Coca Cola.

Tetapi di Cuba – ada sistem perubatan awam yang terbaik dalam dunia. Ianya diberi percuma untuk semua warga.

Di Cuba ada sistem pembelajaran yang terbaik di dunia. Sekolah perubatan Cuba memberi kuliah percuma untuk pelajar dari negara-negara dunia ketiga termasuk dari Amerika.

Di Cuba ada sekolah sukan yang tebaik. Negara kecil yang penduduknya berjumlah 11,451,652 ini saban kali di sukan Olimpik akan mengondol berpuluh pingat emas – lebih dari India yang rakyat 1 bilion atau Saudi Arabia yang dikatakan kaya raya.

Fakta :

Paling menyedihkan ada gulungan yang menentang sistem sosialis ini bukan dari kaum kapitalis yang kaya raya tetapi dari mereka yang miskin papa kedana. Mereka ini di beri ajaran dan ditakut takutkan bahawa kaum sosialis ini tidak bertuhan.

Ini adalah hasil dari sistem pembelajaran kapitalis yang telah membuatkan orang-orang ini bebal – tidak dapat berfikir. Dalam sistem kapitalis amat-amat diperlukaan orang-orang bebal lagi bodoh agar mereka boleh terus menjadi buruh dan hamba tanpa memiliki ketinggian fikrah dan keupayaan intelek.

Sistem kapitalis ingin melahirkan kaum buruh yang setia, tidak berfikir dan tidak dibenarkan berpersatuan. Dalam sistem sosialis kesatuan buruh adalah rukun pertama.

Dalam sistem sosialis pembelajaran percuma tidak memungkinkan lahirnya orang –orang bebal. Kebebalan adalah musuh utama sosialisma.

Dalam sistem sosialis tidak akan timbul isu PPSMI - kerana dari segi keilmuan telah diketahui bahawa untuk mengajar satu- satu bahasa BUKAN melalui maths dan sains tetapi melalui sastera.

Hanya dalam sistem kapitalis wujudnya manusia bebal yang mencadangkan cara mempelajari satu-satu bahasa adalah melalui maths dan sains.

Hidup jangan jadi bebal. Fikirkan siapa yang tidak percaya kepada Yang Maha Esa - kaum sosialis atau Kapitalis Yang Menjual Gambar Kaabah?.

4 comments:

MariaFaizal said...

Love, love this!
Nak tunaikan yg Haj/Umrah pun ada yg dengki kan?

Thanks for sharing this.Teringin nak pergi Cuba dah ni:D

fahmi said...

MariaFaizal: tu la kak.. zaman kapitalis ni, semua pun x kisah, janji untung je... lahanat betul.
tu la, ade peluang, igt nk gak ke Cuba satu hari nnt. nk gak tgk negara sosialis, tp dpt sistem perubatan terbaik, mcm dlm citer Sicko arahan Michael Moore tu. harga ubat sakit nafas kat US harga beratus2 dolar, tp kat Cuba berapa sen je dorang jual... pas tu selang setiap blok bangunan ade klinik @ hospital.. bagus kan?

Cob Nobbler said...

1.Bank Islam masih lagi riba.
2.Bank Islam masih lagi riba.
3.Kalau nak melepaskan fitrah manusia yang dipanggil libido,atau seks,kena nikah,kalau nikah kena pergi kursus 3 hari(sekarang aku dengar 2 minggu),lepas tu kena bayar lagi RM80.
4.Nak pergi haji kena simpan duit kat Tabung Haji.Tabung Haji buat investment.Tebang hutan bakar hutan buat ladang kelapa sawit kat Indonesia.Lepas tu jerebu.
5.Duit zakat berjuta-juta tapi sampai kat orang miskin beras dengan sardin.
6.Kes songlap duit Tabung Haji dulu apa citer?
7.Zizan Dol Ajak ketua kampung Kedah orang kuat PAS,tapi sibuk nak menebang pokok balak kat kawasan tadahan hujan sebab pulus masyuk.
8.Hadi ngan Nasa Mat Isa sibuk nak berpadu-padu dengan UMNO sebab Anwar kaki klepet.
9.Tangkap orang berzina lepas tu pow lagi mintak duit kopi kat orang berzina.
10.Dinar emas,berapa tan emas lagi nko nak tarah nak bagi makan satu dunia ni makan?
11.Owner Manchester City orang Islam beli Carlos Tevez 30 juta pound.Tapi separuh dari negara Islam dalam dunia hidup dalam kemiskinan.
12.Raja Saud Penjaga Dua Masjid Suci tapi bagi kebenaran kat Amerika attack Iraq guna kawasan dia.
13.Ayatollah Khomeini kata agama nak satukan Iran tapi bunuh beribu-ribu orang Sunnah.
14.Nizar sibuk nak bubar DUN tapi susah sangat nak lepaskan Camry.
15.Bank Islam masih lagi riba.
13.

fahmi said...

nami: teruk kan Msia kita ni... tu baru beberapa je yg nampak.. yg disorok2 blum kuar agy... cmon people, we gotta change!